Pagi ini mode aku nak bukak cerita politik. Aku dapat merasakan pencapaian BN pada ketika ini sudah mendapat banyak rangsangan dan komen positif daripada rakyat. Aku fikir rakyat perlu sedar bahawa sinonim antara Parti BN dengan kewujudan 1 Malaysia sehingga laa ke hari ini memang sangat rapat. Media arus maya terutamanya blogger yang memainkan peranan bagi memberikan input maksima terus berjaya mengemudi pertahanan sekiranya berlaku perang siber di kalangan mereka. Natijahnya, setiap yang diperkatakan mesti laa disertai dengan tanggunjawab. Hujahan perlu diperhalusi dan disertakan denga bukti sekiranya ada bagi mengelakkan percanggahan. Namun, realitinya pembangkang pun ternyata ada skop dan pendirian masing-masing, itu yang pasti.
Tapi aku cuma rasa sangsi dengan penyokong kuat dan tegar pembangkang, kerana meskipun Anwar Ibrahim sudah terpalit oleh pelbagai isu negatif, namun mereka tidak berpaling. Meskipun, ketika ini peratusannya sudah berkurangan dan aliran masuk semula parti ke parti komponen BN semakin menyerlah. Kalau ketua sudah berpaling arah, aku pasti ramai yang akan menjejaki nanti. Berbalik kepada Anwar Ibrahim, memang dia ni aku iktiraf sebagai antara otai poltikus di Malaysia, cuma aku merasakan Anwar sememangnya dah tak layak untuk bercatur dalam politik Malaysia kerana banyak signal muncul. Skandal liwatnya dengan Saiful adalah antara yang paling ketara masa ini. Apa yang menjadi sebab utama Anwar cuba melengahkan segala prosiding mahakamah terhadapnya? Kenapa Anwar tidak berani bersumpah yang dia tidak melakukan seks luar tabii dengan sumpah mengikut ajaran Islam? Ada juga skandal politik sewaktu Anwar pegang portfolio Menteri Kewangan yang masih belum terjawab sehingga kini. Jangan terpengaruh dengan kemunculan Anwar bertopengkan ABIM suatu ketika dahulu, kerana manusia pasti akan berubah bila berkuasa dan inilah yang berlaku pada Anwar. Apa lagi yang Anwar mahu sekarang kecuali balas dendam akibat kecelaruan yang timbul di saat kejatuhannya. Api Reformasi Anwar sudah lama terpadam, dan sekarang apa jua isu yang cuba dimainkan sudah pasti terbit dari hati orang yang marah dan berdendam. Bayangkan dalam PKR aje memang kroni Anwar, tak kan penyokongnya buat-buat BUTA atau memang telah dibutakan oleh Anwar? Anwar seorang ketua ibaratnya meludah ke langit, dan air liur campur nanahnya itulaa yanng sekarang terpercik ke muka sendiri. Apa lagi yang hendak di reformasikan dan adakah orang seperti Anwar selayaknya digelar pemimpin? Balik laa ke pangkal jalan duhai penyokong PKR, tak guna berbalah dengan BN lagi dan jangan dimomokkan dengan mimpi kerajaan Pakatan berarak ke Putrajaya lepas PRU13. BN bukan parti yang 'kepala besar' dan ibarat 'media gangster' di Malaysia, sebaliknya sebuah parti yang mendukung aspirasi rakyat semua kaum supaya kita sama-sama boleh menggerakkan negara mencapai Wawasan 2020.
Artikel lain nanti kalau aku ada masa aku nak ulas apa Tok Guru Nik Aziz kata,
"Saya bimbang sokongan bukan Islam terhadap Pas akan merosot apatah lagi kami kini mempunyai kelab penyokong daripada mereka.
"Kenyataan sebenar saya adalah orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana mereka merupakan bangsa terawal di Tanah Melayu yang menerima Islam," katanya.
Mengulas kemungkinan Pas akan mengalami kekalahan kali keempat berturut-turut dalam
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau bulan depan, beliau berkata:
"Saya meminta orang Melayu sokong pembangkang kerana dalamnya ada Pas yang berjuang untuk Islam.
"Jika Pas hilang sokongan orang Melayu, ini adalah kerana UMNO yang menyalahgunakan demokrasi," katanya.
Menurutnya, pembangkang hanya berpeluang mengadakan kempen sewaktu pilihan raya sedangkan UMNO mendominasi media setiap hari dan tindakan itu tidak adil.
"UMNO salah dunia dan akhirat kerana mereka menyalahgunakan demokrasi dan tidak mustahil apa yang menimpa Mesir akan berlaku di Malaysia ekoran perbuatan UMNO ,"katanya.
Wallahu' alam
0 comments:
Post a Comment