MANCHESTER: Bintang Manchester United akan berkongsi bonus lumayan berjumlah 9 juta pound (RM44.3 juta) jika meraih kejuaraan berganda musim ini. United berdepan Barcelona pada final Liga Juara-Juara dan menjadi pilihan untuk memenangi Liga Perdana Inggeris ketika aksi berbaki tiga perlawanan.
Sistem pemberian bonus lumayan itu termaktub dalam kontrak pemain bermakna mereka memenangi sejumlah wang yang besar dengan memenangi dua piala itu.
United sudah meraih 73 mata dan bakal menjadi 82 jika memenangi baki tiga perlawanan yang bermakna bayaran penuh adalah sekitar 2.2 juta pound (RM10,846 juta). Kelab itu kemudiannya akan menambah antara 1 juta pound (RM4.9 juta) dan 1.3 juta pound (RM6.4 juta) kerana kejayaan meraih gelaran itu untuk dikongsi di antara pemain berdasarkan jumlah perlawanan mereka beraksi.
Mereka membelasah Schalke 4-1 di Old Trafford awal pagi Khamis lalu untuk menang dengan agregat 6-1 - satu rekod bagi keputusan separuh akhir Liga Juara-Juara.
0 comments:
Post a Comment