MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Ketua Pemuda DAP Pahang Ditahan Polis

♠ Posted by kayrozz in ,,, at 1:50 PM
KUANTAN, 15 Mei - Himpunan Bantah Lynas dihadapan Pejabat DAP Jalan Beserah dekat sini kecoh apabila empat orang orang aktivis rakyat ditangkap polis. Pihak polis berbagai unit dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantanseramai lebih kurang 50 orang termasuk pegawai telah berada di lokasi terbabit sejak awal pagi lagi. Kelihatan beberapa orang anggotaPolis Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota Cawangan Khas(SB) telah bersiap sedia untuk menggempur mereka yang berada di situ. Peserta perhimpunan hari ini diketuai oleh Pengerusi DAP Negeri Pahang iaitu YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), YB Cheong Siew Onn (ADUN Teras) dan pimpinan pusat DAP YB Anthony Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Rasah) dan YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang). Ucapan bantahan Lynas telah dimulakan oleh YB Leong Ngah Ngah selepas semua peserta mula berhimpun di kaki lima Pejabat DAP sekitar jam 11.15 pagi. Ucapan ringkas turu disampaikan oleh YB Anthony Loke, YB Azan Ismail dan beberapa yang lain. Sementara itu kawasan terbabit telah dikepong oleh anggota polis yang membuat benteng mengadap pejabat tersebut. Seolah-olah satu peperangan besar akan berlaku. Anggota trafik pula dilihat mengawal lalu lintas dan beberapa orang pegawai polis dilihat mundar mandir di kawasan terbabit, seolah-olah mendapat arahan pihak tertentu supaya melakukan provokasi.

Laungan "Hidup Rakyat, Bantah Lynas" bergema dan ini menimbulkan sedikit ketengangan bila pihak polis mula mahu bertindak agreasif selepas ketibaan Ketua Polis Daerah Kuantan, OCPD Jasmani Yusoff. Beliau yang agak berlembut ketika himpunan 1,000 Ibu mengandung Bantah Rare Earth sempena hari ibu di Teluk Chempedak baru-baru ini tiba-tiba bersikap keras dengan mengarahkan ucapan dihentikan dan perhimpunan tersebut dibatalkan kerana tidak mempunyai permit. Kelihatan YB Azan berunding dan mohon kerjasama polis untuk memberi ruang mereka berhimpun secara aman kerana ia tidak perlu permit susualan diadakan di premis sendiri. Namun, OCPD bertegas mahu perhimpunan dihentikan atau polis bertindak terhadap mereka. Akhirnya himpunan dihentikan dan mereka memohon pihak polis untuk mengambil gambar di tempat letak kerata pejabat DAP. Kebenaran diberikan untuk seketika dan kemudia polis mengarahkan semua bersurai. Tuan OCP sendiri menggunakan pembesar suara mendesak orang ramai bersurai.

Sumber Informasi Sejagat [pahangdaily]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: