MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Mat Sabu Bukak Pekong Pok Nik & Jijan

♠ Posted by kayrozz in ,,,, at 9:59 PM

Mat Sabu yang baru tumbuh gigi semula di dalam hamPASca baru mula menunjukkan taringnya apabila mengigit terang2an barisan kepimpinan di dalam kerajaan PAS di Kedah dan Kelantan. Syabas duhai Mat Sabu!! Inilah kenyataan yang patut diterima oleh Tok Jijan dan Pok Nik bahawa kerajaan pimpinan PAS sememangnya haprak dan banyak kecurigaan yang patut disiasat dengan lebih lanjut dan mendalam. UMNO dan BN telah lama mempertikaikan corak kepimpinan PAS di negeri2 tersebut, namun sebelum ini ia telah dipandang sepi dan PAS hanya menuduh bahawa BN bersikap prejudis dan mengamalkan bahasa retorik untuk menjahanamkan PAS secara terbuka. Natijahnya, PAS perlu sedar bahawa setiap pemimpin mereka bukannya maksum walau berserban panjang sedepa dan berjanggut panjang. Mereka hanya golongan manusia biasa yang boleh ditarbiah bebila masa dan ketika serta perlukan 'check and balance'.

ALOR SETAR: Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, mengenai isu penyelewengan dalam pentadbiran di Kedah dan Kelantan, dua negeri yang diperintah parti itu, harus membuka mata rakyat, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Mohamed Hanipah.

Beliau berkata, apa yang mengejutkan ialah kenyataan itu dibuat oleh seorang pemimpin kanan parti itu sendiri dan bukannya oleh Barisan Nasional.
"Itu adalah kenyataan daripada pemimpin hebat mereka. Jadi rakyat perlu lihat dengan jelas tentang kenyataan itu dan mereka boleh menilai sendiri kepimpinan kerajaan negeri.

"Dulu kita (BN) pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu tetapi dinafikan oleh PAS, dan hari ini pemimpin mereka sendiri yang keluarkan kenyataan itu, maknanya apa yang kita katakan sebelum ini adalah betul," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek bagi pembinaan Dewan UMNO Taman Wira Mergong di sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohamad yang disiarkan dalam sebuah laman portal pada 10 Jun lalu bahawa PAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti diamalkan di Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran di Kelantan dan Kedah.

Mohamad Sabu turut melahirkan kebimbangan bahawa ada anggota EXCO atau Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu yang memohon tanah, didakwa terbabit dengan penyelewengan balak dan berebut mahukan gelaran "Datuk".

Dakwaan Mohamad itu dijawab oleh Muhammad Sanusi Md Nor, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah yang berkata apa yang didakwa oleh Mohamad Sabu itu tidak berlaku dalam kalangan pemimpin PAS di Kedah.
Ahmad Bashah memuji Mohamad Sabu kerana berani mengeluarkan kenyataan seperti itu.

"Kalau tidak ada kenyataan itu, mereka (PAS) akan terus menuduh kita," katanya.
- BERNAMA

Sumber [beritaharian]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: