Anu dah gagal dalam 'war' ini. Terbukti, dalam sidang media yang telah diadakan berikutan kempen pembangkang di Pilihanraya DUN, Sarawak siang tadi menunjukkan Anwar sudah emosi dan kerap mendakwa Kerajaan BN sebagai pemfitnah dan pihak media kanan pula dijadikan alat perkakas UMNO dan BN. Lain soalan, lain yang dijawab Anwar. Sikapnya yang jelas bijak memulas soalan apabila ditanya oleh pihak media. Memang patut pun muka Anwar gelabah dan bicara tak tentu hala bila diasak pelabagai soalan tentang isu video panas, sebabnya mudah Anwar telah gagal.
Aku memang tak pernah tengok Anwar Ibrahim segelabah dan terlalu emosi bila menjawab sebarang soalan daripada pihak media, tetapi hari ini berlaku sebaliknya. Anwar terang2 mengecam pihak media sebagai 'balaci' UMNO dan BN dan mengutuk kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penzalim rakyat dan pemfitnah serta melabel Utusan Malaysia sebagai dalang yang akan memutar belit segala percakapannya.
Sikap Anwar jelas berbeza apabila ditekan dengan kes Video Panas ini berbanding dengan kes2nya sebelum ini, termasuklah kes sodomy dan kes dipecat daripada kerajaan pada tahun 1998. Anwar sekarang memang telah berubah daripada segi sikap dan seperti sudah tiada toleransi lagi dalam dirinya. Aku boleh bayangkan kalau seseorang itu sering ditempelak dan dihurungi dengan pelbagai isu dan topik negatif, maka tidak secara langsung psikologinya juga akan turut terkena tempias. Kulit cerah Anwar yang kemerahan jelas membuktikan bahawa dia sedang melempiaskan nafsu amarah kepada sekalian rakyat yang inginkan kebenaran.
Dr Chandra Muzaffar yang merupakan bekas sekufu Anwar menjelaskan bahawa Anwar sepatutnya sudah lama berundur daripada aura politik Malaysia. Anwar masuk semula ke pentas politik tempatan bukannya membawa sebarang keuntungan kepadanya dan rakyat tetapi hanya mengundang padah yang tidak berkesudahan. Bayangkan sejak 12 tahun yang lalu, isu2 negatif yang kerap terpampang hanya menambah kebencian rakyat kepada Anwar. Tidakkan dia sedar dan insaf bahawa tiada jalan lain yang lebih baik buatnya selain berundur sekarang juga atau mungkin akan terlewat kelak. Anwar sememangnya melakukan perjudian yang amat besar di dalam dunia politiknya pada masa kini.
Jam tangan Omega yang merupakan bahan bukti utama di dalam kes video panas ini juga menjadi bertambah misteri apabila Mak Zizah dan Anwar masih gagal untuk membuktikan bahawa jam tersebut di dalam pegangan mereka. Jawapan Mak Zizah dalam nada marah dan emosi hanya memualkan perut rakyat apabila rakyat dikatakan sebagai lebih sudu daripada kuah, umpama sibuk nak jaga seluar dalam Anwar. Kalau Anwar nak pakai seluar dalam saiz apa pun, kita orang tak kisah maknya, tapi bila kes video panas ini semakin misteri dek jam tangan OMEGA itulah yang buatkan nafsu meruap2 nak ambil tahu....kih kih kih.
Aku fikir Anwar telah gagal dalam mengaplikasi dirinya sebagai model untuk menjadi pemimpin yang terbaik buat rakyat Malaysia. Jelas dan nyata di sini bahawa, sekembalinya Anwar ke medan politik tanah air hanya menambah perit dan siksa kepada sekalian rakyat yang saban masa dan ketika disemakkan dengan pelbagai isu2 negatif. Tidak kira sama ada ia komplot atau fitnah, namun apa yang pasti pemimpin yang betul2 baik sudah tentu mempunyai diskripsi diri yang tertonjol dengan aura positif dan mengamankan hati rakyat. Namun, Anwar hanya menambah gusar dan gundah gulana buat hati sekalian rakyat terutamanya bangsa Melayu. Pengikut totok Anwar sepatutnya berfikir di luar kotak dan bersikap keterbukaan dan bukannya menjadi Pak Turut. Ingatlah, masa depan rakyat Malaysia bukan ditentukan oleh segelintir pemimpin yang rakus dan tamak dengan suaka politik, tetapi ia adalah terjemahan daripada perpaduan seluruh rakyat yang cintakan tanahairnya dan patriotik. Pejuang Bangsa yang unggul tidak akan bersikap seumpama Anwar Al-Juburi.
Lupakan Anwar Ibrahim, dan kembalilah ke jalan yang benar bagi mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat, Insya Allah. Ketahuilah bahawa Anwar akan tetap dihenyak dan dilenyek dengan pelbagai lagi kisah lampaunya, ternyata Anwar kini kian hari kian lemah dan sudah hilang arah dan punca. Anwar memang telah gagal.........FULL STOP!