MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

DAP Semakin Ghairah MengKUDA PAS

Di manakah teras kepercayaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) boleh mendabik dada mengatakan bahawa mereka telah siap siaga untuk bertarung di dalam PRU13 akan datang? Komponen PR yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP hanya bermanis mulut sahaja bagi menampakkan 'internal confidence' dan juga 'self-motivation' sedangkan realiti sebenar mereka sudah goyah dan kecundang di pelbagai aspek 'political & moral'.

PKR sedang bertarung nyawa disebabkan kedangkalan pemimpinnya Anwar Al-Juburi yang terhimpit masalah moral. PAS juga tetap dengan konsep egoisme mereka di dalam menubuhkan Negara Islam tetapi realitinya manifesto mereka dikongkong ketat oleh DAP. DAP pula merupakan parti yang dilabel sebagai chauvinist dan super rasis (menjurus kepada hanya satu kaum sahaja) lalu ia amat menakutkan kaum2 lain terutama sekali Melayu dan Bumiputera. Jadi di manakah kewajaran PR yang menyatakan kesediaan mereka untuk mendokong mandat 2/3 bagi menduduki takhta Putrajaya? Pada dasarnya terlalu banyak kelemahan di dalam PR pada ketika ini.

Jika rakyat sudah celik politik, maka mereka wajar berfikir secara rasional dan lebih terperinci mengenai masa depan Malaysia bukan disebabkan retorik politik dan emosi. PRU13 mungkin menjadi titik tolak untuk UMNO dan BN supaya lebih memahami kehendak dan keperluan rakyat. Angin perubahan PAP di Singapura dijadikan alasan untuk pembangkang mencuri idea reformasi di Malaysia. Namun, PAP masih terus gah memerintah. Itulah realiti dan kenyataan bahawa populariti dan kejayaan sesuatu parti pemerintah itu menjadi aspek utama untuk kestabilan politik. UMNO dan BN sudah sinonim dengan kejayaan dan pembangunan Malaysia. Isu2 kenaikan pada harga barangan menjadi elemen utama bagi pembangkang menjadikan ia isu seranta dan kritikal. UMNO dan BN perlu merungkai permasalahan ini dengan telus dan bijak, kalau tidak mahu ia berterusan menjadi suatu polemik dan membebani rakyat.

Di dalam politik zaman baru, apa sahaja kemungkinan bakal berlaku. Namun, perkara yang paling penting adalah bagaimana untuk mewujudkan persekitaran politik negara yang lebih stabil dan harmoni. Kemahuan rakyat itu perlu sentiasa didahulukan tanpa mengira kepentingan sesetengah pihak atau kaum sahaja. UMNO dan BN tidak boleh memuaskan kesemua rakyat secara total kerana ia suatu misi mustahil. Rakyat perlu mengambil peluang dan menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin. Di masa yang sama, kerajaan harus memberikan bantuan yang relevan secara berterusan.

Jika Anwar Terpenjara?

Apa akan jadi jika Anwar dipenjarakan akibat kes Sodomy II? PKR hanya berpaksikan kepada Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah demi kesinambungan PKR. Kedua mereka tidak menampakkan kekuatan sebagai pemimpin melainkan hanya sebagai 'back-up' kepada Anwar. Ketiadaan Anwar kelak menjadikan Azmin Ali sebagai pemimpin Melayu tertinggi untuk mencorakkan perjalanan PKR seterusnya. Namun, Azmin Ali juga tidak segagah mana dan tidak bijak berpidato. Maka, apa yang tinggal hanyalah kekuatan di dalam PAS pula untuk mencorakkan PR. Namun, PAS masih dijajah oleh pemikiran ortodoks/lama hasil pemerintahan kuku besi Tn Haji Hadi dan Mahaguru Nik Aziz. Mereka sehingga kini masih tidak mampu untuk mencapai kata dua dengan DAP bagi menubuhkan negara Islam, hasil daripada tentangan hebat oleh DAP dan sikap berdiam diri PKR mengenai isu tersebut. Lalu, jadilah PAS hanya sekadar Pak hAngguk di dalam PR.

Apakah agenda DAP?

DAP kini memainkan peranan penting secara senyap di dalam PR. Negeri2 di bawah penguasaan pembangkang seperti Kedah, Kelantan, Pulau Pinang & Selangor hanya menjadikan PKR dan PAS sebagai parti proksi sedangkan perjalanan sebenarnya didokong oleh DAP. Sedikit demi sedikit mereka akan melaksanakan pemerintahan seperti PAP di Singapura. Kuasa wang menjadi agenda utama untuk kestabilan politik. Justeru, tidak hairan jika DAP mengunakan hasil wang haram/judi untuk membayar kepada fakir2 miskin. Kelemahan kaum2 selain Cina di Malaysia ini adalah faktor ekonomi dan sosial. Kaum Melayu dan Bumiputera jauh ketinggalan di bidang ekonomi dan juga terjebak dengan banyak masalah sosial. Inilah peluang DAP untuk meracuni pemikiran rakyat bagi mendapat pengaruh di Malaysia. Terbukti, PRN Sarawak yang lepas DAP telah menggondol 12 kerusi di kawasan pengundi2 Cina di sana. PAS pula hanya menggadai maruah lalu terhina akibat kalah teruk di Sarawak.

Siapa sebenarnya dalang di sebalik masalah sosial yang kian meruncing di Malaysia? Masalah judi haram, penyeludupan arak dan rokok, ceti haram, dvd haram dan sebagainya yang HARAM. Kecenderungan masalah sosial kini adalah perancangan senyap dan teliti yang dimainkan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan untuk melakukan penjajahan. Masalah rasuah adalah disebabkan kuasa wang, jadi sudah pasti mereka yang mempunyai status kewangan yang baik akan menggalakkan pertumbuhan rasuah di Malaysia. Justeru, siapakah DAP sebenarnya? Di sebalik kekalutan PKR dan PAS bersama UMNO, inilah masa yang paling sesuai untuk DAP merencanakan segala skrip terancang mereka sejak sekian lama.

Apakah rakyat sudah bersedia untuk DAP memerintah Malaysia dengan menggunakan PKR dan PAS sebagai proksi mereka kelak? Jati diri ISLAM & MELAYU akan terus hilang apabila JUDI, PELACURAN dan ARAK dijalankan secara lebih TERBUKA dan TERANG2AN. DAP tidak akan memperdulikan sentimen agama kerana bagi mereka kesemua yang HARAM di mata rakyat adalah HALAL semata2 kerana telah dibuktikan oleh DAP pada masa kini. Pada ketika itu, adakah PAS dan PKR yang semakin lemah akan bertindak? Jika rakyat mahu memberontak pun sudah terlewat kerana sekali kuasa politik berubah maka ruang untuk kembali semula belum tentu pasti. Jadi, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Apa susahnya MELAYU bersatu?

Artikel yang mendakwa PAS sudah siap siaga. Siapa sebenarnya yang sudah bersiap PAS atau DAP?

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Pakatan Rakyat (PR) “tidak bimbang” untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun BN khususnya parti terasnya Umno dilaporkan bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya olok-olok Julai ini, atas alasan perikatan tiga komponen itu telah pun membuat persediaan rapi.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, PR tidak perlu untuk mengadakan pilihan raya olok-olok sepertimana hendak dilakukan Umno dalam dua bulan lagi.

“Kita telah persiapkan jentera kita untuk menghadapi pilihan raya umum di semua peringkat, semua parti telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi BN.

“Dari segi PAS, kita akan membentuk satu pelan bertindak yang lebih serius selepas pemilihan parti nanti. Kita telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ditambah pula dengan pengalaman beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Katanya, PR tidak perlu untuk mengadakan pilihan raya olok-olok seperti mana yang akan dilakukan BN itu.

“Saya rasa kita ada cara lain yang kita rasa boleh (dilakukan), kita tidak perlu mengadakan pilihan raya olok-olok kerana kita ada mekanisma tersendiri untuk melihat tahap sokongan rakyat.

“BN terpaksa mengadakan pilihan raya olok-olok sebab mereka harapkan sokongan 1 Malaysia dikembalikan yang mana BN kehilangan sokongan orang bukan Melayu terutamanya di Sabah dan Sarawak,” kata beliau lagi.

