♠ Posted by kayrozz in Anwar Ibrahim,Anwar Pembohong,Anwar Pengkhianat,Pakatan Rakyat,PKR,Politik Malaysia,Tangkap Anwar at 3:25 PM
REVOLUSI - 1 LAGI TAKTIK KOTOR ANWAR!!
Bila Anwar dah mula main Isu Revolusi yang dibawa ketika berucap di Indonesia, aku tengok semacam tiada reaksi daripada Menteri KDN, Tok Hisham. Pulaknya, yang tukang mencelah ialah Menteri Penerangan, Tok Rais. Aku cuma nak melihat sejauh mana kepimpinan YAB PM Najib yang sehingga kini membiarkan puak2 pelampau seperti Anwar dan Ambiga yang menggunakan sepenuhnya platform sedia ada di Malaysia ini tanpa ada rasa TAKUT dan CURIGA. Mereka boleh bercakap dan melakukan apa sahaja sebab sehingga kini tiada TINDAKAN yang betul2 keras dihadapkan kepada mereka. Bermacam2 bala dan malapetaka telah diadu dombakan oleh puak2 jahanam ini termasuklah daripada MENGHINA Insititusi Raja2 Melayu sehinggalah kepada MENCEMARKAN nama baik Malaysia di mata DUNIA. Itu tidak termasuk agenda YAHUDI dan ZIONIS di kalangan puak2 tersebut yang berani melacurkan AGAMA, BANGSA dan NEGARA dengan sewenang2nya.
Alahai Nuar Berahi!!!
Cukupkah setakat diberikan AMARAN LISAN kepada puak2 seperti ini di Malaysia? Ya, Betul memang sebahagian daripada mereka ini telah ditangkap beberapa JAM atas dasar menyokong Perhimpunan BERSIH yang dilabel HARAM oleh kerajaan PUSAT. Namun, yang paling penting adalah NILAI yang patut mereka bayar setelah memberikan IMPAK yang cukup besar buat seluruh RAKYAT dan kerajaan. Aku bukan nak menidakkan sebarang agenda tersirat yang cuba dilakukan oleh YAB PM Najib, namun apa yang aku lihat sepanjang pemerhatian aku bila YAB PM Najib menjadi PM Malaysia, belum ada lagi ciri2 ketegasan yang diperlihatkan bagi membanteras puak2 PENGKHIANAT dan PENDERHAKA seperti Anwar dan Ambiga sehingga KINI.
Inilah Barisan DEPA Yang Memporak-perandakan NEGARA!!
Anwar dilihat sudah keterlaluan dengan pelbagai agenda BUSUK dan HINA cuba ditonjolkannya ke merata DUNIA. Terkini adalah dengan sengaja melemparkan tohmahan bahawa Malaysia sedang dilanda suatu REVOLUSI!!! Bukankah ini amat2 BERBAHAYA sekali?? Kenapa sehingga kini Anwar dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang sekatan dari segi butir bicaranya? Apa kebalnya Anwar sehingga Tok Hisham tidak menunjukkan keberanian untuk menghumban Anwar ke tahanan ISA atas segala tingkah lakunya selama ini? Malaysia memang sebuah negara yang mengunjurkan Kedaulatan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen, namun dengan adanya unsur negatif yang terlalu BIADAP, KURANG AJAR dan SUBVERSIF seperti pembawaan Anwar dan Ambiga, tidakkah ia akan merosakkan segala yang terbina semenjak 54 tahun yang lampau. Tolonglah bertindak demi kepentingan RAKYAT jelata. Tegakkan undang2 sekiranya memang terbukti mereka ini puak2 yang BERSALAH. Mencegah itu adalah terlebih baik daripada Mengubati. CEGAH SEBELUM PARAH!!!!
Rakyat diminta lebih berwaspada, tidak terpengaruhKUALA LUMPUR: Kabinet yang bermesyuarat semalam memandang serius kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi dan meminta rakyat lebih berwaspada dengan pemimpin seperti itu serta jangan terpengaruh dengan angan-angan politiknya.Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, berkata ini kerana perkataan revolusi itu membawa konotasi keganasan, kekerasan dan menggunakan alat bagi mencapai tujuan politik yang memudaratkan.“Apabila perkataan revolusi dikemukakan Anwar di negara orang terhadap negara sendiri, kita harus berfikir dan meneliti semuanya. Istilah revolusi ini bertentangan dengan demokrasi di Malaysia dan rakyat perlu berwaspada serta tidak menerimanya.“Revolusi adalah idea Anwar sendiri daripada kumpulan minoriti dan menjadi tanggungjawab kita untuk memberitahu rakyat bahawa suara majoriti dipimpin Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri menolak idea itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kementerian berkenaan di pejabatnya, di sini semalam.Kelmarin, media Indonesia melaporkan kenyataan Anwar bahawa situasi di Malaysia sekarang yang baru berhadapan dengan perhimpunan jalanan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada Sabtu lalu sudah mendekati revolusi.Akhbar berkenaan memetik kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam sesi dialog dengan sekumpulan profesional muda di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.Rais berkata, Kabinet berpendapat Parlimen adalah institusi paling baik digunakan oleh Anwar, konco-konco dan sahabatnya menyuarakan pendapat, bukannya revolusi.“Jika (revolusi) dilakukan, institusi Parlimen kita dilihat menjadi institusi nombor tiga atau empat, walhal Parlimen adalah institusi paling tinggi serta teratas untuk kita menyuarakan sesuatu untuk perjuangan, undang-undang dan struktur sosial,” katanya.Mengenai perhimpunan haram Sabtu lalu, beliau berkata Kabinet membidas kumpulan BERSIH kerana berpendapat penganjur sebenarnya lari daripada perjanjian mereka dengan Yang Dipertuan Agung pada 5 Julai lalu.“Dalam pertemuan itu, mereka bersetuju tidak diadakan kumpulan menggunakan kekerasan atau politik jalanan, malah akur untuk pergi satu tempat yang dipilih serta sesuai. Penganjuran perhimpunan itu sekali gus merobek imej Yang di-Pertuan Agong,” katanya.Sumber [beritaharian]
PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA NOMBOR 1!!!!
0 comments:
Post a Comment