MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Penjilat Tegar!!

♠ Posted by kayrozz at 12:25 PM

Penjilat tegar!!! Ironinya sang penjilat ini akan berada di mana jua dalam ruang lingkup kehidupan kita. Kalau di ofis, sang penjilat akan menjadi pemangsa kepada para sekalian bos yang di atasnya. Di dalam masyarakat, penjilat ini akan mencari golongan yang berpangkat besar dan punyai nilai aset peribadi yang kukuh. Agenda politik kuasa juga mempunyai sekalian banyaknya penjilat tegar yang mampu bergerak secara individu mahupun berkumpulan bagi mencari politikus yang berjenama tinggi. Sesungguhnya, kuasa menjilat ini memang tersemat kukuh di dalam jati diri setiap individu. Ini tidak lain dan tidak bukan hanya sebagai kepentingan peribadi semata2, demi kepuasan mutlak dan hakiki. Namun, penjilat di kamar tidak termaktub di dalam senario ini, kerana kepuasannya lebih kepada memenuhi hasrat batin....kih kih kih.

Apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini adalah peri pentingnya seseorang individu itu mempunyai daya tarikan dalam usaha mengejar sesuatu impian. Tapi ramai yang akan menidakkan demi maruah peribadi atas dasar bekerja kerana tanggungjawab. Namun begitu, sampai bila seseorang itu akan dikenali ramai tanpa sokongan daripad pihak atasan. Justeru, apa jua cara dan kaedah digunakan bagi memanipulasi pihak atasan tersebut adalah berdasarkan kepada kredibiliti masing2. Ada orang pernah mensabitkan bahawa untuk naik ke atas perlu dipijak orang yang di bawahnya. Ini mungkin suatu perbuatan yang kurang beretika, namun kalau dikira daripada segi kemahuan diri sendiri, mengapa tidak? Maksudnya di sini, walaupun di dalam era profesional dan globasasi, perbuatan menikam belakang dan khabar angin merupakan suatu agenda klasik dan begitu unik. Tanpa disedari agenda tersembunyi ini merupakan duri dalam daging yang pasti menyakitkan bila ianya berlaku ke atas diri masing2.

Penjilat ini memainkan peranan yang sungguh penting di dalam apa jua organisasi. Mereka ini merupakan penaras tanda bagi melihatkan sejauh mana kredibiliti orang atasan tersebut. Tidak semua penjilat ini akan mendapat habuan seperti yang diharapkan kerana setiap perbuatan mestilah disertai dengan perancangan. Penjilat yang betul2 mengenali apakah motif dan visinya akan mendapati diri mereka lebih mendapat tempat, itupun jika disertakan dengan pelan perancangan yang rapi. Sesungguhnya kehidupan manusia perlu ada kontoversi bagi menaikkan lagi saham hidup mereka di dunia ini. Tidak kira kontorversi yang baik atau pun tidak. Justeru, penjilat dengan kontoversi lebih mudah dikenali dan mendapat tempat.

Lihat sahaja di sekeliling kita, setiap penjilat ini mempunyai karakter masing2 yang kadang2 sukar untuk difahami. Natijahnya, jika karakter tersebut sering berubah2 juga akan memainkan peranan yang cukup penting dan berkesan di dalam meraih perhatian pihak atasan. Hidupkan karakter di dalam diri kita bagi mendapat aura yang lebih baik di kalangan pihak atasan. Penjilat juga mestilah bermotivasi tinggi di dalam mencapai cita2nya. Emosi yang meluap akan menjadikan mangsa terus kaku, lemah dan layu untuk mengekang segala persepsi, andaian dan tohamahan daripada penjilat. Kuasa penjilat ini akan menjadi lebih tinggi jika mangsa tidak berperanan dan tiada pertahanan mental. Akhirnya, mereka akan terus rebah jatuh ke bumi. Jadi penjilat akan kekal bekuasa dan betullah andaian bahawa mangsa yang jatuh akan terus dipijak.

Penjilat merupakan suatu agen tanpa kompromi kerana mereka mempunyai motif yang secara langsung penting untuk faktor peribadi. Andaian bahawa zaman berubah dengan teknologi pesat membangun, maka penjilat akan semakin berkurangan. Ini adalah pandangan naif dan sempit kerana penjilat ini semakin beranak-pinak dan menjadi kumpulan terhebat setelah diatur dengan perancangan yang cukup rapi. Pemangsa dan mangsa merupakan dua skop besar di dalam struktur penjilat tegar ini. Maruah mungkin akan ditolak ketepi seandainya keadaan memaksa. Agama mungkin dilambung jauh ke langit, jika kepentingan kendiri diutamakan. Negara akan digadai jika mereka gilakan kuasa dan wang ringgit.

Itulah yang terjadi seandainya penjilat tegar ini semakin berleluasa dan mengamalkan sistem sosialis di dalam diri mereka. Walaupun era komunisme telah lama hilang, namun ia pasti tetap menjadi ikutan di dalam gerak nadi perjuangan penjilat2 tegar ini. Sistem demokrasi yang ada di sekeliling kita akan hancur dan musnah sama sekali jika kita tiada kesedaran. Oleh itu, persiapkan diri dan perkemaskan kedudukan masing2 supaya setiap apa gerak-geri dan langkah pertama penjilat tegar ini akan terus dapat dihidu. Kempen berhati2 di jalan hidup mungkin boleh diaplikasi di mana jua kita berada. Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2. Sang penjilat sering memerhatikan mangsanya. To the HELL for all LICKERZ!!!

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: