MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Rezekinya Di Dalam Penjara

♠ Posted by kayrozz in , at 8:42 PM
GURU wanita yang mengajar di Sekolah Integriti Kluang,  Penjara Kluang.

Guru wanita tabah didik pelajar juvana terbabit pelbagai jenayah

KLUANG: Anak murid mereka dalam kelas setiap hari bukan calang-calang latar belakang, sebaliknya bekas pembunuh, ahli kongsi gelap serta penyamun hinggalah kepada pendatang tanpa izin.

Namun, ibarat pepatah, alah bisa, tegal biasa. Itulah yang senario yang dihadapi lima guru wanita dalam memenuhi tanggungjawab dan amanah mengajar di Sekolah Integriti Kluang (SIK) yang terletak dalam Penjara Kluang di sini.

Kecekalan dan ketabahan semangat mereka dalam melaksanakan tugas harian itu bukan suatu yang mudah, apatah lagi dalam mendepani pelajar pelbagai kaum dan bangsa serta usia yang lebih dewasa berbanding pelajar di sekolah biasa.

Walaupun menyedari latar belakang pelajar masing-masing yang begitu bahaya, namun jauh di sudut hati setiap guru terbabit tetap menaruh harapan melihat anak murid mereka berjaya demi mengubah masa depan yang lebih baik.

Sekolah Integriti Kluang yang mempunyai sembilan tenaga pengajar itu meletakkan 104 pelajar daripada banduan muda atau tahanan juvana itu mengikut bidang tertentu termasuk akademik dan kemahiran selain diserapkan dalam kelas vokasional.

Antara kelas ditawarkan kepada pesalah juvana bawah usia 21 tahun itu termasuk Pemulihan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) dan persediaan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sekolah itu yang mempunyai pelajar termuda berusia 15 tahun itu juga turut mempunyai hampir 10 pelajar asing termasuk dari Indonesia, Burma, Vietnam dan Kemboja yang kebanyakannya ditahan atas kesalahan tidak mempunyai permit perjalanan yang sah.

Guru subjek Bahasa Inggeris, Sejarah dan Perdagangan, Nor Azlina Kamisan, 29, mengakui pada mulanya beliau berasa takut apabila menerima arahan daripada Kementerian Pelajaran untuk mengajar di sekolah terbabit.

“Namun, berbekalkan semangat serta niat untuk mendidik, saya akur terhadap arahan bertugas di sini. Walaupun pesalah juvana di sini, ada ketikanya boleh mencabar kesabaran sebagai guru, namun saya banyak bersabar dengan menganggap ia adalah amanah yang tidak harus disia-siakan hanya kerana mereka didapati bersalah dalam kes jenayah.

“Mereka mampu mendengar kata. Sebagai guru wanita, kami di sini tidak mengamalkan sikap garang kerana yakin pendekatan lebih lembut akan memudahkan proses pembelajaran," katanya.

Guru subjek Sains dan Bahasa Melayu, Nur Huda Mohd Razali, 29, berkata beliau berasa agak bimbang ketika mendapat tahu ditugaskan di sekolah berkenaan kerana perlu berdepan pesalah juvana, namun reda kerana menganggap ada hikmahnya.

“Memang pada mulanya, saya berasa agak takut juga. Namun bila menyedari sekolah ini adalah rezeki saya sebagai guru, maka saya reda dan bersyukur, kerana mereka (banduan muda) bukan sukar untuk diuruskan menerusi pendekatan yang lebih lembut berbanding guru lelaki," katanya.

Banduan muda warga Burma, Phuingnjutian (nama samaran), 20, ayang dihukum penjara kerana menceroboh masuk negara ini secara haram. mengakui gembira dengan pendekatan guru wanita di sekolah itu yang disifatkannya lebih 'baik' berbanding guru lelaki yang agak garang, namun bersyukur kerana mereka tidak pernah merasa disisihkan.

Anak muda dari Yan, Kedah, Abu Salim Hassan (nama samaran), 21, berkata guru di sekolah berkenaan tidak pernah memandang rendah terhadap dirinya dan rakan-rakan walaupun menyedari latar belakang mereka dengan pelbagai kes jenayah selama ini, membuatkan dia berasa masih dihargai sebagai manusia biasa.

“Saya kagum dengan kecekalan guru di sini apatah lagi kami mempunyai latar belakang kesalahan berbeza, namun mereka tidak sesekali membezakannya," kata pemuda yang mempunyai latar belakang kesalahan membunuh tanpa niat, bergaduh dan samun itu.

INFO

Sekolah Integriti Kluang

  • Sembilan tenaga pengajar.

  • 104 pelajar daripada banduan muda mengikut bidang tertentu termasuk akademik dan kemahiran selain diserapkan dalam kelas vokasional.

  • Antara kelas ditawarkan kepada pesalah juvana bawah usia 21 tahun Pemulihan 3M, persediaan PMR dan SPM.

  • Latar belakang pelajar terdiri bekas pembunuh, ahli kongsi gelap, penyamun dan pendatang tanpa izin.

  • Sumber Informasi Sejagat [beritaharian]

    kayrozz : Selamat Hari Guru 2011. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

    0 comments:

    [MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

    [MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
    AREA KULIM & SUNGAI PETANI

    No comments: