CADAR PATCHWORK MURAH

DE FARHANA HOME FURNISHING [PG0318684-D] : MENJUAL RUNCIT & BORONG CADAR PATCHWORK 100% COTTON. DAPATKAN DENGAN KUALITI TERBAIK PADA HARGA MURAH!! PM PAGE FB KAMI : Quilt De'FarHana atau SMS/Whatsapp 017-7868751 / 019-4768414

Juara All-England 2011 : Dato' Lee Chong Wei

♠ Posted by kayrozz at 9:21 PM

Jinak Lin Dan dalam final Seluruh England

BADI 'kerap tumbang kepada Lin Dan di pentas besar' berjaya ditamatkan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei apabila gah mempertahankan mahkota kejuaraan berprestij Seluruh England, awal pagi tadi.
Dalam saingan yang diibaratkan ‘pertembungan final impian’ di Arena Tertutup Birmingham, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama membuktikan kehandalan dengan menundukkan musuh tradisinya itu 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.

Kejayaan itu jelas rangsangan dan tonik terbaik kepada Chong Wei selepas sebelum ini tumpas 15 daripada 22 pertemuan kepada pemain tembok besar China itu termasuk terbaru di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu.

Ia juga menambah koleksi kejuaraan di kabinet pemain kelahiran Pulau Pinang itu musim ini sesudah muncul juara dalam kejohanan Siri Super Final di Taiwan dan Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Lin Dan yang masih segar dengan kemenangan di Terbuka Jerman minggu lalu harus kecewa kerana impiannya untuk melakar sejarah menjadi pemain era baru pertama untuk memenangi kejohanan tertua itu lima kali berkecai.

Begitupun, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong membuatkan peminat marah dan kecewa apabila mensia-siakan peluang keemasan memenangi acara beregu lelaki apabila tumpas kepada pilihan pertama, Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-21, 21-18, 21-18.

Beregu emas menang 21-15 set pertama tapi gagal mengekalkan fokus sama dan tunduk dalam set kedua 18-21 untuk diheret ke set penentuan.

0 comments:

DAPATKAN KOLEKSI CADAR BARU! SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT KOLEKSI TERKINI!!! photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png
STOKIS & PENGEDAR SAH : FARGHALY BEDSPREAD & CARPET
 photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png

No comments: