Tun Faisal vs PapaGomo
Aku bukan nak jaga tepi kain orang. Tapi ini melibatkan dua tokoh penting di alam CYBER yang tengah bergasak sesama sendiri. Tun Faisal kiranya sebelum ni aku terjumpa namanya di alam Twitter dan FB, tu pun sempat bagi Salam Perjuangan aje. Manakala, nama PapaGomo ni aku terlintas sewaktu memula berjinak2 dengan Blogger. Aku ingat sampai ke sudah PapaGomo belum LINK Blog aku lagi, tapi itu tidak mendatangkan masalah buat aku asalkan dapat baca artikel2 PapaGomo yang memang cukup BAGUS. PapaGomo pun aku ada FOLLOW dia di alam Twitter cuma untuk FB mungkin akaun dia dah FULL, tu yang tak dapat nak APPROVE . Biji butir dan asbab yang menjadikan kedua2nya ni bermusuhan di alam CYBER memang tidak diketahui secara terperinci, namun sebelum ni pun aku pernah menyaksikan Blogger Parpukari berentap dengan Tun Faisal di Twitter selepas PRK Dun Kerdau kalau tak silap.
Natijahnya di sini, aku memang tak nak amik port langsung kalau korang berdua nak berentap. Tapi disebabkan kedua2nya boleh dikatakan sebagai PUBLIC FIGURE di kalangan Parti Kerajaan di alam Cyber ni, maka aku harap segala kekeruhan dan selisih faham ini dapat dirungkai secepat yang mungkin dan tidak membiarkannya berlarutan sehingga bagaikan tiada penghujung. Apa yang pasti kaedah yang korang guna untuk berbalah sesama sendiri di dalam Blog dan Twitter mahupun FB hanya akan memperlihatkan korang berdua 'KURANG CERDIK'. Cerita2 dalam seluar ni kalau boleh biarlah disetelkan secara 'Table Talk' dengan melibatkan Orang Tengah sebagai PENDAMAI. Aku tak rasa korang berdua kena bertumbuk sesama sendiri untuk selesaikan masalah tuduh-menuduh ni. Kalau dapat selesai secara baik, Alhamdulillah sebabnya kalau korang berdua terus2an tidak mahu mengalah, maka ini sudah pasti akan menyebabkan perpecahan LAGI di kalangan Cyber Troopers pulak. Tak sudah lagi di kalangan RAKYAT yang berpecah belah, kat alam CYBER pulak ada lagi perpecahan yang tidak berkesudahan nanti. Aku pun kadang2 muak bila tengok perbalahan di kalangan BANGSA sendiri yang tak pernah PUTUS.
Satu aje, saranan aku "Masing2 ada akal fikiran yang PANJANG, tapi jangan DIPENDEKKAN atas sebab EMOSI dan NAFSU". Manusia memang boleh dibentuk, tapi adalah lebih baik jika manusia itu memperbetulkan DIRInya sendiri sebelum dibentuk. Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih, kita bukak buku cerita baru sebab cerita yang paling menarik sepatutnya adalah PRU13 nanti. Korang berdua dah siap siaga untuk serang PEMBANGAKANG atau tunggu masa nak kena SERANG HENDAP??
0 comments:
Post a Comment