♠ Posted by kayrozz in Kluang Rail Coffee at 11:29 AM
Menjadi isu hangat di Kluang, Johor bahawa kopitiam Kluang Rail Coffee yang memang terkenal di Johor tu mengandungi campuran babi. Kluang Rail Coffee di Kluang lebih dikenali dengan kedai kopi Kluang Station.
Ini SMS yang saya terima dari rakan dari Kluang.
Pgumuman penting! (Bukan main2). Keputusan analisis sample mkanan yang telah diambil di Kluang Rail Coffee bersama Jabatan Agama telah ditrima.
Didapati kandungan serbuk kopi (termasuk kopi uncang yg dijual) mgandungi cmpuran babi yang telah dikesan positif. Dan juga trdapat kndungan alkohol dlm madu yg dgunakan dlm ramuan roti bkar. Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Klg (Kluang)
Ini pula yang menjadi isu hangat di Facebook
Keputusan analisis sampel makanan yang telah diambil di KLUANG RAIL COFFEE oleh Jabatan Agama telah diterima. Didapati kandungan serbuk kopi (termasuk kopi uncang) positif mengandungi campuran bahagian BABI..Juga terdapat kandungan ALKOHOL dalam madu yg digunakan dlm ramuan roti bakar (SAYA SALMIAH SENDIRI TEL TUAN KHADI KLUANG UTK MENDPTKAN KEPASTIAN) disebarkan oleh Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Kluang. Tolong sebar-sebarkan…
Malangnya nota facebook Cikgu Salmiah Ramli telah tidak available lagi.
Untuk pengesahan kebenaran khabar SMS dan facebook tersebut, admin cuba mencari info tersebut di website Muslim Consumer yang biasanya update dengan isu-isu terkini namun tidak menceritakan pasal ini.
Saya search ‘Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Kluang’ pun tiada maklumat yang diperlukan. Admin isuhangat tidak mahu menyebarkan khabar-khabar angin tanpa dokumen pengesahan yang sah dari pihak yang bertanggungjawab.
Kluang Rail Cofee ini dikatakan memang dimiliki oleh seorang yang berbangsa Cina namun ada salah seorang dari adik beradik keluarga ini yang telah memeluk Islam. Kluang Rail Cofee juga mempunyai cawangan di Plaza Kotaraya JB dan rata-rata pelanggan setia kedai kopitiam ini adalah berbangsa Melayu.
Admin juga selalu ‘mengeteh’ di kedai kopi tersebut apabila berkunjung di Kluang dan memang terasa kelainan nikmat kopi kedai ini.
Tapi jika khabar ini adalah benar memang wajib pihak berwajib menyebarkan kepada orang Islam yang lain supaya tidak terminum dan makanan yang haram.
Kluang Rail Cofee memang tidak tersenarai dalam direktori halal website Halal Jakim
Juga tidak termasuk dalam senarai syarikat yang telah mendapat sijil pengesahan halal negeri Johor kategori kilang Makanan pada 2010.(Kluang Rail Cofee juga ada menjual kopi bungkus)
Sebagai pengguna Islam kita memang sepatutnya tidak makan minum di kedai milik orang bukan Islam yang tidak pasti kehalalannya. Ramai lagi orang Islam yang meniaga makanan.
Posted @ www.isuhangat.net
Sumber : [isuhangat]
0 comments:
Post a Comment