♠ Posted by kayrozz in Ambiga Bersih,Anwar Ibrahim,Anwar Pembohong,Bersih 2.0,Politik Malaysia,Titah Tuanku Mizan at 10:33 AM
Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”. Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara".
Penganjur Patriot dan Perkasa telah bersatu hati untuk membatalkan Perhimpunan Bantahan mereka terhadap BERSIH 2.0 setelah meneliti dengan secara terperinci TITAH SPB YDP Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Menjunjung Titah Tuanku adalah menjadi suatu kewajiban kepada sekalian RAKYAT bagi menunjukkan rasa taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Kepimpinan Tertinggi di Negara Malaysia. Justeru, kepentingan RAKYAT secara UMUM sewajarnya mendahului kepentingan individu mahupun sekumpulan RAKYAT yang dilihat masih berdegil. Ketegasan kerajaan di dalam ISU BERSIH ini nampaknya telah mendatangkan hasil dan reaksi positif dan bakal menenangkan kembali SUHU kepanasan POLITIK negara MALAYSIA buat seketika. Namun, selagi tiada hitam putih daripada AMBIGA mengenai keputusan di pihak BAJU KUNING untuk menyatakan pendirian mereka sebelum 9 Julai ini, maka ia ibarat DERHAKA kepada Titah Tuanku.
Apakah PAKATAN RAKYAT masih mahu meneruskan Agenda Perhimpunan HARAM ini?, meskipun desakan yang bertali arus menentang mereka dan paling mutakhir adalah TITAH Tuanku Mizan Zainal Abidin yang mahukan perhimpunan tersebut diBATALkan. Junjung TITAH TUANKU atau terpaksa berdepan situasi yang paling kritikal buat mereka yang kini jelas dilihat sudah semakin TERTEKAN!!!!
Kegelabahan dan Keseramukan Pakatan Haram Semakin Menikam AnuWAR [sila klik]
Pengerusi penganjur perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai ini, Datuk S Ambiga berkata, beliau bersedia membatalkan perhimpunan itu sekiranya dititahkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.Ketika ditanya pemberita dalam sidang akhbar di sini sama ada perhimpunan itu akan dibatalkan sekiranya baginda menitahkan demikian, Ambiga berkata: “Ya”.
Sumber [mymetro]
PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
1 comments:
elok la cmtuh.,tp pastikan tuntutan bersih d ambl sirius,jgn prhim[inan xjdi SPR pn bt endah xendah ketelusan pilihanrya
Post a Comment