MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Showing posts with label Muktamar PAS ke-57. Show all posts

DAPigs Janji 'KERAT 18' Hassan Ali?

Persoalan yang mencurigakan di sini adalah : Kenapa tatkala UMMAH ISLAM sedang sibuk menjalani ibadah SUNNAH dan WAJIB di MASJID tiba2 terdapat 15 orang ISLAM yang sanggup MEMAKMURKAN Gereja di malam Ramadhan Al-Mubarak? Pelik tapi inilah yang terjadi di malam kejadian. Apakah muslihatnya??
Kecoh lagi pasal isu GEREJA di Selangor, Khalid Gereja membidas JAIS [klik sini]

Kecoh di bulan Ramadhan bila Kerajaan Selangor terhimpit lagi dengan isu gereja yang kembali memuncak. Kali ini perdebatan di kalangan umat2 Islam itu sendiri di dalam menjaga air muka orang2 Kristian di Selangor. Al-kisahnya terjadi bila sebuah gereja telah diserbu oleh kira2 30 anggota polis bersama2 pihak berkuasa JAIS di atas maklumat dan arahan Dr Hassan Ali. Maklumat asal diperolehi oleh Dr Hassan Ali menyatakan terdapat beberapa orang2 Islam akan diMURTADkan pada majlis makan malam tersebut.

Prosedur menyatakan bahawa waran diperlukan untuk menggeledah apa2 premis di Malaysia ini, waima POLIS sekalipun kena ada WARAN tersebut. Namun, JAIS dikatakan mempunyai bukti sahih untuk mensabitkan bahawa terdapat pelan dan rancangan untuk memurtadkan orang2 Islam di dalam Gereja tersebut. Pertelingkahan kini telah melibatkan Kerajaan Negeri Selangor, JAIS dan juga Dr Hassan Ali sebagaimana biasa menjadi KAMBING HITAM sekali lagi. Nampak gaya, kali ini memang Dr Hassan Ali akan 'DISEMBELIH' secukup rasa oleh DAPigs walaupun yang bakal menjelma nanti ialah Hari Raya Puasa bukannya Raya KORBAN. Mana mungkin, Dr Hassan Ali akan berjaya mempertahankan segala tindak tanduknya kali ini sebab dia bakal berhadapan bukan sahaja dengan golongan KAFIR malahan umat Islam itu sendiri yang menentangnya. Apapun alasan munasabah Dr Hassan Ali hanya bakal menjerut lehernya kembali.

U Watch OUT or I Myself Get OUT!!

Inilah nasib Dr Hassan Ali yang kian merudum selepas dicantas sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor di Muktamar yang lalu. Kini nasibnya sebagai EXCO di dalam kerajaan Selangor bagai TELOR DI HUJUNG TANDUK. Bila2 masa sahaja dia akan dicantas akibat tindakannya yang dirasakan betul dan munasabah bagi dirinya, tetapi menyalahi etika dan prinsip bagi mereka yang terlalu NEUTRAL aka LIBERAL dan hanya menjaga periuk nasinya sendiri.

Siapa lagi nak tolong Dr Hassan Ali kalau MB Khalid GAGAP dah kata macam ni [sila klik]? Lepas tu, MP PAS pulak tak sekongkol dengan Dr Hassan Ali dan buat ulasan [sila klik]. Lagi tak sedap badan bila PAS Selangor sendiri panggil Dr Hassan Ali untuk siasatan lanjut [sila klik]. Ada tak ada pun ABIM saja yang mungkin boleh 'cover line' Dr Hassan Ali buat sedapkan hatinya sikit [sila klik]. Tapi kat mana menghilangkan Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS untuk mendokong segala tindakan Dr Hassan Ali? Prinsip!!!, kalau tiada angin bertiup masakan pokok bergoyang sepatutnya dapat menyelamatkan maruah Dr Hassan Ali di dalam menjalankan arahan dan serbuan tersebut, namun tiada siapa pun yang akan membantunya di dalam kemelut ini yang pastinya. Tinggallah Dr Hassan Ali terkontang-kanting menjawab segala apa yang tersurat dan tersirat.

OK Faham! : PAS Kini Parti Nasi Kerabu

Artikel aku banyak selit perihal Pok Nik ni bila dia dah start bukak mulut. Cakap orang lain memang langsung tak mahu didengar dan ikut nasihat mana yang baik. Mesti ada aje, spin yang dia akan buat. Tapi nak buat camno, umur dah lanjut kalau dilayan ajak berbual memang sampai ke subuh pun tak abis. Pok Nik boleh tanya "Apa guna PAS tanpa nama Islam??". Aku cuma nak nyatakan di sini semenjak aku lahir sehinggalah ke hari ini, PAS sebenarnya tidak membawa apa2 makna langsung untuk kesejahteraan, kemakmuran, kebahagiaan, perpaduan dan pelbagai kemajuan duniawi dan ukhrawi untuk SELURUH rakyat di Malaysia melainkan satu aje iaitu untuk MEMECAH BELAHKAN UMAT ISLAM DAN MELAYU!!!. Itu natijahnya, lebih2 lagi PAS semenjak di akhir2 zaman ini telah banyak menyimpang daripada tuntutan akidah perjuangan mereka yang terdahulu.

Sedap Parti Nasi Kerabu...Padanlah DAPigs suka sangat MAKAN!!!

