♠ Posted by kayrozz in Pengarah Kastam kena tangkap,Penjarah Kastam,SPRM Boleh,SPRM terbaik at 8:48 PM
Segulung tahniah buat SPRM yang baru2 ini telah melakukan satu operasi yang menakjubkan apabila tertangkapnya beberapa orang kanan seluruh negara di Jabatan Kastam. Petikan laporan mengenai tangkapan ini memang sepatutnya disebarkan untuk seluruh rakyat jelata agar golongan penjarah ini tidak sewenang2nya menggunakan kedudukan dan martabat di jabatan kerajaan bagi keuntungan peribadi semata2.
Sepasang pegawai kanan Kastam suami isteri ditahan oleh Pasukan Tindakan Khas diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa serbuan ke atas lebih 100 buah syarikat dan orang perseorangan secara serentak semalam.
Mendedahkan demikian, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata dua pegawai itu ditangkap bagi membantu siasatan.
"Ratusan ribu ringgit telah dijumpai di rumah dua orang pegawai kanan Kastam ini yang merupakan pasangan suami isteri," katanya kepada media di Putrajaya hari ini.
Serbuan melibatkan 84 agen penghantaran, sebuah syarikat induk serta 24 anak syarikat berkaitan dan 25 premis Kastam Diraja Malaysia di seluruh negara.
Katanya pasukan ini juga telah menyita lebih daripada 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan.
Pasukan Tindakan Khas ini melibatkan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa lagi agensi penguatkuasaan berkaitan.
Mustafar berkata kesemua entiti yang diserbu dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram.
"Ia juga termasuk penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai wang mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah," katanya.
"Kami melakukan tinjauan selama sebulan. Ia boleh dikatakan satu sindiket berikutan jaringan yang ada antara satu sama lain," katanya.
Kesemua aktiviti tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001, dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Ditanya mengenai jumlah sebenar yang diperolehi dari serbuan itu, Mustafar berkata, "Ia hanya merupakan satu kes yang dilaporkan berbanding 10 yang tidak dilaporkan. Saya yakin ia tetap melibatkan jumlah yang sangat tinggi."
Tentang sama ada serbuan semalam melibatkan seorang anggota salah sebuah parti politik, beliau menjawab, "Ia hanya satu kebetulan".
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini berkata Malaysia mencatatkan Kesalahan dan Ketinggalan (E&O) aliran keluar kewangan RM135.3 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009.
E&O itu antara lain mungkin mencerminkan aliran kewangan tidak direkodkan yang dijalankan melalui saluran tidak formal, yang mungkin termasuk dana yang berpunca daripada aktiviti haram, katanya.
Memang kalau spesis tupai melompat yang terlebih pandai, satu hari nanti akan jatuh ke tanah juga. Ibaratnya, penjarah2 kastam ini semuanya sudah terlalu takbur dan riak dengan kepandaian putar belit masing2 sehingga terlupa di saat penghinaan akan tetap muncul pada satu hari nanti akibat daripada perbuatan rakus dan songsang.
SPRM sepatutnya melakukan lebih banyak lagi risikan dan tangkapan ke atas golongan penjarah di kalangan penjawat awam kerana ia sememangnya akan menjejaskan kredibiliti di pihak kerajaan. Sesungguhnya aura RM yang banyak akan tetap mengaburi setiap mata penjarah2 ini. Tidak kira apa latar belakangnya sekalipun, akibat daripada hasutan nafsu dan kebendaan yang mewah maka segala prinsip dan tanggungjawab akan dikhianati. Di manakah maruah penjarah2 ini? Berapa ramai lagi rakyat yang mungkin memerlukan bantuan dan pertolongan di kala ini? Namun, di sebalik kedaifan mereka terdapat golongan penjarah yang begitu asyik digelumangi wang haram dan harta benda yang tidak masuk akal.
Syabas SPRM, bogelkan lagi struktur2 lemah yang terdapat di dalam jabatan2 kerajaan ini. Kalau tidak, berkemungkinan reputasi Pengarah2 ini akn jatuh merudum sehingga ke lubang najis, atau itu yang sepatutnya buat golongan PENJARAH ini.
0 comments:
Post a Comment