TANDA-TANDA SAKA ADA DALAM TUBUH MANUSIA!!
Nak cari Cadar Quilt Patchwork Murah Tapi Berkualiti? Jom Klik Sini ➡ ☆☆☆ www.quiltdefarhana.com ☆☆☆
Baca Artikel Selanjutnya :
~TANDA-TANDA ORANG YG MEMILIKI SAKA~
#MAKNA SAKA
- Saka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunannya. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek- moyangnya dahulu. Boleh jadi Jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki tersebut ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. semasa mereka hidup, mereka telah berkawan dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Jin yang dijadikan khadam oleh nenek moyang inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah kepada anak dan kepada cucu oleh pembela-pembela jin-jin tersebut.
KETIKA TIDUR
1. Susah tidur malam atau tidak boleh tidur malam.
2. Sering terjaga pada waktu malam jam 2 malam atau 3 dan malam
selepas itu sukar untuk tidur.
3. Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, ular, serigala,
dan sebagainya.
4. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
5. Mimpi di Kawasan Kotor atau Perkuburan.
6. Mimpi Jatuh tempat tinggi.
7. Mimpi Berjumpa atau melihat Makhluk halus.
8. Mimpi Budak Kecil (Menyusukan bayi bagi wanita).
9. Mimpi di ancam benda tajam seperti pisau,paku dan sebagainya.
KETIKA JAGA
1. Selalu pening kepala (Perubatan Moden tidak dapat kesan).
2. Hilang Ingatan atau cepat lupa dan mungkin menjadi gila.
3. Sering Lesu dan Malas.
4. Sentiasa Sakit di Tulang Belakang.
5. Lenguh-lenguh sendi.
6. Terasa sesuatu berjalan didalam Badan.
7. Mudah Marah dan Panas Baran.
8. Cepat mengantuk (terutama mendengar Ayat-ayat quran)
9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan
10. Bila memejamkan mata, bulu mata berkedip-kedip.
ANAK CUCU YANG MENJADI SASARAN
1. Yang cetek ilmu agamanya.
2. Yang suka melakukan maksiat dan melanggar peraturan Allah.
3. Yang Meninggalkan Ibadat Wajib.
4. Yang lemah fizikalnya dan antibodi.
5. Yang berminat utk memiliki apa yang ada pada nenek moyang
6. Yang mengidamkan kehebatan walaupun dengan cara malanggar perintah Allah.
1.) Al-Fatehah ( Surah 1 : Ayat 1-7 )
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ(1) الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ (3) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهدِنَـا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ | 7
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolonganMu. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka bukan ( pula jalan ) mereka yang sesat.
2.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 255 )
اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ | 255
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah, tidak ada tuhan (Yang berhak disembah) melainkan Dia Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
ayat2 menjauhkan diri dari saka (keturunan)
3.) Al-Insyirah/Al-Sharh ( Surah 94 : Ayat 1-8 )
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (1) وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ (2) الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ (3) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (4) فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (6) فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ (7) وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ | 8
Tidakkah Kami(Allah) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad). (Kini hilangkan daripadamu kerisauan, sehingga kau tenang, rela karena yakin terhadap janji Allah dan perotongan-Nya). Dan telah Kami ringankan daripadamu beban-beban yang berat. Yang memberati tanggunganmu. (Yang berupa tugas menyampaikan risalah wahyu yang diturunkan oleh Tuhanmu, meskipun kau mendapat tantangan dari kaummu). Dan Kami naikkan (tinggikan) sebutan (nama) mu. (sehingga sebutan namamu selalu disebut di samping nama Allah dalam dua kalimat syahada). Maka sesungguhnya disamping kesukaran adan kemudahan. Sesungguhnya disamping kesukaran adan kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (daripada suatu amal soleh) maka ersusah payahlah (berusaha melakukan amal soleh yang lain pula). Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.
#kita hanya berusaha dan berdoa..InsyaAllah akan sembuh dengan izin ALLAH SWT
LIKE COMMENT SHARE
~nurul~
Shrek McGyver and 1,676 others like this.
View previous comments…
Azura Dine
kat mlk xde ke tmpat buang saka ni..please inform me jika ade..coz sy slaloo dgar bisikan...sumpah x tipu...
4 · 29 December 2012
Patik Paduka
Tiada yg lebih brkuasa melainkan allah s.w.t walaupun saka susah untuk dbuang tetapi janganla brputus asa dan yakin allah e2 sntiasa ada,jangan drisaukan jika kita sering nampak bayang2 hitam dan seperti trasa sering dperhati yakinlah pada allah kerna dia lbih brkuasa dari skalian makhluk..
9 · 29 December 2012
Patik Paduka
Sesiapa yang ada saka,hidupnya akan sntiasa brasa gundah,susah dan sntiasa dhimpit masalah, jiwa sntiasa rasa sdih dan tidak tenang hidup trasa sperti dkawal oleh seseorang..
8 · 29 December 2012
رحيمه ابدول رحمن
dulu pernah la sorang lelaki ni die ni mcm leh tngok org die kate aku ade pndmping siap kate pakcik aku penah cte pasal bunian tp pakcik aku dah mninggal mmg mghairankan sbb die tau tp bg aku sake atau x kdg2 kte kne ingt sgle yg burok dtgnye dr kte dan yg baik dtgnye dri Allah s.w.t
3 · 29 December 2012
Afandy Abd Ghafar
Cik Ckyn
· 29 December 2012
Iqbal Setiye
tp aq ad salah 1 at stu .
1 · 29 December 2012
Siti Norriza
Sy da 3..mmpi jtuh dr tmpat tggi,mlm2 ssah nk tdo n slalu trjaga pkul2 3 pg n panas baran tahap maksimum kowt xleyh kawal lnsung..xkn saka.
2 · 29 December 2012
Fitri Sara
Sy kerap dikata sbg ada saka sbb lmbat brkhwin wlpun usia awal 30an, tp sy x pnah pun mgalami yg disenarai di atas...hurm
1 · 29 December 2012
Acimek Amer
Assalamualaikum kesembuhan penyakit2 ini atas izin Allah yg pertama yg kedua atas pesakit itu sendiri...maksud atas pesakit itu td adalah jge solat..perbnykkn bce ayat2 suci Al-Quran dan yg ketiga cube ikhtiar selagi boleh..maksud ikhtiar pegi la kepada pengamal perubatan islam...jgn sesekali membiarkn jin menguasai kite..ikhtiar selagi boleh insyaAllah..InsyaAllah Allah akan makbulkn doa org yg terainiaya...maaf jika ade silap...sye hanye insan yg x lari dari kesilapan..yg baek datg dari Allah yg buruk dtgnye dri sye..
3 · 29 December 2012
Seven Black
Maaf nk cakap. Buruk dan baik datgnye dari Allah s. W. T. Dia yg menentukn hidup mati kite... Hari ini kita dipecat dari kerja pon kerana Allah. Dia nk kite tahu ade hikmah atas kejadian itu. Maka hendaklah sentiasa meminta padaNYA.
3 · 29 December 2012
Furqan Huda
Rujuklah pada mereka yg benar2 merawat cara islam, tiada satu pun perawat islam yg leh menelek, scan, sebab punca pesakit itu jatuh sakit, adakah kerana buatan org, sipolan ini yg wat, sipolan sana yg wat...perawat islam akan menggunakan kaedah Tauhid..hanya Allah yg maha tahu, maha memberi kesembuhan, dan juga mendatangkan musibah kepada hambanya sebagai petunjuk agar hambanya sentiasa mengingati Allah. Kaedah merawat menggunakan ayat2 alquran bukan sahaja utk menghalau. Jin @syaitan, tapi juga leh di gunakan kpd sakit2 moden spt demam panas, kanser,jantung,dan sebagainya, kerana ayat alquran adalah ayat penawar segala penyakit samada fizikal,rohani, yg penting keyakinan kita pada kehebatan Alquran yg penuh kemukjizatannya. Tapi .... adakah kita sebenarnya mengamalkan ayat2 alquran dalam seluruh hidup kita dari celik mata hingga tertutup mata semula, atau hanya d gunakan utk menghalau jin dan syaitan sahaja...fikir..fikir..
3 · 29 December 2012
Nur Huda Hafzi
x de tande mcm diatas.. tp bila beberapa org jumpa sy, ckp sy ni ada pemanis.. eei tkut nye,sy x pernah pakai susuk... erm,saka pon mcm tu ke?
· 29 December 2012
Haizard Lee Sailong
Senang cakap 99.9% dari masyarakat,melayu ada saka.. Blum masa nak datang,je.. So berhati2.. Dia blh menyamar mcm2.. Cuma dia xda ( cop ) sahaja. Renung2kan.. Segala2nya hiasan dunia belaka
3 · 29 December 2012
Haizard Lee Sailong
Yg ada di melaka blh pergi ke masjid kg ulu.. Mandi air kolah kt tmpt ambil wuduk 2..
1 · 29 December 2012
Eddy Zack
Kuatkan hati teguhkan iman, banyakkan berzikir, tawakal hanya pd Allah s.w.t.. Solat boleh menjauhkan sebarang kejahatan.. amin.. harap istiqamah jgn lalai
3 · 29 December 2012
Al-Mujib Sanaani Abdullah
Knp bnyk tanda2 2 ad kt aq pelik2...bnde niew btol kew x??
· 29 December 2012
Soleh Minhad
Banyak betul match ngan aku =="
1 · 29 December 2012
Jam Mil Noorlin
Untuk Zaman skg ni paya juga nak kenal pasti bab ramai manusia memang dah berperangai mcm jin dan setan. manusia sama manusia pun membunuh anak kecil pun jadi mangsa
2 · 29 December 2012
Patik Paduka
Bila seseorang ada saka kalau brgaduh atau marah cpat2lah istifar pergi ke tempat yg lbih jauh agar tidak mendatangkan perkara yg buruk..
· 29 December 2012
Aiman Bahar Rays Spark
org yg mmbela sake di gelar (jimbaok).
· 29 December 2012
Fauziah Hanim Mukhtaram
saya pn x disangka2 ada jg saka yg bertengget kt bahu..sy alami penyakit gatal yg lama,adakala reda pastu dtg blk..bila jmpa ustaz dia kata sy ada saka.x tahu dr mana kemungkinan nenek moyang kita dulu2. dh berubat,sekarang sedang alami rasa yg dtg dr dlm bdn kita..sekejap seram kt kaki,tgn,leher..mgkin dlm proses pembuangan,dlm pada itu sy baca ayat2 ruqyah,.kita yakin dan minta pd Allah supaya menyembuhkan penyakit yg kita alami.insyaaAllah..
5 · 29 December 2012
Muqriz Shazwan
Yg laga gigi tu aq ade
1 · 29 December 2012
Mia Aryssa
saya sering terjaga kol 2.3,mimipi berjumpa dengan makhluk halus,bila memejamkan mata bulu mata berkedip kedip,mimpi budak kecil
3 · 29 December 2012
Zemmy Azli Zahari
saka jari hantu...
· 29 December 2012
Saa Husna
Tq..sgt bguna sbb kmgkinan saka yg xsempat dbuang dulu..ingin mdampingi sy
· 30 December 2012
Atique KurosaKie
buatkan renungan jgak Jepp Jefrry
· 30 December 2012
Rohani Mokhtar
kepada sesiapa yg dah mencube pelbagai RAWATAN ISLAM, USTAZ, AL QURAN, DARUL SHIFA, pusing satu mlysia, indonesia, ...masih terasa tidak selesai lagi ( saya bole memberi laluan untok rawatan ).. untok bacaan kalian, sebagai ingin tahu serba sedikit bole pergi ke fb BENTARA TUJUH dan membaca blog NUKILAN BENTARA TUJUH... terlalu bnyk maklumat tentang bunian,saka, jin, SEJARAH MALYSIA, SEJARAH DUNIA dan sebagainye YG TIDAK BENAR.. & ia nye perlu di beritahu dan di perbetulkn.. allahhualam...
4 · 31 December 2012
Azhar Abdul Aziz
Se-saka mana pun Saka itu mereka pun makhluk ALLAH. ALLAH yang cipta. Sesungguhnya manusia lebih mulia dari sekelian makhluk bagi yang sentiasa mengingati ALLAH. dekatkan diri kita dengan ALLAH. itu saja ubatnya. Setiap manusia mempunyai darjat kekuataan yang luar biasa, sama ada manusia itu berbuat baik maupun jahat. Andai nafsu dan kejahatan yang kita pilih maka Saka itu akan jadi lebih jahat. Andai keimanan dan kebaikan yang kita pilih maka Saka akan tunduk dengan ke IMAN dan kebaikan kita. tetapi apa bila kamu takut dan tunduk pada Saka ini maka mereka akan menguasai kamu. Untuk kita menguasai saka, kita kenalah berilmu. ALLAH telah menurunkan segala ilmu yang sepatutnya untuk umat manusia. iaitu AL QURAN. Jadi nya, tinggal lagi sejauh mana keyakinan dan keikhlasan kita kepada ALLAH.
Kredit : [penmerahdotcom]
3 Hari Mengandung Terus Bersalin..Allahu Akbar
Angka 37 Korban Tragedi Karak-Genting Sempah
Jam 245 pm pada tarikh 21/8/13 sejarah hitam Karak berulang kembali dengan tragedi bas henti2 yg terbabas sekaligus terhumban ke dalam gaung sedalam 150 kaki atau lebih kurang 70 meter.
Tragedi yg sehingga kini sudah meragut 37 nyawa sudah pasti akan menjadi medan perdebatan di kalangan rakyat Malaysia buat kesekian kalinya. Apa yg pasti, kita seharusnya mencari punca dan mengelakkan daripada terus berbalah dan bersikap menyalahkan orang lain.
Segulung tahniah dan syabas buat anggota bomba & penyelamat serta petugas2 keselamatan yg telah bertungkus lumus untuk menyelamat dan mengeluarkan mangsa yg terkorban di dalam operasi pada hari ini yg telah berakhir jam 2020 pm.
Bingkisan Al-Fatihah buat mangsa yg beragama Islam dan Ucapan Takziah buat yg bukan Islam.
Jom baca lagi makluman lanjut :
Klik sini
Kembalilah Ke Jalan Yang Lurus!!!

Asas pembicaraan ilmu tauhid mempunyai empat perkara penting yang perlu dipelajari oleh semua umat Islam. Antara perkara tersebut ialah :
Uluhiyah
Uluhiyah adalah pengEsaan Allah dalam ketuhanan. Ketauhidan ini dibina atas dasar ikhlas kerana Allah semata-mata, bersama rasa cinta, takut, mengharap, tawakal, gemar dan hormat secara menyeluruh hanya kepada Allah. Uluhiyah itu mengesakan Allah dalam ketuhanan, kerana dasar aqidahnya dibangun atas keikhlasan bertuhan. Dan dalam mendapatkan keikhlasan itu perlu pula kepada cinta yang amat sangat kepada Rabbul Izzah Allah Maha Esa. Firman Allah :
Syeikh Islam Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa ketahuilah, keperluan seorang hamba untuk menyembah Allah tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu pun tidak memiliki bandingan yang dapat dikiaskan, tetapi dari sebahagian segi mirip dengan keperluan jasad kepada makanan dan minuman. Akan tetapi, diantara keduanya ini terdapat perbezaan mendasar. Kerana, hakikat seorang hamba adalah hati dan rohnya, ia tidak boleh baik, kecuali dengan Allah yang tiada Tuhan selainNya. Ia tidak boleh tenang di dunia, kecuali dengan mengingatNya.
Nubuwwat
Tauhid Nubuwwat adalah tauhid yang berkaitan dengan perutusan nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah SWT untuk disampaikan kepada sekelian manusia. Mempercayai nabi dan rasul adalah salah satu daripada Rukun Imam yang wajib kita percayai. Andai kata seseorang itu tidak mempercayai tentang kewujudan para nabi dan juga para rasul, maka dia boleh menjadi kufur dan rosak akidahnya.
Sam’iyat
Maksud sam’iyat adalah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis. Perkara sam’iyat juga boleh diberi maksud perkara yang berlaku di luar batas akal fikiran manusia yang wajib dipercayai sepenuhnya oleh umat Islam. Antara perkara-perkara sam’iyat ialah seperti :
- Hari Kiamat : Hari kebangkitan semula.
- Hari Akhirat : Hari kebangkitan selepas alam dunia.
- Alam Barzah : Alam kubur, siksaan kubur, nikmat kubur.
- Mahsyar : Tempat berkumpul manusia untuk menunggu perhitungan Allah.
- Mizan : Alat timbangan amalan baik dan buruk manusia.
- Buku Amalan : Setiap manusia akan direkodkan segala amalan baik dan buruk di dalam buku amalannya.
- Sirat : Titi yang merentangi neraka, akan dilalui oleh semua manusia.
- Neraka : Tempat seksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah.
- Syurga : Tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah.
- Dosa : Ganjaran buruk bagi orang yang tidak melaksanakan suruhan Allah.
- Pahala : Ganjaran yang baik bagi orang yang melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah.
Mumkinat
Mumkinat atau mumkin bermaksud perkara-perkara harus yang boleh jadi ada dan boleh jadi tiada seperti perkara-perkara yang ada di alam ini. Mumkin Pada Akal ialah kita dapat menentukan atau menghukum sesuatu benda atau sesuatu zat itu boleh berkeadaan tertentu atau boleh pula berkeadaan tidak begitu. Contohnya “Langit mendung dan gelap, kemungkinan ia akan hujan nanti”. Maksud di sini langit tersebut boleh jadi hujan dan boleh jadi tidak hujan.
JOM LAYAN TAZKIRAH : [kerana ianya suatu kewajipan] <<--klik sinun
[Pics] Celakalah Engkau Wahai Melayu!!

Azab Allah SWT pasti datang tepat pada waktunya Ayat 53
53 Dan mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Kalau tidaklah karena waktu yang telah ditetapkan benar-benar telah datang azab kepada mereka, dan azab itu benar-benar akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyadarinya.
Al-'Ankabut (Laba-Laba)
Isu Kalimah ALLAH Tidak Selesai Lagi??

Mr Najib's administration hopes the meeting with the Pope will also send a clear signal that the government cares about Christians who form 10 per cent of Malaysia's population and help mend the strained relations with the Christian community, especially after a series of incidents this past year - including the firebombing of churches.The attacks on places of worship were sparked by a High Court decision allowing a Catholic weekly to use the word "Allah" to describe god in the Malay version of the Bible.There was also unhappiness over the government's decision to limit the import of Malay-version Bibles, which the authorities worry will confuse the country's majority Muslim community into converting.Dr Thomas Philips said: "I don't think one visit is going to create an impact but the fact that he shows that he's willing to recognise and engage with the Christian leaders and to go to the extent of having diplomatic ties, it's a positive step."Fui Soong, CEO of Centre of Strategic Engagement, said: "I don't think a visit like this is going to be enough to say I am doing something about it. People want to see concrete actions.''apa itu [CENSE]?Many Christians are still waiting for a definitive answer from the Court of Appeal that the word "Allah" is not the exclusive use of the Muslim community.

Tazkirah Juma'at : Rakyat Bijak, Pemimpin Hebat Wujudkan Negara Berkat
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 38 surah at-Taubah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apakah sebabnya apabila diseru kepada kamu: “Berangkatlah untuk berperang pada jalan Allah”. Kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu. Adakah kamu berpuas hati dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat sedangkan kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit.
Kita baru menyambut kedatangan bulan Rejab yang mengingatkan kita tentang beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w seperti peristiwa yang kita sentiasa sebutkan iaitu Isra’ dan Mikraj dan juga suatu lagi peristiwa yang telah meninggalkan kesan yang besar dalam penyebaran Islam ke luar daripada kawasan tanah arab iaitu peperangan Tabuk yang berlaku pada bulan Rejab tahun 9H. Peperangan Tabuk meletus apabila Rasulullah s.a.w menerima berita tentang pembunuhan Farwah bin ‘Amru Al-Jazami yang merupakan salah seorang ketua yang dilantik oleh Rom bagi kawasan Ma’an di mana beliau telah dibunuh dengan direbus di dalam kawah air panas apabila Rom mengetahui dia telah memeluk agama Islam dan menjadi wakil kepada nabi Muhammad S.A.W di dalam mengerjakan dakwah Islamiah di sana. Inilah suatu sikap dan tindakan tegas yang telah diambil oleh nabi selaku pemimpin negara Islam Madinah dalam mempertahankan kehormatan diri dan nyawa umat Islam di mana seorang dibunuh di negara musuh maka tentera Islam terus dikerah untuk mengajar kebiadapan musuh yang mengajar kita tentang harga diri umat Islam adalah begitu mahal nilainya bukannya boleh dibunuh sesuka hati. Malangnya apa yang berlaku kepada umat Islam hari ini di mana sudah tidak dihormati lagi sehingga musuh boleh membunuh, membakar, menembak, mengebom umat Islam sesuka hati di tanahair sendiri. Dulu musuh tunduk kepada kemuliaan Islam dan umatnya tetapi kini akibat umat Islam meninggalkan Islam maka musuh menjadikan umat Islam sebagai bahan mainan. Umat Islam menjadi lemah dan hina walaupun memiliki jumlah penganut yang begitu ramai tetapi tidak lebih daripada buih air banjir akibat terkena 2 penyakit bahaya iaitu terlalu cinta kepada dunia dan sangat takut kepada kematian.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : بَدَأَ الإِسْلامُ غَرِيبًا ، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا ، فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ- رواه مسلم
Maksudnya : Islam mula tersebar dalam keadaan asing dan ia kembali dipandang asing sebagaimana ianya bermula. Maka beruntunglah bagi orang-orang yang dipandang asing kerana mempertahankan Islam
Siri penghinaan dan penjajahan terhadap umat Islam terus berlangsung silih berganti di mana antara yang sedang heboh diperkatakan berkenaan permainan video yang menghina nama Allah dan Ka’bah, penghinaan melalui tulisan, gambar di internet akibat kesilapan Islam sendiri yang kebanyakannya meninggalkan cara hidup Islam. Apa yang lebih malang apabila umat Islam sendiri membuka jalan untuk Islam dihina seperti isu liwat, video seks yang menunjukkan kepada dunia betapa buruknya perangai umat Islam yang begitu seronok dengan budaya fitnah yang menjaja maruah. Bila ada individu atau kelompok dengan jelas memperlecehkan ajaran Islam, Allah, al-Quran dan nabi Muhammad s.a.w maka dengan nada lembut orang mengatakan itu adalah kebebasan berpendapat dan kepelbagaian menafsir ilmu agama. Namun apabila ada individu atau masyarakat Muslim mengajak umat Islam untuk istiqamah mengamalkan ajaran Islam maka tindakannya dituduh keras dan tidak berhikmah. Apa saja yang dicatatkan dalam akhbar, TV, radio,internet dengan mudah orang mempercayainya dan dianggap lambang kemajuan. Tetapi apa yang terkandung di dalam Al-Qur’an belum tentu dipercayai dan diyakini kebenarannya, walaupun mengaku sebagai Muslim dan apa yang lebih dahsyat apabila ada tanggapan bahawa belajar al-Qur’an melahirkan seseorang menjadi pengganas. Sebilangan besar umat Islam lebih yakin dan bangga dengan sistem hidup ciptaan manusia berbanding system Islam yang dianggap zalim dan ketinggalan zaman. Ketika seorang Yahudi atau agama lain memanjangkan janggutnya maka orang akan mengatakan dia menjalankan ajaran agamanya. Namun jika seorang Muslim memelihara janggutnya, dengan mudah orang menuduhnya pengganas yang dicurigai khususnya ketika berada di tempat-tempat umum seperti hotel dan sebagainya. Ketika seorang paderi perempuan memakai pakaian yang menutup kepala dan tubuhnya, orang akan mengatakan bahawa dia sedang menjalankan ajaran agamanya. Namun apabila wanita Muslimah menutup auratnya dengan jilbab atau hijab maka orang akan menuduh mereka terkebelakang dan tidak sesuai dengan kehidupan zaman moden. Bila wanita Barat tinggal di rumah dan tidak bekerja kerana menjaga rumah dan mendidik anaknya maka orang akan memujinya kerana dia rela berkorban dan tidak bekerja demi kepentingan rumah tangga dan keluarganya. Namun bila wanita Muslimah tingal di rumah menjaga harta suaminya, mendidik anaknya maka orang akan menuduhnya diri perempuan itu dijajah dan harus dimerdekakan daripada penguasaan dan penindasan kaum lelaki. Setiap mahasiswi Barat bebas ke kampus dengan memakai pakaian yang disukainya, dengan alasan itu adalah hak asasi mereka dan kebebasan. Namun bila wanita Muslimah ke kampus atau ke tempat kerja dengan memakai pakaian menutup aurat maka orang akan menuduhnya berfikiran sempit dan tidak sesuai dengan peraturan kampus atau tempat kerja mereka. Inilah antara contoh Islam dipandang asing termasuk oleh umat Islam sendiri. Ingatlah bahawa kita dimuliakan oleh Allah dengan Islam maka selagimana kita mencari kemulian menggunakan cara jahiliah maka selama itulah kita akan dihina oleh Allah
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah dalam ayat 41 surah at-Taubah :
انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau pun berasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui
Berbalik kita kepada perbincangan berkenaan Perang Tabuk di mana Rasulullah s.a.w telah mengerahkan agar para tentera Islam untuk keluar berjihad ke Tabuk dengan menjelaskan kepada mereka tujuan tersebut secara terang-terangan di mana baginda berjaya mengumpulkan 30 000 orang tentera. Rasulullah s.a.w juga mengarahkan agar para muslimin yang mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan harta mereka untuk tujuan berjihad di jalan Allah agar bersedekah untuk tujuan tersebut sekadar yang termampu. Antara para sahabat yang menyahut seruan itu ialah Sayyidina Abu Bakar yang memberi kesemua harta beliau, Sayyidina Umar yang memberi setengah daripada harta beliau, begitu juga dengan Sayyidina Uthman dan Abdul Rahman Al-‘Auf serta ramai lagi sahabat yang lain yang turut berbuat demikian. Golongan kemenangan ini menjadi begitu mudah untuk keluar berjihad dan mengorbankan harta benda untuk perjuangan Islam kerana mencontohi kepimpinan Rasulullah s.a.w yang banyak berkorban. Sedangkan umat Islam pada hari ini takut untuk berjihad kerana pemimpin mereka sendiri lebih suka menghalakan senjata kepada rakyat berbanding musuh kuffar. Umat Islam sendiri sayang kepada harta benda akibat pemimpin sendiri yang lebih seronok membina kekayaan atas penderitaan rakyat. Kita begitu rindu untuk memiliki pemimpin yang mencontohi kepimpinan nabi yang mendahulukan kesenangan rakyat. Kita begitu berharap untuk memiliki pemimpin sebaik Sayyidina Abu Bakar yang sentiasa mengeluh bimbang sekiranya masih ada walau pun seekor kambing yang tersepit di hujung negara akibat beliau tidak sempat membantunya. Kita ingin memiliki pemimpin sehebat Sayyidina Umar al-Khottab yang pernah mengungkap sekiranya rakyat lapar maka aku ingin menjadi orang pertama yang merasai lapar itu dan sekiranya rakyat telah kenyang biarlah aku orang terakhir yang merasainya. Kita inginkan pemimpin seadil Umar bin Abdul Aziz yang sentiasa menekankan sekiranya pemimpin hidup dalam kemewahan maka rakyat terus menderita dalam kemiskinan sebaliknya sekiranya pemimpin sanggup membuang segala kekayaan maka rakyat pasti merasai nikmat kekayaan. Kita juga ingin lahirkan lebih ramai Ulama’ yang berperanan besar dalam kerja amar makruf nahi mungkar sebagaimana kehebatan Sultan Ulama’ Izzuddin Abdul Salam yang bangkit menentang khalifah yang ingin menaikkan cukai terhadap rakyat atas alasan untuk membeli senjata bagi melawan tentera Kristian. Beliau sebaliknya meminta agar bermula daripada khalifah, menteri dan pegawai kerajaan terlebih dahulu menjual segala barang yang mewah untuk menampung kekurangan kewangan negara kemudian jika masih tidak mencukupi barulah rakyat boleh dikenakan kenaikan cukai. Semuanya payah untuk kita temui pada hari ini di mana pemimpin sentiasa membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak dan terkini tarif elektrik yang sepastinya akan disusuli dengan kenaikan harga barangan. Pemimpin akan terus memperkudakan akhbar, TV, radio dalam memperbodohkan rakyat bagi menghalalkan tindakan mereka bagi mengurangkan kemarahan rakyat. Pembaziran dengan rasuah dan pecah amanah terus subur disamping perut kroni terus membucit ketika poket rakyat semakin kempis. Sekiranya rakyat terus rela untuk diperbodohkan dengan alasan memual dan meloyakan setiap kali kenaikan harga barangan maka selagi itulah kezaliman dan penindasan akan berlaku. Sesungguhnya seseorang yang benar-benar beriman tidak akan disengat di tempat yang sama lebih daripada sekali. Oleh itu jadilah orang yang benar-benar beriman yang bijak dan pandai memilih pemimpin yang mampu membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 188 surah al-A’araf :
قُل لَّا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّـهُ ۚ وَلَوْ كُنتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ ۚ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Maksudnya : Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
PAS Tawar Hadiah Untuk Lihat Darah Umat Islam Mengalir Di Malaysia?

Komentar Panas!! : "Korang Dah Buat Anak Buah Aku Jadi Yatim Piatu"