♠ Posted by kayrozz at 11:24 AM
Nak bagi tau sikit arini antara senaman yang paling menyihatkan badan dan mental adalah dengan megeluarkan peluh sambil berkebun. Kalau umur dah meningkat, untuk mengekalkan tahap metabolisme dalam badan kita, maka aku sarankan 'Marilah kita berkebun'. Badan sihat dan otak pun cergasss..
Tanah sekangkang kera sebelah rumah aku ni dah lama gak aku mulakan dengan tanaman kecil-kecilan. Daripada tumbuhnya lalang, lebih baik laa digunakan untuk sesuatu yang berfaedah sikit. Manakan tidaknya, bila lalang dah meliar aku gak yang kena meracun..faham-faham aje laa nak meracun ni pun penat, so pendekkan citer lebih baik laa tanam jer pokok-pokok yang boleh mendatangkan hasil.
Pokok pisang ni dah mendatangkan hasil yang agak lumayan untuk famili aku, tapi tak laa sampai boleh dieksport sampai bertan-tan. Cukup untuk dijamahkan kepada penduduk kampung berdekatan (macam byk laa pulak nie..), dan pakai sendiri untuk stok 'cekodok oola la' pisang pun dah kira syukran alhamdulillah..rezeki yang Allah bagi nie memang melimpah ruah, manusia jer yang patut pandai mencari dan membahagi-bahagikan antara satu sama lain. Jangan tamak dan pakai sorang.
Projek aku ni tengah tanam timun dengan semai benih cili merah. Aku bercadang nak pakai sendiri dan selebihnya untuk pasaran luar negara...kih kih kih..Insya allah. Aku sedang pantau pertumbuhan pokok-pokok ni sema dengan kepakaran dan tenaga dalaman jer...meaning tenaga aku laa sendiri...lepak beb...boleh 'cramp' tangan kalau tak warm-up sebelum pegang cangkul.
Ini pulak projek tanaman sampingan aku masa aku tak keluar ke laut sebagai nelayan laut dalam. Waktu ini tengah berehat kejap sebab kawasan laut tengah banjir, so aku fokus kat tanaman jagung manis dan 'jangan menanam TEBU di tepi bibir', tanam laa tebu kat kebun aku nie..kih kih kih.
Last but not least, aku selitkan gak tanaman sayur-sayuran untuk memenuhi stok rangkaian restoran kat kampung aku nie..termasuklah tanaman sawi dan kailan (disyorkan untuk masakan kailan ikan masin)..memang lazat tu kalau kena ikan masin yang terbaikkk....kih kih kih.
Kalau perasan dari gambar ni, aku terpaksa menyediakan pagar elektrik berkuasa kuda 2000cc untuk mengelak daripada diterjah sekawan 'Babi Hutan' yang mengganas. Memang haramm jadd spesis ni kat kampung aku, so aku harap dengan adanya pagar tu boleh laa mengawal nafsu babi-babi daripada menerjah kebun aku yang tak seberapa nie...Pesan aku kepada babi-babi nie..'You better wutch out babizz, coz i will come after you'. Aku tak tahan tengok babi nie kalau menyelinap.....memang gila babi lajuzz derang sprint...kih kih kih.
Apapun, berbudi pada tanah sudah pasti akan mendapat pulangan kalau kita berusaha keras. Motif aku bukannya apa, nak keluarkan peluh jer...ye laaa dah manyak tahun aku tak aktif sukan, so badan pun dah jadi lembap lebih daripada suhu iklim khatulistiwa. Aku suka tengok pokok-pokok sebab kaler hijau memang ada sinonim dengan diri aku...ye ker?? kih kih kih..
Doa aku...semoga kebun ini bakal menjadi harapnya...dan boleh laaa menuai bila sampai musimnya. Nanti aku update lagi kalau dah menjadi hasilnya....
"Go Green" - kayrozz
2 comments:
tak sangka i............u ni petani...hehehe
i pun unsangkarable u...kih kih kih
Post a Comment