Dalam banyak keadaan, Presiden MCA kelihatan benar melangkah sumbang dan menari tanpa mengikut tingkah sebenar. Saranan terbarunya adalah agar rakyat Malaysia memboikot Utusan Malaysia sekaligus meranapkan syarikat media berkenaan. Alasannya, Utusan Malaysia tidak menyumbang kepada perpaduan. Tetapi lebih tepat lagi, alasannya ialah Utusan Malaysia menjuarai kempen 1Melayu 1Bumiputera yang dilihat mengancam penguasaan Cina dalam pelbagai segi.
Tindakan terbaru Chua Soi Lek, langsung tidak menampakkan kematangannya selaku seorang Presiden sebuah parti yang menjadi salah sebuah komponen penting di dalam Barisan Nasional. Barisan Nasional adalah ‘persekutuan’ pelbagai parti berasaskan kaum untuk menzahirkan sebuah negara satu bangsa.
Tindakbalas Melayu dan Bumiputera pasti akan diberikan berikutan gelagat Chua Soi Lek. MCA yang dalam beberapa pilihanraya terlalu bergantung kepada undi masyarakat Melayu, rupa-rupanya ingin bermain api.
Mungkinkah Chua Soi Lek beranggapan, oleh kerana MCA sudah tidak mendapat sokongan majoriti Cina, maka parti-parti lain dalam Barisan Nasional juga wajar menerima nasib yang sama sepertinya?
Teori tersebut tidak boleh ditolak sama sekali memandangkan tindak tanduk Chua Soi Lek pasti menyebabkan Melayu yang mengundi wakil-wakil dari MCA, GERAKAN dan MIC akan membuat undi protes kerana mulut Chua Soi Lek.
Anehnya, ketika UMNO bekerja keras untuk mendapatkan semula undi daripada pengundi-pengundi Cina dan India selain pengundi-pengundi Melayu yang sudah pun berpindah kepada DAP, PKR dan PAS, parti-parti utama komponen Barisan Nasional, khususnya MCA, bertindak bagaikan gunting dalam lipatan.
Secara jelas, MCA sememangnya memperjuangkan Cina dan tidak pernah berkompromi dengan apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan penguasaan masyarakat Cina dalam pelbagai bidang di negara ini terjejas.
Kempen 1Melayu IBumiputera bukan sahaja akan menyebabkan tercetusnya sistem dua parti iaitu parti yang berasaskan Melayu dan satu lagi parti berasaskan Cina, sebaliknya akan mengundang krisis ekonomi domestik yang sangat parah. Dan sudah tentulah yang paling teruk terjejas dari segi ekonomi adalah masyarakat Cina yang sangat bergantung kepada perniagaan.
Apakah Chua Soi Lek dan barisan kepimpinan utama MCA sudah bersedia untuk berhadapan dengan kepupusan parti berkenaan akibat mulut lancang Chua Soi Lek? Bagaimana pula selepas ini akan wujud entiti-entiti berasaskan Melayu-Bumiputera yang mempersoalkan kewajaran syarikat-syarikat orang Cina yang sangat mendiskriminasikan Bahasa Melayu, kaum Melayu-Bumiputera, bahkan agama Islam yang seringkali dibangkitkan tetapi segera dipintas sebagai menjaga keharmonian kaum di negara ini oleh kepimpinan utama Melayu-Bumiputera?
Namun yang terlebih penting, adakah Chua Soi Lek sebenarnya sedang memberikan isyarat bahawa calon-calon dari parti berkenaan sudah bersedia untuk bertarung dengan DAP dalam mana-mana kerusi yang majoriti pengundinya adalah Cina di samping menyerahkan sebahagian besar kerusi yang dimenangi sekarang kepada UMNO semula?
Ancaman Chua Soi Lek bahawa calon-calon MCA hanya akan diberi pertimbangan berdasarkan kepada prestasi semasa parti tersebut, sebenarnya dilihat ramai sebagai cubaan untuk menikam UMNO dari belakang seandainya DAP dan Pakatan Rakyat berjaya mengaut lebih banyak kerusi pada PRU akan datang.
Perlukah saranan agar kepimpinan dan pengundi Melayu berpaling daripada memberi undi kepada MCA pada PRU13 nanti?
Kupasan Oleh : [mykmu]
Kejutkan Soi Lek Daripada Tidur Lena