MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Video Panas : Perlu Desak Suruhanjaya DiRaja

♠ Posted by kayrozz in ,,,,, at 11:35 AM

Takut kerana benar, berani kerana salah. Ada betul ke perumpamaan ini? Tapi sesuai nak diterjemahkan kepada sekutu Anwar & The Gangs. Jelasnya di sini, peluang terhidang cukup luas untuk Anwar dan pengikut2 totoknya membuktikan segala konspirasi video panas ini adalah didatangkan khas oleh pihak kerajaan seperti selalu didakwa Anwar sebelum ini. Namun, apa yang menjadi pelik yang amat adalah apabila Si Kapal 'Wilcha' menidakkan usaha untuk menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja menyiasat sepenuhnya isu video panas ini sebaliknya mendesak kerajaan menangkap trio Datuk T. Lagi kenyataan daripada Mak Zizah katanya, ia isu yang remeh temeh, kalau bahasa pasar tani yang boleh digunakan 'benda kecik aje, lu nak kecoh pesal?'. Ini isu politik nasional Mak Zizah woit, mana ada yang remeh temeh? Dah heboh satu Malaya orang nak tahu mengenai isu sensasi ini, tidak kira daripada pesawah sehinggalah ke penjarah yang ada di Malaysia ni. Nampak sangat kekalutan sedang melanda di kem pembangkang, apabila Si Kapal 'Wilcha' daripada nak berdehem terus terbatuk kering...kih kih kih.

Ramai orang kata kalau dah takut atau salah tu bermacam2 dalih dikeluarkan. Apa nak ditakutkan dengan hukuman dunia kalau katalah sudah disabitkan dengan kesalahan, terima apa saja ketentuan olehNYA. Sebab bila murka ALLAH yang paling nyata telah muncul, padah dan bala amat burut akibatnya. Si Kapal 'Wilcha' dan sekutunya juga telah mencatat satu lagi memori sejarah apabila buat pertama kalinya menolak Suruhanjaya DiRaja bagi penyiasatan isu video panas ini. Memang sahih Si Kapal ini peguam yang paling konsisten untuk Bersikap Tidak Konsisten dan Pilih Bulu. Kes VK Lingam, Kes Kematian Mendiang Teoh Beng Hock vs SPRM, Kes Pembunuhan Altantunya Sharibuu dan segala pelbagainya yang meletakkan Kerajaan di pihak pembelaan maka Si Kapal dan konco2 yang menjadi golongan pendesak TEGAR. Tapi bila kena kes video ini, umpama terus mencicit lari ketakutan sambil memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Rakyat marhaen bukannya bodoh dan taksub dengan segala politik skema oleh puak2 pembangkang yang selalu pandai mengelak bila terkena batang hidung sendiri. Setiap perilaku dan polemik yang melanda pada hari ini sebanyak mungkin telah menyedarkan rakyat apakah visi dan misi Pakatan Rakyat selama ini iaitu tidak lain dan tidak bukan semata2 perjuangan bersifat peribadi terhadap Anwar. Memang betul kata Mak Zizah, Anwar memang anugerah TUHAN untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang seterusnya membawa pelbagai bala dan bencana. Lebih2 lagi setelah PAS menjalankan solat hajat untuk membuktikan kebenaran isu video ini, dan ternyata bahawa Anwar sebenarnya yang sedang ditimpa bencana besar.

Kerajaan perlukan suatu agenda yang kukuh dan terperinci bagi memastikan isu video panas ini akan mendapat tempat di Suruhanjaya DiRaja bagi penyiasatan secara total. Alasannya mudah sahaja, iaitu rakyat perlukan jawapan dan kebenaran. Sudah lebih 12 tahun PKR ditubuhkan dan sejak itulah pelbagai cerita dan tohmahan ke atas pemimpinnya yang bernama Anwar. Rakyat sudah jelak dan mual dengan pelbagai cerita politik mual dan kotor. Apakah tradisi ini yang cuba dibawa oleh pemimpin untuk generasi masa hadapan? Kes Liwat dan Video Porno adalah suatu yang 'taboo' untuk golongan masyarakat di Timur atas sebab budaya kita yang dikenali lemah lembut dan sopan santun. Kita perlu tegas dalam mengendali kes2 seumpama ini supaya ia bukan lagi menjadi bahan lawak di Parlimen dan jenaka siber yang menjengkelkan.

"Kalau Salah Buktikan Salah, Tidak Rakyat Ternanti-nanti"
"No Anwar For Malaysian Leadership!!"

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: