♠ Posted by kayrozz at 9:12 PM
9 km lagi nak sampai UUM (Universiti Utara Malaysia), tak jauh sangat tu bangg..nostalgia aku masa berada kat varsiti ni memang laa banyak dan tak terkira, daripada citer yang semanis kurma sampai ke sebacin kentut. Tetiba jer arini rasa nak berblog banyak sket, aku pun tak taw kenapa, tapi ada mak kisah...layannn.
Just nak share ngan korang pasal satu citer gedik horror masa aku kat varsiti dulu. Tempat aku menginap di Kolej Pernas, Blok 3D. Kalau zaman dulu, Kolej ni memang tempat student daripada sebaik-baiknya sampai laa ke sebangsat-bangsatnya. Nak aku ulas lanjut, baik tak payah sebab arini aku cuma nak citer pasal BILIK 325....jeng...jeng...jeng.
Ni cuma gambar Bilik 325, tapi yang sebenarnya bilik ni laa yang menjadi penginapan aku yang terakhir di Blok 3D, Kolej Pernas sebab aku masa tu di tahun akhir. Aku memang ingat lagi room mate aku namanya bro 'Kureek', harapnya masih bergetah dan hensem lagi beb....
Aku pun tak ingat tarikh sebenarnya, bila kejadian gedik horror tu berlaku tapi yang aku pasti kejadian tu masa dah dekat nak mid-sem sebab masa tu aku ingat tak der grup study, so mmg laa tak ada exam besar..student kalau tak study last minit tak boleh campur #brocodemelayu..kalau nak jadi bro sejati kenalaaa study last minit....
Nak dijadikan citer, satu hari ada mamat (spesis ala2 lembut sket) nie dia duduk kat Level 1 blok aku telah tersampuk dek benda halus, meracau-racau kena histeria terpekik terlolong. Asal lepas magrib jer memang tersampuk. Dah tu dia terpekik-pekik nama sorang awek nie "Dang Wangi"...memang masa aku taip nama dia jer nie dah meremang segala bulu kat badan. Tapi yang jadi masalah besar, bila ustaz dok ngubat dia, dia berlari ke luar bilik sambil tunjuk kat bilik aku kat Level 3 nie, dia kata Dang Wangi terbang lalu kat bilik aku....mak aiii, tu yang jadi bertambah gedik horror aku masa tuuu...apsal mamat nie nak tunjuk kat Bilik 325 nie, tak boleh ke tunjuk kat bilik lain yang sewaktu dengannya. Tapi sebagai senior yang berpengaruh waktu tu, aku buat-buat hero jer ngan room-mate...'tak der per bro' aku bisik ngan room mate, tu cuma salah tunjuk jer....tapi dalam hati mmg harammmm cuakk gak...hehe.
Ustaz merangkap warden kolej pun naik laa dok sembang bila dah reda, dia pun tambah sket petrol ngan kicap Jalen kat citer 'Dang Wangi' ni sebenarnya cam legend gak kat kawasan Blok aku bertapak tu...nak lebih horror lagi ustaz tu kata Bilik 325 tu memang setentang ngan bukit cum hutan dara yang memamg dah jadi laluan si empunya nama 'Dang Wangi'. Aku pandang kat tingkap bilik aku memang sah laaa brooo, bila malam nampak sayu jer bukit tu..adduhhhh...dah lama kat Bilik 325 nie, apasal malam nie baru terpersaaan....kacau niee..
Malam tu, BILIK 325 mempunyai kepadatan penduduk lebih 10 orang sebagai mengamalkan prinsip rukun tetangga.....hehe. Padahal, sema dah kecotttt telorrrrrr.......amik kau nakk..
0 comments:
Post a Comment