Donald Trump memilih bangunan pencakar langit di Manhattan sebagai kediaman rasminya, dan menamakannya Trump Tower. Terdapat beberapa lagi Trump Tower di serata dunia, namun hanya alamat di 5th Avenue ini yang menjadi tempat istirehat paling utama bagi Trump. Menurut Majalah Forbes, bangunan tersebut bernilai melebihi USD300 juta, dan ia menempatkan pejabat kepada Qatar Airways, serta lokasi jualan utama berjenama Gucci.
Bangunan ini sudah berusia lebih kurang 30 tahun, dan ia merupakan tempat berlangsungnya pertandingan Miss Universe, Miss USA dan Miss Teen USA untuk tahun2 sebelum ini. Putera Arab Saudi Mutalib Bin Abdul-Aziz menetap di Suite DiRaja di Trump Tower, dan beliau memiliki sepenuhnya salah satu aras di Trump Tower. Namun, suite DiRaja tersebut masih tiada tolok bandingnya atau sehebat kediaman rasmi Donald Trump. Pemilik2 suite yang paling terkenal menetap di salah satu daripada 3 tingkat teratas di Trump Tower yang meliputi 30,000 kaki persegi. Kediaman tersebut dianggarkan bernilai USD50 juta, dan ia dianggap sebagai kediaman/apartmen yang paling berharga di tengah2 Kota New York.
Maison de L'Amitie yang berukuran 60,000 kaki persegi merupakan hartanah yang telah dibeli dengan harga USD41 juta pada tahun 2004. Setahun kemudian, Kendra Todd juara Siri Apprentice musim ke-3 telah diberikan tugasan oleh Trump untuk melakukan projek pengubahsuaian sebanyak USD25 juta. Kendra berjaya meningkatkan daya tarik dan imej rumah agam tersebut dengan bertatahkan emas dan berlian.
Pada tahun 2010, Trump telah menjual hartanah ini kepada Dmitry Rybolovlev yang juga bilionair dengan harga USD95 juta. Harga tersebut sebenarnya kurang USD25 juta daripada harga yang diingini Trump, namun Trump masih tetap memiliki 130% pulangan keuntungan daripada pelaburan asalnya. Seterusnya, ia telah meningkatkan lagi nilai2 kediaman di pasaran hartanah pada tahun tersebut.
Penjualan rumah agam tersebut adalah termasuk 500 kaki lautan, serta sebuah garaj yang boleh memuatkan 50 buah kereta di dalamnya, sejumlah bilik air yang boleh menempatkan 22 orang untuk sekali mandian. Namun, ia semua mengakibatkan Trump terpaksa membayar sejumlah cukai yang amat tinggi, iaitu USD1 juta hanya untuk cukai hartanah pada tahun 2007 sahaja.
Pada tahun 1995, Donald Trump telah membeli sebuah rumah agam ala-Georgia di Bedford, New York untuk USD7.5 juta. Ia telah dibina pada tahun 1919 dan pemilik asalnya ada hartawan Washington Post Eugene I. Meyer Jr. Kediaman di atas tanah seluas 200 ekar itu mempunyai 13 bilik tidur, 12 bilik air, bilik permainan kanak2 2 tingkat dan kolam renang.
Trump pada asalnya merancang untuk membina sebuah padang golf di atas tanah tersebut, namun selepas menerima bantahan daripada pihak bandaraya Bedford, New Castle dan North Castle, di antaranya kerana takut pencemaran daripada bahan padang rumput golf tersebut akan mengalir ke Empangan Tasik Byram dan mencemarkan air minuman mereka.
Selepas rancangan padang golf itu dibatalkan, Trump telah membina 15 buah rumah mewah di atas hartanah tersebut dengan pengubahsuaian termasuk salah satunya adalah rumah Trump sendiri. Projek hartanah terbaru itu melangkaui sehingga 15,000 kaki persegi di atas lot2 10 ekar, di mana terdapat pelbagai kemudahan termasukkolam renang dan gelanggang tenis. Ia terjual sehingga USD25 juta setiap buah. Namunbegitu, pada tahun 2008, Trump telah menangguhkan projek tersebut dan menunggu sehingga pasaran hartanah kembali pulih.
Donald Trump telah membeli Mar-a-Lago, bekas pemilik asal hartanah tersebut adalah pengasas Marjorie Merriweather Post, di tahun 1985 dengan harga USD10 juta. Ia terbina pada tahun 1920an dan diwartakan sebagai mercu tanda nasional pada tahun 1980an. Estet seluas 17 ekar itu sangat popular di dalam menganjurkan International Red Cross Ball dan majlis perkahwinan Arwah Michael Jackson dan Lisa Marie Presley. Ia mempunyai 12 tempat unggun api, lebih daripada 30 bilik air dan sehingga 60 bilik tidur dan juga 3 buah bilik penampung bom.
Pada tahun 2006, Trump telah didapati mengganggu keselesaan penduduk2 tempatan apabila membina sebatang tiang bendera setinggi 80 kaki, ketinggian dua kali ganda daripada yang dibenarkan mengikut ordinan bandar tersebut. Trump juga menolak desakan orang ramai untuk menurunkan tiang tersebut, dan ini menyebabkan pihak majlis bandaraya Palm Beach mengenakan caj sebanyak USD1,250 sehari selama mana tiang tersebut tidak diturunkan. Trump telah menyaman semula pihak tersebut sebanyak USD25 juta, dan kes tersebut terheret sehingga 6 bulan. Akhirnya, ia selesai apabila Trump bersetuju untuk menurunkan tiang bendera sebanyak 10 kaki, menjarakkannya daripada persisiran laut serta menyumbangkan sebanyak USD100,000 sebagai tabung kebajikan kepada Bekas Tentera US Di Iraq.
Baru2 ini, Donald Trump telah menghabiskan masanya di Rancho Palos Verdes yang terletak di selatan California bagi memantau projek pembinaan Padang Golf Kebangsaan Trump. Ketika di sana, Trump mendiami di dalam estet yang berjaya dijualnya sekarang dengan harga USD12 juta. Hartanah tersebut menghadap ke Lautan Pasifik dan juga padang golf yang baru terbina. Kini, kelab golf tersebut merupakan majikan ke-3 terbesar di Rancho Palos Verdes, dengan seramai 300 orang pekerja.
Rumah agam dua tingkat di dalamnya yang seluas 11,000 kaki persegi milik Trump dibina dengan kelengkapan sederhana, termasuk 9 bilik tidur, sebuah garaj yang memuatkan 4 buah kereta dan kolam renang. Terdapat 50 unit lagi rumah yang eksklusif termasuk milik Trump di dalam komunitinya.
0 comments:
Post a Comment