♠ Posted by kayrozz in Ambiga Bersih,Anwar Ibrahim,Anwar Pembohong,Anwar Pengkhianat,Bersih 2.0,Pakatan Rakyat,PKR,Politik Malaysia at 8:46 AM
LAPAN HARI Menjelang BERSIH 2.0!! Aku dah jangka bermula hari ini, 1/7/2011 PDRM akan buat 'road-block' besar2an di seluruh negara bagi menunjukkan kepada masyarakat bahawa PDRM sangat2 prihatin dengan soal keselamatan di dalam negara. Ini adalah bukti keperihatinan kerajaan dan jabatan di dalam Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan slogan "Mencegah Itu Lebih Baik Daripada Mengubati" dapat dilaksanakan supaya keamanan negara Malaysia akan terus terjamin. Tidak kira sesiapa jua yang cuba berpihak untuk meletuskan huru-hara dan kekacauan maka akibatnya akan ditahan dan disumbat ke dalam lokap.
Detik 8 hari lagi untuk kita sebagai rakyat Malaysia menunggu akan kehadirannya, 9 Julai dan yang pasti pertembungan Royal Rumble di antara BERSIH 2.0 dan juga penganjur perhimpunan untuk membantahnya iaitu Patriot dan Perkasa. Sekali imbas, kewajaran Patriot dan Perkasa untuk menambahkan perisa kepahitan di dalam pertembungan ini mungkin disalah ertikan sebagai penghasut dan pengacau juga. Mungkin ramai di kalangan rakyat yang tidak merestui kehadiran kedua2 sayap yang terang2an menyokong kerajaan ini. Namun, bagi sesiapa jua yang tidak mengerti dengan prinsip dan perjuangan Patriot dan Perkasa segala andaian dan tohaman tersebut patut disimpan jauh di dalam lubuk hati masing2. Jangan disalahkan Patriot dan Perkasa yang mahu sama turun ke jalanan bagi membantah BERSIH 2.0 yang KINI dilihat semakin memuncak nafsu dan amarah mereka di dalam menghasut rakyat untuk membenci kerajaan kerana Patriot dan Perkasa juga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan.
Kalau dikaji daripada segi KEAMANAN yang diingini oleh seluruh rakyat Malaysia, kita perlu sama2 mengimbau kembali sejarah 54 tahun yang lampau bila segala jerih payah, keringat dan pertumpahan darah telah dikorbankan oleh para pejuang bangsa demi mencipta KEAMANAN tersebut. Namun, selepas kita mencapai kemerdekaan segelintir RAKYAT sudah alpa dan leka dengan nikmat syukur dan mudah diracuni oleh Pemimpin2 yang GILAKAN KUASA dan KEPENTINGAN DUNIAWI lalu mereka sanggup melacur KEADILAN dan KEAMANAN yang telah dicipta tersebut. Oleh itu, kalau ini yang dimahukan oleh para penganut BERSIH 2.0 maka Patriot dan Perkasa sama sekali tidak akan mengundurkan diri daripada memperjuangkan WARISAN KEAMANAN demi maruah bangsa dan agama. Rakyat boleh membuat pelbagai andaian dan spekulasi mengenai percaturan ini, namun apa yang lebih penting ialah sebagai pertubuhan2 yang mempunyai prinsip dan perjuangan, pastinya segala kemungkaran akan ditentang habis2an demi mempertahankan HAK dan Maruah Agama, Bangsa dan Negara. Percayalah kepada ketentuan, bahawa setiap musibah yang berlaku itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Detik selepas 9 Julai akan memberikan satu pengertian cukup bermakna kepada seluruh UMMAH di Malaysia. Takbir .......ALLAHU AKBAR!!!!
Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti
DEMI MEMPERTAHANKAN HAK DAN MARUAH AGAMA BANGSA DAN NEGARA
DARIPADA :
0 comments:
Post a Comment