♠ Posted by kayrozz in Kembara Mahkota Johor 2011,Tuanku Sultan Ibrahim at 9:13 PM
Sebagai seorang rakyat Johor, aku memang cukup2 berbangga dengan satu2nya program jelajah Johor yang dipelopori oleh seorang Raja Yang Berjiwa Rakyat. Semenjak baginda bergelar Tunku Mahkota Johor, dan kini DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor baginda memang amat2 disenangi rakyat jelata khususnya yang berada di negeri Johor. Keramahan dan kepekaan baginda sebagai Ketua Negeri ini sememangnya telah diketahui umum.
Protokol bagi baginda adalah suatu yang amat fleksibel lebih2 lagi apabila saat2 diberi peluang untuk bersama rakyat jelata. Sikap keterbukaan dan mempunyai elemen sejati sebagai seorang Raja Yang Berjiwa Rakyat amat dinanti2 oleh seluruh rakyat negeri Johor lebih2 lagi apabila Kembara Mahkota Johor (KMJ) Edisi 2011 membuka tirainya pada 18hb Jun 2011. Tema pada tahun ini adalah "Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Kita". Justeru, pelbagai aktiviti menarik berkisar dengan alam sekitar akan dijalankan sempena KMJ 2011. Selain itu, pelbagai agensi kerajaan dan swasta akan turut serta bagi merealisasikan objektif KMJ bagi tahun ini seperti tahun2 sebelumnya. Perjalanan yang akan bermula dari Pejabat Daerah Muar pada 18/6/2011 ini dijangka melabuhkan tirainya juga Daerah Muar bertempat di Ledang pada 21/6/2011.
Sesungguhnya, rakyat Negeri Johor amat tertunggu2 kehadiran DYMM Tuanku Sultan Ibrahim yang cukup dikenali dengan sifat rendah diri dan amat mengasihi rakyatnya. Semoga perjalanan KMJ2011 akan dilimpahi dengan segala keberkatan dan diberikan kemudahan serta keselamatan kepada semua yang terlibat dari awal sehinggalah ke akhir program jelajah tersebut.
"ALLAH SELAMATKAN SULTAN"
0 comments:
Post a Comment