Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sejak berita budak 7 tahun dari Arau, Perlis yang didera sehingga separuh mati oleh gurunya sendiri yang umpama taksub menonton filem bercorak agen CIA dan KGB semasa menuntut mangsanya supaya memberi maklumat, maka itulah keadaan yang berlaku sehingga meragut nyawa mangsa yang telah meninggal dunia hari ini. Dalam kes ini, arwahnya masih berumur 7 tahun dan baru masuk ke darjah dua sekolah kerajaan. Baru muncul ke alam dunia ini selama 7 tahun, namun telah dipertemukan dengan 'binatang' yang bacul dan dayus, namun itulah yang dinamakan takdir TUHAN. Umur tak panjang, tapi persoalan utama di sini, SIAPAKAH CIKGU MENTAL TERSEBUT? Buat masa ini, tidak ada kenyataan yang lebih baik kepada CIKGU MENTAL tersebut yang sanggup mendera atas nama mencari keadilan melainkan CIKGU MENTAL itu sudah diumpamakan seperti binatang tanpa berakal dan fikiran.
Tidak selayaknya Cikgu Mental tersebut mengambil tindakan membabi buta tidak kira di dalam apa juga watak rasionalnya sebagai seorang guru. Seorang guru yang berakal panjang sudah tentu akan membawa pesalah ke pihak yang sepatutnya, walaupun kesalahan puncak pesalah tersebut merogol adik cikgu mental tersebut (celupar sikit sebab memang emosi sangat2). Namun, si cikgu mental terlebih melayan nafsu iblis di dalam dirinya, lalu menterjemahkan kejantanannya ke atas seorang budak yang lemah dan belum tentu pasti dia bersalah. Tidakkah itu, tiada keadilan namanya?
Artikel suratkhabar aku nak selitkan kat bawah ini :
ALOR SETAR: A seven-year-old schoolboy died after he was allegedly tied up and repeatedly assaulted by a teacher at a religious school hostel in Arau, Perlis.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee, died at the Sultanah Bahiyah Hospital at about 8am Sunday. He was admitted to the hospital with multiple head injuries two days ago.
The beating occurred after the 26-year-old teacher accused the boy of stealing from the hostel on Thursday night. His adopted mother Hazirah Chin, 38, said she received a call from the school informing her that the boy had been admitted to the Tuanku Fauziah Hospital in Kangar after being injured.
“The teacher, who is also the hostel warden, told me that he needed my consent to transfer Saiful Syazani to the Sultanah Bahiyah Hospital as his condition was serious. “When I arrived at the hospital, a doctor told me that he believed my son was tied up before being assaulted as there were rope burn marks on his wrists,” she said when met at the mortuary.
Hazirah said she had raised Saiful Syazani since he was a three-year-old after his mother Jahiyah Che Mat passed away in 2007. “I decided to send him to the religious school as he was keen on Islamic studies. I last saw him on March 27, when I sent him to his hostel.
“His body will be buried near his mother’s grave at the Tok Paduka Muslim Cemetery in Kangar,” she said. Perlis CID chief Supt Mohd Nashir Ya, when contacted, said the teacher was detained at about 10pm on Saturday pending investigations. The case has since been classified as murder.
He said the police were waiting for the post-mortem report to determine the cause of Saiful Syazani’s death.
Kepada cikgu mental yang terbabit di dalam kes ini, sesungguhnya hukuman kat dunia untuk anda sudah pasti akan ditentukan kelak. Kalau nak menyesal seumur hidup di atas kesalahan yang telah dilakukan juga telah terlambat, kerana sudah pasti tiada jawapan yang pasti daripada mangsa anda. Namun, sekalung tahniah buat anda wahai si cikgu mental, yang berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan maha bijaklakhanat.
Al-Fatihah buat adik yang telah menjadi mangsa di dalam kes ini, seterusnya ia patut menjadi panduan buat sekalian insan yang bernama guru. Sesungguhnya, jadilah pelita hidup buat anak2 murid dan bukannya api dan petrol yang pantas membakar dalam sekelip mata.
1 comments:
Innalillah...
Post a Comment