“BN adakan pilihan raya olok-olok sebab nak lihat tahap sokongan orang bukan Melayu, kalau tidak berjaya (dapat sokongan) kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan tahun depan...kalau dapat sokongan mungkin ia akan diadakan penghujung tahun ini,” katanya.

Laporan awal hari ini memetik Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pilihan raya “olok-olok” bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan menjadi topik utama dalam mesyuarat pengurusan Umno esok.

Baru-baru ini, beliau berkata, Umno selaku parti teras BN akan mengadakan pilihan raya persediaan itu Julai ini.

BN juga sepatutnya membincangkan jentera pilihan raya olok-olok Jumaat lalu tetapi ditangguhkan sehingga Datuk Seri Najib Razak kembali dari lawatan ke luar negara.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN berkata, mesyuarat esok akan dipengerusikan oleh Tan Sri Muhydidin Yassin selaku Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, di Putrajaya.

“Kita akan bawa perkara yang dibincangkan esok itu kepada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 23 Mei untuk diputuskan tarikh mengadakan pilihan raya olok-olok di semua bahagian di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, PR sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan menggerakkan jentera di seluruh negara.

“Kita sudah membuat persiapan rapi, kita juga telah arahkan jentera-jentera kita untuk turun ke bawah untuk menemui pengundi.

“Semua ini telah kita lakukan, kita sudah gerakkan jentera di seluruh negara dan kita tidak memerlukan pilihan raya olok-olok,” katanya.

Jelas beliau, hasil keputusan pilihan raya olok-olok BN itu akan menjadi penentu tarikh sebenar pilihan raya umum ke-13.

“Kita sudah dapat hidu bila pilihan raya umum akan diadakan, semua bergantung kepada pilihan raya olok-olok ini.

“Mungkin ia akan diadakan hujung tahun ini atau tahun depan, kita perlu bersedia dari sekarang,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan Datuk Seri Najib Razak akan menangguhkan tarikh pilihan raya umum sehingga hujung tahun ini atau awal 2012 bagi memastikan sokongan Bumiputera dan pengundi India seterusnya memastikan kemenangan dua pertiga Parlimen.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat bahawa sokongan Melayu terhadap Umno akan meningkat selepas pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan diri beliau untuk mencalarkan imej PR sebagai tanda pilihan raya umum akan diadakan Ogos ini.

Tapi sumber BN berkata Najib masih berhati-hati untuk mengadakan pilihan raya umum selagi beliau tidak yakin akan memperoleh majoriti dua pertiga yang mana kini dilihat agak mustahil selepas sokongan orang Cina di Sarawak menunjukkan penurunan sokongan yang besar.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula berkata, pilihan raya olok-olok BN itu tidak akan menutup hakikat pilihan raya adil akan dilaksanakan.

Justeru, beliau menjemput BN untuk mengadakan satu pilihan raya yang adil dan telus pada pilihan raya umum ke-13.

“Demi menghormati proses demokrasi PKR dan Pakatan Rakyat akan melaksanakan sebarang persediaan sebaik mungkin.

“Pun begitu pilihan raya olok-olok BN tidak dapat menutup hakikat pilihan raya umum yang tidak telus dan tidak adil, justeru saya menjemput BN secara serius dan bukan olok-olok untuk bersama Pakatan Rakyat menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

“Barulah pilihan raya olok-olok itu dapat dijadikan suatu latihan yang berguna,” katanya.

Kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini, pilihan raya yang telus dan adil boleh dilaksanakan sekiranya BN menghentikan segala bentuk politik yang bersifat fitnah, lucah dan ugutan.

“Kenyataan bahawa medan pilihan raya tidak adil sepenuhnya datang daripada hakikat penggunaan politik lucah, fitnah dan ugutan yang dilakukan BN menerusi media yang dimilikinya serta kuasa eksekutif yang ada.

“Hakikat ini menyebabkan saya mempersoalkan keyakinan dan keberanian BN untuk menang secara adil dalam mana-mana pilihan raya termasuk pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Sumber Informasi Sejagat [malaysianinsider]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: