MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

MIRIAM HOME : Bila Umur Tua Menjelma.

♠ Posted by kayrozz at 5:20 PM
Biasa dengar orang kata, mak ayah nak bela anak 10 orang langsung tak ada masalah. Tapi bila anak yang 10 orang tu nak bela semula mak dan ayah tatkala dah sampai masa tua dan uzur, memang banyak masalah yang timbul. Pengalaman aku bela anak taklah lama sangat, adalah dalam beberapa tahun sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini dalam hidup aku. Memang kepayahan nak bela anak ada cabaran2 tersendiri, tapi kalau nak dibandingkan dengan menjaga orang tua yang dah uzur dan sakit cabarannya sudah tentu lebih tinggi. Maka, kemungkinan inilah yang menyebabkan peningkatan pusat2 penjagaan orang2 tua di zaman yang serba canggih dan moden.

Bukan setakat nak aturkan kencing dan berak secara manual sahaja untuk golongan ini, kerana untuk bab ini sahaja tentu bagi yang tak biasa akan jadi mual dan jijik. Bahkan mereka memang diibaratkan macam bayi yang baru lahir. Segala bentuk pekerjaan dah tak mampu dikelolakan secara individu dan perlu perhatian penuh. Tapi inilah yang dikatakn putaran kehidupan, bermula sebagai bayi dan berakhir di saat tua pun sebagai bayi juga.

Kita pun tak tahu apa akan jadi bila berada di zaman ini kelak. Peredaran zaman yang semakin cepat berubah akan membuatkan seseorang itu akan lebih mudah lupa apabila menghadapi situasi seperti ini. Itulah alasan2 yang akan diberikan kelak oleh anak2, tidak ada pengalaman, sibuk dengan urusan kerja, sibuk dengan famili sendiri, sibuk segala bagai sedangkan semasa kecil kita ditatang penuh kasih sayang oleh mak dan ayah. Apakah sewajarnya, ketika saat tua mereka, kita limpahi semula segala pengorbanan tersebut dengan seribu satu macam alasan. Namun, begitulah percaturan masa, sangat pantas di dalam mengambil usia seseorang itu setiap saat menjelma.

Kalau hidup menongkat langit pun tidak akan berguna kerana masalah lain akan timbul. Natijahnya, hidup dan mati adalah ketentuan ILAHI, siapalah kita sebagai manusia untuk mencorakkannya. Justeru, aku bermohon agar diriku ini diberikan kesejahteraan serta diberkati kehidupanku, anak2 ku, keluarga2 ku dan kalaupun dipanjangkan umur oleh TUHAN biarlah di dalam keadaan sihat sejahtera dan boleh berdiri di atas kaki sendiri sehingga ke saat akhir hayat. Yang paling penting, hidupkan dan matikanlah kami Ya Allah di dalam kesempurnaan syahadah ISLAM. Amin.

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: