♠ Posted by kayrozz at 2:19 PM
Makhluk halus atau gangguan merupakan satu topik yang memang menarik minat aku. Tak kira apa ceritanya, kalau dah genrenya menakutkan lagi laa bertambah minat nak dengar...nak cerita boleh, tapi nak ajak jumpa jangan...kih kih kih.
Alam Mistik memang amat sinonim dengan budaya Melayu kita, yang mana sejak dulukala kita telah dimomokkan dengan pelbagai cerita Hantu oleh orang-orang tua kita. Sebut saja suku sakat hantu tentu kita boleh berimaginasi bagaimanakah rupa bentuknya....pocong, pontianak, toyol, hantu raya, jembalang, polong dan bermacam-macam lagi. Tapi sebenarnya mana ada hantu, Sini Ada Hantu (itu pun cuma tajuk filem...kih kih kih).
Jolokan nama-nama tersebut adalah kerana bayangan sahaja kerana kesemuanya adalah terdiri daripada bangsa Jin iaitu Iblis dan Syaitan. Mereka inilah yang boleh menyerupai pelbagai bentuk dan wajah serta bayang yang menakutkan dan mengerikan. Justeru, kepercayaan kepada hantu adalah tahyul semata, cuma wajib percaya adanya Iblis dan Syaitan tersebut. Maka inilah yang tercetusnya sakit gangguan oleh makhluk halus (rupabentuk yang tidak terlihat dengan mata kasar manusia).
Arini aku nak kongsi sikit mengenai tanda-tanda seseorang itu sakit akibat gangguan makhluk halus :-
- sukar tidur malam, atau banyak terjaga di waktu malam manakala fikirannya pula bercelaru.
- rasa ada benda menindih ketika tidur menyebabkan seseorang itu tidak boleh bergerak, meminta tolong atau bersuara. Pesakit kadang-kadang sukar bernafas.
- ketawa, menangis atau menjerit ketika tidur.
- bangun dan berjalan tanpa sedar ketika tidur.
- mimpi melihat manusia berwajah ganjil, hitam, bertaring dan bertanduk.
- mimpi mengerikan ini selalunya terjadi ketika baru hendak lena. Mimpi ini akan berulang lagi apabila orang yang berkenaan hendak menyambung tidurnya menyebabkan dia takut untuk tidur. bermimpi melihat binatang yang menakutkan seperti anjing, ular, harimau dan sebagainya. mimpi juga sering berlaku ketika seseorang itu sedang nyenyak tidur, di mana dia dibawa ke alam jin dan melihat makhluk-makhluk yang menakutkan dan sebagainya. ada pesakit yang rohnya dibawa ke alam jin dan dipaksa bekerja membajak sawah menggunakan kerbau. ketika terbangun tidur, dia merasa amat penat seolah-olah baru habis bekerja di sawah sepanjang hari.
- melihat lembaga atau bayangan ganjil di dalam atau di luar rumah. lembaga ini kadang-kadang menyerupai orang-orang tertentu yang tinggal di rumah berkenaan.
- terdengar suara yang aneh-aneh, seperti suara orang berjalan di atas bumbung rumah atau loteng. kadang-kadang terdengar suara orang membuka paip atau suis lampu tetapi tidak ada orang yang melakukannya. adakalanya paip air atau suis lampu terbuka sendiri.
- melihat binatang berbisa seperti lipan, jengking dan sebagainya di rumah.
- terdengar suara anjing menyalak sayup-sayup luar biasa di waktu malam.
- kadang-kadang terdapat binatang-binatang ganjil seperti ulat bulu, belalang, ulat, langau, lalat hijau dan sebagainya dengan banyaknya di dalam rumah.
- terdapat bau tanpa punca yang dapat dipastikan seperti bau wangi yang bersangatan, bau bususk seperti bau nanah, darah atau bau longkang.
- ketika berada dalam rumah terasa seolah-olah ada makhluk sentiasa memerhatikan gerak geri yang dilakukan.
- badan rasa tidak selesa, sakit kepala, telinga terasa tebal manakala tengkuk rasa meremang. keadaan inu mungkin berlaku ketika seseorang itu itu berada di tempat-tempat tertentu di dalam rumah.
- badan terasa sakit, sama ada pada seluruh badan atau pada anggota-anggota tertentu, tetapi disahkan normal, tidak sakit apabila diperiksa doktor.
- gangguan pada telinga, sama ada terdengar bunyi menderu, bunyi ombak, bunyi loceng, bunyi orang bercakap atau bunyi bising semata-mata. kadang-kadang pesakit akan terdengar suara muzik tidak putus-putus.
- tertahan daripada menyebut kalimah Allah, menyebabkan seseorang tidak boleh bersolat, membaca Al-Quran dan sebagainya. pesakit mungkin lupa tidak boleh mengingati apa yang selalu dibaca, atau merasa sedih, sayu dan menangis setiap kali hendak solat atau membaca Al-Quran. Ada pesakit yang merasa sakit atau mengantuk ketika hendak berbuat demikian.
- mengantuk pada bila-bila masa, biarpun ketika berbual, bermain bola dan sebagainya. ada persakit yang mengantuk dan terus tidak sedarkan diri ketika memandu kereta atau motor.
- rasa begitu tertekan terutamanya ketika berhadapan dengan masalah, ketika memikirkan sesuatu yang berat atau peperiksaan. Ada pesakit yang merasa "blank", tidak boleh berfikir ketika di meja peperiksaan.
Arwah atok aku selalu berpesan, cuci kaki sebelum nak masuk tidur...takut mimpi buruk katanya. Mitos ke lagenda? kih kih kih
Wallahu' alam
4 comments:
9. melihat binatang berbisa seperti lipan, jengking dan sebagainya di rumah.
betui kaaa nii????
ulasan penuh daripada Ustaz Dato' Harun Din - Penggunaaan Ayatul Kursi Untuk Mengelak Sihir
mlm tu ada sekoq lipan bara kat rumah....
Kalau ada yg kena sihir,pegi banyak² tempat tak kurang, dtg lah ke damansara damai jumpa dengan Tok insyallah Allah permudahkan jalan,buat appointment dulu,bulan puasa pun buleh 0177848079 Ghimau Emas
Post a Comment