♠ Posted by kayrozz in Barisan Nasional,Kedai Rakyat 1 Malaysia,Najib Tun Razak,Politik Malaysia,UMNO at 8:07 PM
Sekalung tahniah buat YAB PM Najib yang baru sahaja melancarkan Kedai Rakyat 1 Malaysia di mana lebih kurang 250 barang generik akan dijual melaluinya. Selanjutnya, pengguna akan mendapat faedah utama apabila harganya adalah kurang di antara 30-50% daripada harga pasaran barangan berjenama. Pelancaran ini didapati selaras dengan pengurangan nilai subsidi dan pengecutan pendapatan di kalangan warga kota yang kian terhimpit dengan keadaan semasa. Aku melihat keadaan ini sebagai satu langkah proaktif kerajaan di dalam membantu rakyat untuk meneruskan survival hidup di kota untuk jangkamasa terdekat.
Kerajaan tidak mungkin akan menjalankan bajet popular dengan meningkatkan nilai pendapatan per kapita rakyat (i.e : kenaikan gaji) dan di dalam masa yang sama mengurangkan nilai subsidi kerana ia adalah tidak relevan dan tidak mempunyai nilai tambah untuk ekonomi secara keseluruhannya. Namun, apa yang ingin dijelaskan di sini bahawa, kerajaan pastinya tidak berniat untuk mempromosikan penyusutan nilai wang di kalangan warga kota yang terhimpit. Ini sebenarnya jalan terbaik untuk membantu mereka yang mungkin kesempitan wang untuk berbelanja di Pasaraya Besar seperti Giant Hypermarket, TESCO, Jaya Jusco, Carrefour dan sebagainya. Ini sebenarnya peluang terbaik bagi mereka yang pentingkan survival demi meneruskan kelangsungan hidup.
Namun begitu, aku masih tidak faham dengan sesetengah rakyat pro-pembangkang yang masih tidak mahu diam daripada menghentam kerajaan walaupun projek murni ini adalah demi membantu sekalian rakyat. Kenapakah golongan ini selalu bersikap prejudis dan pada masa yang sama berlagak hipokrit. Bahasa yang paling mudah, ini adalah satu skim bantuan untuk rakyat dengan 'win-win situation'. Kalau barangan harga murah, jangan dipersoalkan sangat pada kualiti sebab itu adalah HUKUM ALAM di dalam perniagaan. Harga MAHAL, barang mestilah berkualiti tinggi, Harga MURAH tentunya kualitinya lebih rendah namun tidak semestinya ia langsung tidak berkualiti. Segala hujah puak pembangkang ini dilihat sebagai hanya MENGECAM dan MENGHENTAM secara KEROMO apa jua tindakan kerajaan. Kasihan sungguh aku melihatkan mereka ini yang tidak tahu mengambil peluang.
Aku pasti, mereka yang kuat mengecam inilah yang akan menagih Kedai Rakyat 1 Malaysia ini kelak, sebab berdasarkan daripada kajian di Malaysia, rakyat yang berpendapatan tinggi sekalipun masih menolak kualiti berbanding harganya. Maksudnya, jika harganya rendah dengan kualiti yang boleh diterima akal maka permintaan ke atas barangan tersebut akan meningkat. Inikan pula sekalian juak hipokrit yang pendapatan pun tak setinggi mana, tapi gaya percakapannya mengalahkan "saudagar unta dari padang pasir". Cakap mesti mau lebih, padahal duit habok pun tarak....kahakkk ptuihhhhh!!!
Korang tengoklah sendiri komen2 di antara pejuang pembangkang yang SUNGGUH hipokrit.
Di antara falSAMPAH sempit golongan hipokrit di Malaysia yang tak faham cerita. Sedeyyy!!
Ini lagi sorang yang ingat Kedai Rakyat 1 Malaysia cuma jual sardin. Sempit sungguh otak!!
Kedai Rakyat 1Malaysia pertama dibuka hari ini
Jengah lagi Kedai Rakyat 1 Malaysia [sila klik]
0 comments:
Post a Comment