MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

120 Ribu Belum Berdaftar : Apa Nak Jadi Pemuda UMNO?

Nak menangis pun tak guna nanti bro!!

YAB PM Najib berkali2 menyuarakan pada Perhimpunan Agong UMNO yang lalu bahawa undi rakyat adalah kritikal dan setiap barisan kepimpinan di dalam UMNO itu mesti turun sehingga ke akar umbi bagi memastikan kesemua ahlinya sudah mendaftar sebagai pemilih. PRU13 yang bakal menjelang memerlukan komitmen yang tinggi dari pelbagai pihak. Diberitakan 120 ribu orang ahli Pemuda UMNO atau 18% masih lagi belum berdaftar sebagai pemilih. Apa akan jadi sekiranya masa untuk mendaftar telah tamat? Dimanakah persediaan dan persiapan Pemuda UMNO di dalam menghadapi PRU13? Apakah masih gemar melakukan persiapan di saat2 akhir dan tidakkah ia cuma akan menjerat diri sendiri kelak?

KJ perlu membuat analisa terperinci mengenai isu ini. Mengapa masih ada lagi ahli2 yang berdegil ataupun mereka sudah angkat kaki meninggalkan Pemuda UMNO tanpa pengetahuan KJ. Ini adalah satu kelemahan paling ketara jika faktor kewibawaan kepimpinan ingin diketengahkan oleh jentera Pemuda UMNO kelak. Jangan berdegar2 bercakap perihal rakyat yang tidak berdaftar sebagai pemilih sedangkan ahli2 di dalam laman sendiri masih goyang kaki tidak menurut arahan sewajarnya. Bangkitlah Pemuda UMNO, apa yang dilihat arahan YAB PM Najib masih diambil ringan dan bagai tidak peduli. Jangan fikir kuasa yang ada kini boleh dipermudahkan, kelak gigit jari bila kesemua kuasa tersebut hilang begitu sahaja. Renung2kanlah wahai Pemuda UMNO.
Ahli Pemuda UMNO diberi tempoh hingga Jun mendaftar jadi pengundi

GEORGETOWN: Kira-kira 120,000 atau 18 peratus daripada ahli Pemuda UMNO di seluruh negara belum berdaftar sebagai pemilih, sekali gus akan menyebabkan kerugian besar kepada parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang menyifatkan golongan itu sebagai melakukan ‘dosa politik’, memberi tempoh dua bulan kepada Pemuda UMNO negeri sehingga Jun ini, bagi mendaftarkan mereka sebagai pemilih.

“Apabila sudah menjadi ahli UMNO, mereka perlu komited kepada parti dengan berdaftar sebagai pemilih. Mereka yang tidak berdaftar sebagai pemilih melakukan ‘dosa politik’,” katanya selepas merasmikan Persidangan Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tanjong di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua UMNO bahagian Tanjong, Datuk Ahmad Ibnihajar; Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussain Mydin dan Ketua Pemuda GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong.

Khairy berkata, walaupun kegagalan ahli Pemuda UMNO berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah kesalahan besar dan kerugian kepada parti, pihaknya tidak bercadang untuk mengambil tindakan disiplin kerana masalah teknikal.

"Kita perlu memberi perhatian serius ke atas ahli yang layak mengundi tetapi belum berdaftar, ia satu kerugian. Ini satu perkara serius perlu diambil tindakan.

"Kalau sekiranya mereka tidak daftar dan enggan mendaftarkan diri, kita perlu lihat kepada tindakan susulan,” katanya yang mengakui tindakan disiplin ke atas golongan itu boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan ahli.

Terdahulu dalam ucapannya, Khairy meminta pemimpin dan ahli BN Pulau Pinang, khususnya pergerakan itu supaya tidak putus asa untuk merampas negeri ini daripada pakatan pembangkang.

Sumber [beritaharian]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: