♠ Posted by kayrozz in Hadi Awang,Muktamar PAS ke-57,Nik Aziz,Pakatan Rakyat,PAS,PAS Sesat,Politik Malaysia at 2:21 PM
Artikel aku banyak selit perihal Pok Nik ni bila dia dah start bukak mulut. Cakap orang lain memang langsung tak mahu didengar dan ikut nasihat mana yang baik. Mesti ada aje, spin yang dia akan buat. Tapi nak buat camno, umur dah lanjut kalau dilayan ajak berbual memang sampai ke subuh pun tak abis. Pok Nik boleh tanya "Apa guna PAS tanpa nama Islam??". Aku cuma nak nyatakan di sini semenjak aku lahir sehinggalah ke hari ini, PAS sebenarnya tidak membawa apa2 makna langsung untuk kesejahteraan, kemakmuran, kebahagiaan, perpaduan dan pelbagai kemajuan duniawi dan ukhrawi untuk SELURUH rakyat di Malaysia melainkan satu aje iaitu untuk MEMECAH BELAHKAN UMAT ISLAM DAN MELAYU!!!. Itu natijahnya, lebih2 lagi PAS semenjak di akhir2 zaman ini telah banyak menyimpang daripada tuntutan akidah perjuangan mereka yang terdahulu.
Sedap Parti Nasi Kerabu...Padanlah DAPigs suka sangat MAKAN!!!
Beliau berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu gusar dengan slogan baru itu walaupun mendakwa mempunyai persamaan, tetapi inti pati yang dibawa PAS cukup berbeza.“Buat apa nak takut, macam orang jual nasi kerabu, kalau nasi kerabu kamu lebih sedap orang akan beli, tidak perlu takut, tetapi kalau takut itu bermakna apa yang kamu jual itu tidak bernilai,” katanya.
- POK NIK
Justeru, PAS sebenarnya tidak membawa apa2 kejayaan besar untuk memajukan negara Malaysia. Apatah lagi, kajian yang dibuat di Kelantan dan Kedah sendiri hasil pimpinan PAS juga tidak ke mana2. Kelantan sejak 30 tahun dipimpin PAS, terang cakap rakyat negeri tersebut majoritinya "Makan Hati Berulam Jantung". Hasil tarbiah Pok Nik, semua mulut rakyatnya bagai terkunci dengan kata2 azimat dan janji2 palsu Pok Nik untuk menegakkan Negara Islam. Namun, kesemuanya adalah penipuan dan pembohongan terbesar Pok Nik dan konco2nya untuk berkuasa di Kelantan. Kesimpulannya, perkataan ISLAM di dalam PAS itu sendiri telah dipojok2 dan dipermainkan oleh Pok Nik untuk menjadi MB sampailah ke saat artikel ini ditulis. Kenapa seorang yang diangkat sebagai ulama ini sanggup berbuat demikian? Mudah sahaja jawapannya kerana bukan semua ulama itu sahih, masih ada yang batil dan perlu diperbetulkan. Ulama bukan diangkat berdasarkan keturunan tetapi ia adalah hasil daripada perjuangan yang HAK dan menolak segala yang batil demi memperjuangkan ISLAM yang sebenar2nya atas jalan yang diredhai ALLAH s.w.t tidak kira di mana jua dia berada. Sekiranya menyimpang daripada matlamat dan tujuan asal maka ia boleh dilabel sebagai 'ULAMA NAME TAG' aka Ulama Hanya Pada Nama. Makin lama dia berbicara, semakin tak faham umat Islam itu sendiri dengan kebenaran di dalam Islam. Memang bahaya Ular dalam Semak semacam gini.
Jengah lagi Pok Nik tarbiah PAS kini adalah Parti Nasi Kerabu [sila klik]
0 comments:
Post a Comment