MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Kasanova : Wanita Ibarat Di Zaman Jahiliah

♠ Posted by kayrozz in at 8:17 AM

Sebelum Nabi Muhammad s.a.w diutus sebagai Rasul untuk membawa kebahagiaan dan rahmat bagi alam semesta oleh All swt, bahkan jauh sebelum itu, kaum wanita bolehlah dikatakan sebagai insan yang tidak bermaruah dan dipandang rendah dalam kehidupan manusia.

Di kawasan Jazirah Arab sendiri, sebelum datangnya Islam yang lebih dikenali sebagai "Zaman Jahiliah", kaum wanita dipandang sebagai pembawa malapetaka dan aib dalam suatu keluarga. Mereka menganggap yang wanita tiada guna, sampah dalam keluarga. Konon, mereka tidak dapat diharap untuk mengangkat senjata dan menghunuskan pedangnya bagi menegakkan maruah keluarga, bila ada pencerobohan atau nak membalas dendam yang belum berkesudahan. Oleh itu, apabila mereka beroleh keputeraan seorang bayi perempuan, mereka tak akan bahagia dan bermasam muka tatkala menyambutnya. Malah timbul dua pilihan bagi mereka : apakah ia akan segera dikuburkan hidup2 atau sedia menanggung malu dan aib dalam pergaulan hidup masyarakat. Kenyataan seperti itu dinyatakan oleh Allah swt sebagaimana firmanNYA :-

"Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang daripada mereka bahawa ia beroleh bayi perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedangkan ia menahan perasaan geramnya dalam hati. Ia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh bay perempuan ; sambil ia berfikir) : adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan menguburnya hidup2 di dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu." (Surah An-Nahl : 58-59)

Tapi kemudian, Islam datang untuk merubah, membaiki dan mengangkat maruah kaum wanita dari kedudukan yang hina dina dan rendah itu, menjadi kaum wanita yang sempurna dan sebanding martabatnya dengan kaum lelaki, yang sebelum itu menguasai dan mengendali wanita sebagai perahan dan tempat pemuas nafsunya. Kini seratus lapan puluh darjat telah berubah, dari keadaan yang dinilai hina dan rendah, kepada kududukan yang mulia dan dihormati. Tapi anehnya, malah kaum wanita itu sendiri yang menjadikan dirinya sebagai mangsa dan pemuas nafsu seks sesetengah lelaki yang tidak berbudi.

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: