MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Showing posts with label Najib Tun Razak. Show all posts

INSURANS NAIK LAGI?...OH GST!!

1hb April, 2015 akan menjadi penanda aras baru bagi permulaan fasa GST di dalam negara kita. Kemungkinan harga barang naik tidak akan menjadi mitos lagi malahan sudah terdapat ura-ura dengan bermulanya implementasi GST kenaikan harga pada servis dan barangan akan mencanak naik. Meskipun tambahan 6 % itu dilihat agak kecil berbanding dengan kos yang sepatutnya ditanggung oleh pengguna, namun apakah kenyataan ini akan menambah derita pengguna AKA rakyat marhaen. Apapun berita semasa sudah melaporkan secara asasnya dengan peguatkuatsaan GST ini, satu lagi servis keperluan rakyat iaitu INSURANS bakal naik lagi.

Jom Klik Sini Untuk Dapatkan Berita Lanjut : [INSURANS NAIK LAGI...OH GST!!]
Kredit : [Berita Semasa]

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Nak beli Cadar Patchwork kami yang 100% Cotton & 100% Tanpa GST??? Jom Klik Sini : [Cadar Patchwork Murah]. Sebarang pertanyaan dan info Sila Klik Sini : [Quilt De'FarHana] atau SMS/Whatsapp 0177868751 @ 0194768414.

Matinya Seorang Patriot : Tribute To Allahyarham Noramfaizul

MATINYA SEORANG PATRIOT AGAMA DAN BANGSA

Peluru tidak bermata!! Perjalanan peluru senapang yang menembusi anggota tubuh badan melalui laluan celahan bawah ketiak arwah Noramfaizul sehingga mencederakan 2 organ utama iaitu paru2 dan jantung telah mengakibatkan beliau terus di dalam keadaan KOMA selepas ditembak. Pengesahan lanjut daripada doktor yang cuba merawatnya juga mengatakan keadaan arwah pada masa tersebut begitu parah dan terlalu sukar untuk diselamatkan. Hanya ketentuan ILLAHI sahaja yang mampu memberikan keajaiban ke atas situasi seperti tersebut. Namun ALLAH swt amat2 mengasihi insan terpuji seperti arwah Noramfaizul yang sanggup berkorban demi kelangsungan hidup manusia2 yang di dalam kesempitan di negara bergolak meskipun berlainan agama dan bangsa. Begitu murni dan besar pengorbanan arwah Noramfaizul ini yang bukan calang2 manusia boleh melakukannya.

Kesan daripada tembakan jelas menunjukkan jalan keluar peluru itu melalui bahagian bahu arwah Noramfaizul

Kasih Ibu tercinta dibawa sehingga ke mati

Penghormatan terakhir diberikan oleh pembesar2 negara buat Rakyat yang dikasihi serta disanjung tinggi

Kasih Isteri dan Anak2 akan mendoakan Allahyarham Noramfaizul ditempatkan di kalangan mereka yang soleh serta disayangi ALLAH sehingga ke hari kiamat

Noramfaizul Dalam Kenangan

- AL-FATIHAH -

Kekhilafan Di Sebalik Pertukaran SAHAM Air Asia Dan MAS Tanpa DiSedari RAKYAT!!

Kumpulan JUDAS!!

Pertukaran saham di antara Air Asia dan MAS yang bercelaru dan mengelirukan RAKYAT. Siapa yang main silap mata ni? Kerajaan kah atau Air Asia kah atau MAS yang bakal disilap matakan lagi. YAB PM Najib kenalah kontrol sikit duit dalam Khazanah Nasional itu sebab di dalamnya memang banyak kepentingan RAKYAT. Lebih2 lagi untuk memartabatkan slogan 'Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan'. Jangan bila MAS dah boleh nampak UNTUNG masuk pulak kat kantung dan poket para KRONI yang sudah diketahui UMUM. Bila dah sangkak esok masuk semula ke dalam kantung KHAZANAH. Aduhai!!!! Tak serik2 kadang2 aku tengok derang ni buat dan main WAYANG OPERA. Mintak siasat secepat mungkin perjalanan pertukaran saham2 di antara Air Asia dan MAS ni sebab dah macam SILAP MATA jadiknya. Rakyat tengah tercangak2 tak faham, tahu2 si Tony Fernandes dah jadi pemegang saham terbesar sebanyak 20.5% dalam MAS.

Artikel yang tersurat dan tersirat khas buat KUMPULAN JUDAS [ KLIK SINI ]

Sumber Informasi Sejagat [ GAP ]

PM Najib : ALLAH Selamatkan Kamu!

WIND OF CHANGE!!!!

Program PM Bertemu Rakyat [Baca Lagi]

Tarikh 23/7/2011 merupakan ulang tahun kelahiran yang ke-58 bagi YAB PM Najib Tun Razak. Beliau yang di lahirkan pada tanggal 23/7/1953 adalah merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 selepas menggantikan Tun Abdullah Badawi. Bersempena dengan tarikh tersebut, aku ingin mengucapkan Salam Perjuangan dan Selamat Hari Lahir kepada Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia ini. Meskipun cabaran yang bakal dilaluinya amat berliku dan cukup getir, namun RAKYAT secara keseluruhannya telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada PM Najib di dalam menerajui kepimpinan kerajaan Malaysia ke mercu kejayaan.

Mohd Najib bin Abdul Razak
Nama: Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Tempat Kelahiran : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953

[VIDS] : AnuWAR Dapat TKO Daripada PM Najib!!

ANWAR BERJAYA MENYONDOL ANUGHAIRAH PELAKON TERBAIK!!

TELEFILEM : LEHERKU LEHERMU JUA, AMBINGAI...HAK TUIHH!!

PART 1

PART 2

PART 3

AnuWar Berahi dibalun kaw2 oleh YAB PM Najib. Memang Anwar tempelan muka tak tau malu bila sanggup menipu RAKYAT dengan segala lakonan penuh dramatiknya demi meraih simpati rakyat. Slot drama AnuWar memang dari dulu sampai sekarang dipenuhi dengan segala macam karektor yang akhirnya MEMBODOHKAN dirinya sendiri. Rakyat dah bosan dan muak dengan tingkah laku dan perangai AnuWAR yang mempelbagaikan aksi SEPARUH MATI dan SAKARATUL MAUT demi kelangsungan hidup politiknya yang kini cuma tinggal beberapa detik sahaja lagi akan TERHAPUS di Malaysia. Itulah AnuWAR Pandikutty yang begelar dengan pelbagai gelaran, namun pentas dunia lakonannya pasti akan berakhir sedikit masa lagi. Kita lihat saja sampai bila si Nuar ni boleh bertahan...

Photobucket
PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!!

#Tanya Haron Din : Usah Risau Pada Perbezaan Tapi Bila Yang PAS Nak Laksana?

Edisi Temubual Wartawan HaramKAH dengan Datuk Dr Haron Din

Datuk, Perdana Menteri, Mohd Najib Razak telah menempelak Negara Berkebajikan yang Pas hendak dilaksanakan. Katanya Pas telah ciplak kebajikan yang dibuat oleh kerajaan BN. Apakah benar dakwaan Najib itu atau pun memang ada perbezaan di antara Negara Berkabjikan yang Pas hendak bangunkan dengan kebajikan yang didakwa telah dibuat oleh BN itu?

(Perlahan dan tegas) Amat amat jauh… bezanya. Apa yang kita nak buat sesuatu kita berterasakan al Quran sebagai dasar. Quran adalah kebaikan sejagat dan kebaikan mutlak. Tidak macam orang yang berpegang kepada rasional dia hanya ikut kepala dia saja.

Dia bercakap mengikut hati…kita bila perkenalkan kebajikan kita ambil dari Quran…yang disebut Baldatuntayibah…. ada hujungnya itu, rabbugharafu … negara yang berkebajikan di bawah Allah yang maha pengampun. Kalau berhenti, negara kebajikan saja, (baldatuntayibah) kita dapatlah yang Jepun dapat, Amerika dapat, Perancis dapat, di mana mereka hanya dapat dunia saja. Di mana betul mereka dapat baldatunyaibah tetapi tidak mendapat rabbugharafu, mereka kufur.

Jadi kita berjuang ini bukan untuk dunia ini saja, kita akan bawa sampai ke akhirat. Kalau maju pun yang Allah taala kutuk buat apa? Kita fokus kepada rabbugharafu, Tuhan yang maha mengampun.
Kayrozz : Aku kalau dengar nama Datuk Dr Haron Din ni memang aku respek habis sebab dia ni di antara tokoh Ulama yang disanjungi dan dihormati. Lebih2 lagi latar belakang dan pencapaian yang telah dilakukannya di Malaysia ini amat banyak. Begitu juga dengan pencapaian seluruh ahli keluarganya di dalam mensyariatkan Islam di seluruh negara. Buang jauh2 perbezaan ideologi politik, aku cuma rasa nak tanya meskipun apa2 pelan perancangan yang didakwa PAS untuk menubuhkan Negara Kebajikan itu pada dasarnya dipersetujui oleh seluruh kepimpinannya TETAPI bagaimana pula dengan Karpal Singh dan Lim Kit Siang? Aku fikir AnuWAR sebagai Ketua Kartel Penjarah yang bersikap liberal juga pasti tidak besetuju dengan segala perancangan PAS ini, tidak begitu DATUK? Jadi, jelas bahawa perbezaan KERAJAAN KEBAJIKAN di antara pimpinan PAS dan BN adalah, BN sudah lama melaksanakannya, NAMUN bagi PAS segala perancangan tersebut belum tentu akan terlaksana jika dilihat begitu ramainya BATU PENGHALANG di kalangan anggota PAKATAN RAKYAT itu sendiri. Kalau boleh Datuk sendiri tolong jelaskan bagaimana terlucutnya perjuangan menegakkan Negara Islam itu sendiri di dalam PAS. Terkadang Datuk, bercakap itu memang MUDAH tapi perlaksanaannya itulah yang cukup MENCABAR. Bukankah begitu DATUK?

AnuVAR : Kalau Anak Jantan Tanding PRU!

Pendekar Melayu Dah Bukak Pencak Silat Nak Halau PONDAN2 BERSIH 2.0!!

Jawab AnuVAR jangan tak jawab bila YAB PM Najib tanya kau tu Anak Jantan ke atau Pondan? Jangan asyik gila nak buat DEMO sampaikan cuba nak menentang undang2 di Malaysia. Dah dekat 1,500 laporan polis dibuat atas nama AMBIGA dan BERSIH 2.0, tapi Ketua Kartel Penjarahnya masih dengan lagu keras kepala tak sudah2. Itu yang anak2 buah semua terikut2 lagak ranggi Ketuanya. YAB PM Najib dah bukak mulut sekarang ni, suruh hangpa semua tunggu sampai PRU kalau nak buat perhitungan. Tak payah digunakan platform jalanan dan merusuh demi KEADILAN yang hangpa semua dok cari. Atas kertas konon2 nak buat perhimpunan bagi bersihkan sistem pilihanraya di Malaysia dengan menghantar MEMO kepada YDP Agong. Tapi dalam yang hangpa semua kata PRU Malaysia KOTOR tu dah 5 negeri hangpa balun lepas PRU12. Itu pun tak cukup2 lagi ke keBERSIHan yang telah ditunjukkan oleh SPR? Apa punya AKAI dok ada kat kepala hangpa semua?

YAB PM Najib dengan nada penuh ketegasannya akan memastikan PRU13 akan dijalankan dengan TELUS dan BERSIH tanpa sebarang gangguan seperti yang telah SPR laksanakan sebelum ini. Segala undian sebenarnya masih di tangan RAKYAT yang menjadi kayu pengukur sejauh mana sesebuah NEGARA itu ingin diperintah. Lagak MILITAN yang ditunjukkan oleh BERSIH 2.0 bakal mencacatkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan parti pembangkang. Justeru, kerajaan menurut kata YAB PM Najib akan menggunakan semua saluran yang terbaik bagi memastikan MALAYSIA akan terus AMAN dan HARMONI daripada sebarang kekacauan dan huru-hara. Itulah JANJI YAB PM Najib kepada seluruh RAKYAT MALAYSIA yang juga mempunyai HAK dan KESAMARATAAN bagi melihat KEAMANAN MALAYSIA terus terpelihara.

Sorang Ketua Kartel Penjarah & Sorang Lagi Agen Pro-MURTAD!!!

YAB PM Najib Tanya Kalau2 AnWAR Betul2 Anak Jantan? [sila klik]

Kedai Rakyat 1 Malaysia : Rakyat Yang Tak Faham Cerita!!

Sekalung tahniah buat YAB PM Najib yang baru sahaja melancarkan Kedai Rakyat 1 Malaysia di mana lebih kurang 250 barang generik akan dijual melaluinya. Selanjutnya, pengguna akan mendapat faedah utama apabila harganya adalah kurang di antara 30-50% daripada harga pasaran barangan berjenama. Pelancaran ini didapati selaras dengan pengurangan nilai subsidi dan pengecutan pendapatan di kalangan warga kota yang kian terhimpit dengan keadaan semasa. Aku melihat keadaan ini sebagai satu langkah proaktif kerajaan di dalam membantu rakyat untuk meneruskan survival hidup di kota untuk jangkamasa terdekat.

Kerajaan tidak mungkin akan menjalankan bajet popular dengan meningkatkan nilai pendapatan per kapita rakyat (i.e : kenaikan gaji) dan di dalam masa yang sama mengurangkan nilai subsidi kerana ia adalah tidak relevan dan tidak mempunyai nilai tambah untuk ekonomi secara keseluruhannya. Namun, apa yang ingin dijelaskan di sini bahawa, kerajaan pastinya tidak berniat untuk mempromosikan penyusutan nilai wang di kalangan warga kota yang terhimpit. Ini sebenarnya jalan terbaik untuk membantu mereka yang mungkin kesempitan wang untuk berbelanja di Pasaraya Besar seperti Giant Hypermarket, TESCO, Jaya Jusco, Carrefour dan sebagainya. Ini sebenarnya peluang terbaik bagi mereka yang pentingkan survival demi meneruskan kelangsungan hidup.

Namun begitu, aku masih tidak faham dengan sesetengah rakyat pro-pembangkang yang masih tidak mahu diam daripada menghentam kerajaan walaupun projek murni ini adalah demi membantu sekalian rakyat. Kenapakah golongan ini selalu bersikap prejudis dan pada masa yang sama berlagak hipokrit. Bahasa yang paling mudah, ini adalah satu skim bantuan untuk rakyat dengan 'win-win situation'. Kalau barangan harga murah, jangan dipersoalkan sangat pada kualiti sebab itu adalah HUKUM ALAM di dalam perniagaan. Harga MAHAL, barang mestilah berkualiti tinggi, Harga MURAH tentunya kualitinya lebih rendah namun tidak semestinya ia langsung tidak berkualiti. Segala hujah puak pembangkang ini dilihat sebagai hanya MENGECAM dan MENGHENTAM secara KEROMO apa jua tindakan kerajaan. Kasihan sungguh aku melihatkan mereka ini yang tidak tahu mengambil peluang.

Aku pasti, mereka yang kuat mengecam inilah yang akan menagih Kedai Rakyat 1 Malaysia ini kelak, sebab berdasarkan daripada kajian di Malaysia, rakyat yang berpendapatan tinggi sekalipun masih menolak kualiti berbanding harganya. Maksudnya, jika harganya rendah dengan kualiti yang boleh diterima akal maka permintaan ke atas barangan tersebut akan meningkat. Inikan pula sekalian juak hipokrit yang pendapatan pun tak setinggi mana, tapi gaya percakapannya mengalahkan "saudagar unta dari padang pasir". Cakap mesti mau lebih, padahal duit habok pun tarak....kahakkk ptuihhhhh!!!

Korang tengoklah sendiri komen2 di antara pejuang pembangkang yang SUNGGUH hipokrit.

Di antara falSAMPAH sempit golongan hipokrit di Malaysia yang tak faham cerita. Sedeyyy!!

Ini lagi sorang yang ingat Kedai Rakyat 1 Malaysia cuma jual sardin. Sempit sungguh otak!!

Kedai Rakyat 1Malaysia pertama dibuka hari ini

Jengah lagi Kedai Rakyat 1 Malaysia [sila klik]

Mesti Baca! : Surat Tun M Kepada Nicky Arjis

Nicky Ajis dan para pemimpin PAS selama ini hanya momokkan para pengikutnya dengan Negara Islam sebagai tema perjuangan mereka, namun baru2 ini ia telahpun terkubur apabila mereka sebulat suara ingin menerapkan pula konsep Negara Kebajikan selaras dengan kehendak anjing2 DAP. Selaku budak suruhan DAPigs yang hanya menurut kehendak tuannya, PAS tidak segan silu menayangkan kebodohan dan kebaculan mereka menggadai prinsip dan maruah ulama2 terdahulu yang telah berjerih payah membangunkan martabat PAS. Begitulah akibatnya apabila nafsu serakah mendahului pemikiran rasional, segala kekuasaan diutamakan demi mencapai suaka duniawi.

Kini, Hukum Hudud yang diwar2kan oleh sekalian para ulama PAS juga bakal menjadi mimpi di alam nyata. Pembohongan demi pembohongan serta penipuan di kalangan ulama PAS terutamanya Nicky Arjis melambangkan bahawa PAS sudah jauh tersesat daripada akidah perjuangan mereka. Banyak bukti pembohongan yang dilontarkan oleh Nicky Arjis bahawa selama ini mereka hanya menyalahkan pentadbiran UMNO dan BN sejak di zaman Tun M sehinggalah ke YAB PM Najib atas alasan penundaan perlaksanaan Hukum Hudud. Namun, di sebalik apa yang berlaku terbukti bahawa Nicky Arjis jelas sanggup berbohong demi mendapat simpati rakyat jelata yang mengakui bahawa wali selipar jepun ini ditindas oleh Tun M. Justeru, kita sebagai rakyat perlu jelas dan nyata dengan pendirian Tun M mengenai Hukum Hudud di Malaysia, dan Tun M juga telah menjelaskannya kepada Nicky Arjis berdasarkan surat yang dihantarkan kepadanya seperti berikut :

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Sumber Informasi Sejagat [infokita]

Jadi siapakah yang menjadi punca segala pembohongan di kalangan para ulama ini? Adakah wali selipar atau Tun M? Inilah yang menjadikan wali selipar ini hanya mendiam seribu bahasa apabila didesak dengan pertanyaan Hukum Hudud. Bagi mengelakkan terjerat dengan persoalan ini, maka Nicky Arjis tidak segan silu menuduh kepincangannya ini dengan mengheret orang lain. Memang dasar PAS hanya pentingkan kuasa dunia, dan jelas PAS itu hanya SESAT lagi MENYESATKAN ummah Islam di Malaysia ini.

Hadi Awang : REJECT UMNO!!!!

Khusus untuk UMNO, hentikan daripada sekarang mempelawa mana2 parti yang difikirkan perlu sebagai jaringan untuk masa depan. Nampaknya, PAS langsung tidak berminat untuk duduk bersama2 memperjuangkan perpaduan sedia ada demi masa depan Ummah dan bangsa Melayu. PAS pun telah memukul canang bahawa 'SAY NO TO UMNO' dan pada masa yang sama ingin berjuang habis2an dengan disertai Ketua Penipu Rakyat aka AnuWAR Pandikutty dan juga DAPigs aka Parti Anti-Islam. Justeru, buat apa lagi nak mengharap kepada PAS yang lebih redha menyokong Peliwat/Penzina serta Parti Berideologi Komunis tanpa segan silu, demi kepentingan status dan kekuasaan.

Sekarang, UMNO perlu teruskan perjuangan seperti mana yang mereka lakukan sejak sebelum kemerdekaan sehinggalah sekarang. Usaha perlu dilipatkgandakan dan tenaga harus ditingkatkan demi perjuangan yang belum selesai. Terlalu ramai di luar sana yang mencemburui kuasa yang diperoleh oleh UMNO. Lihat sahaja, tidak ada yang mustahil apabila serakah kuasa itu boleh mempengaruhi mereka yang berlindung di sebalik agama dan bangsa. Aku percaya, walau apapun parti yang memerintah kelak sudah semestinya ada cacat dan cela. Namun, di dalam senario politik Malaysia, sekiranya berlaku kejutan amat besar tatkala PRU13 kelak rakyat perlu bersedia dengan pelbagai ketentuan yang [lebih perit dan sengsara]. Adalah malang apabila kita mempunyai pemimpin yang begitu tamak dan haloba. Inilah jadi pengakhirnya apabila kesemua mereka sering berbalah dan menolak untuk bersatu. UMNO wajib muhasabah diri buat kesekian kalinya dengan penuh rasa insaf dan tawadduk jika inginkan rakyat terus menyokong mereka. Jikalau tidak, pemimpin inilah yang akan dipertanggungjawabkan di atas segala kesengsaraan yang akan ditempuh oleh seluruh anak cucu dan cicit kita sehingga ke hari kiamat.

Jengah apa kata Hj Hadi tentang [SAY NO TO UMNO]

Jangan DiUlangi Tragedi 13 Mei

"Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu"

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab- sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969

1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang

3. Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India . Empat keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

4. Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang. Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina.

6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

Rentetan Peristiwa Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.

  • Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang . Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka.
  • Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio- ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969.
  • Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru- guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India.
  • Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar- bandar sahaja. Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan,
  • PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .
  • Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali derngan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang. Ketidakseimbangan juga merupakan suatu jurang yang harus diperbetulkan demi sebuah keadilan. Bagaimanapun PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan .
  • Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina . Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini , Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu.
  • Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini . Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu. Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
  • Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail .
  • Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970.
  • Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan . KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya . Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit.
  • Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang- orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu amnya. Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan. Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu".
  • Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan .
  • Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu.
  • Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.

"Teguh dan kukuhkan semangat perpaduan berbilang kaum demi kejayaan Negara Tercinta"

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

[Bergambar] : Hobi Pemimpin Pujaan

Hobi Pemimpin Kita Di Waktu Masa Lapang

Layan Lagi Pemimpin Yang Mempunyai Hobi Tersendiri

Kalau korang nak layan selanjutnya tengok apa hobi pemimpin2 yang lain

BOLEH KLIK : [Tengok Hobi Pemimpin]

Sumber Informasi Sejagat [darulehsantoday]