Beliau berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu gusar dengan slogan baru itu walaupun mendakwa mempunyai persamaan, tetapi inti pati yang dibawa PAS cukup berbeza.

“Buat apa nak takut, macam orang jual nasi kerabu, kalau nasi kerabu kamu lebih sedap orang akan beli, tidak perlu takut, tetapi kalau takut itu bermakna apa yang kamu jual itu tidak bernilai,” katanya.

- POK NIK

Justeru, PAS sebenarnya tidak membawa apa2 kejayaan besar untuk memajukan negara Malaysia. Apatah lagi, kajian yang dibuat di Kelantan dan Kedah sendiri hasil pimpinan PAS juga tidak ke mana2. Kelantan sejak 30 tahun dipimpin PAS, terang cakap rakyat negeri tersebut majoritinya "Makan Hati Berulam Jantung". Hasil tarbiah Pok Nik, semua mulut rakyatnya bagai terkunci dengan kata2 azimat dan janji2 palsu Pok Nik untuk menegakkan Negara Islam. Namun, kesemuanya adalah penipuan dan pembohongan terbesar Pok Nik dan konco2nya untuk berkuasa di Kelantan. Kesimpulannya, perkataan ISLAM di dalam PAS itu sendiri telah dipojok2 dan dipermainkan oleh Pok Nik untuk menjadi MB sampailah ke saat artikel ini ditulis. Kenapa seorang yang diangkat sebagai ulama ini sanggup berbuat demikian? Mudah sahaja jawapannya kerana bukan semua ulama itu sahih, masih ada yang batil dan perlu diperbetulkan. Ulama bukan diangkat berdasarkan keturunan tetapi ia adalah hasil daripada perjuangan yang HAK dan menolak segala yang batil demi memperjuangkan ISLAM yang sebenar2nya atas jalan yang diredhai ALLAH s.w.t tidak kira di mana jua dia berada. Sekiranya menyimpang daripada matlamat dan tujuan asal maka ia boleh dilabel sebagai 'ULAMA NAME TAG' aka Ulama Hanya Pada Nama. Makin lama dia berbicara, semakin tak faham umat Islam itu sendiri dengan kebenaran di dalam Islam. Memang bahaya Ular dalam Semak semacam gini.

Jengah lagi Pok Nik tarbiah PAS kini adalah Parti Nasi Kerabu [sila klik]

PAS Kini Kafir Dan Kerajaan Sekular??

Paku Dulang, Paku Serpih, Mengata UMNO, Kini PAS yang lebih. Merujuk kepada perubahan drastik di dalam pucuk pimpinan PAS kini yang mengagungkan pemerintahan kerajaan bercorak Negara Kebajikan, maka tak salah jika apa yang PAS pernah hina dan herdik UMNO sewaktu ketika dahulu kini boleh diludahkan kembali ke muka pemimpin2 mereka. Jelas, pemimpin PAS kini sudah liberal dan tidak memperdulikan langsung wacana perjuangan yang dijunjung sekian lama iaitu menubuhkan Negara Islam dan menegakkan Hukum Hudud. Oleh itu, dengan pendekatan terbaru PAS maka tidak salah juga jikalau pucuk pimpinan mereka juga kafir dan kerajaan sekular. Inilah harga yang patut mereka bayar kerana terlalu mengikut kata DAPigs dan AnuWAR Pandikutty. Akhirnya, yang mendapat bala dan bencana serta besar kemaluan adalah para pengikut hamPAS dan pencacai totok mereka.

Setakat Negara Kebajikan yang baru diwar2kan oleh PAS sebenarnya ia sudah lama dipraktikkan oleh UMNO dan BN sejak kemerdekaan lagi. Sudah lebih 53 tahun kerajaan dokongan UMNO dan BN memberikan banyak jenis kebajikan kepada seluruh rakyat. Namun, juak pembangkang sudah semestinya memandang sebelah mata dan asyik dengan pelbagai tuduhan dan fitnah bahawa pemerintah adalah zalim dan kejam terhadap rakyatnya. Jelas, pendekatan PAS kini memang amat buta hati dan perut dan semata2 gilakan kuasa dan kepentingan untuk pemimpin masing2. PAS wajar membuang ISLAM di dalam nama dan logo parti mereka kerana ia sudah tidak relevan lagi. Apa yang diperjuangkan PAS kini adalah untuk mendapat tempat di hati rakyat sebagai penjaga kebajikan sekalian masyarakat dan secara langsung membantu mereka menjunjung DAPigs dan PGayR ke puncak takhta. Sesungguhnya parti lebai2 malang ini akan terus dikudakan dan dipijak demi kepentingan kuasa yang masih belum pasti. Maka, terkilanlah sekalian pejuang ISLAM di dalam PAS kerana Islam mengikut pendekatan lebai2 malang ini sudah lama dikuburkan.

Pas diminta bentang model

Apabila Presiden Pas mengisytiharkan di dalam Muktamar Pas Ke-57 baru-baru ini bahawa dasar perjuangan Pas sekarang adalah untuk menubuhkan ‘Negara Berkebajikan’ dan meninggalkan perjuangan menegakkan ‘negara Islam’, sekali gus menguburkan undang-undang hudud, ingatan saya kembali kepada pengalaman bertugas di Terengganu pada awal tahun 80-an sehingga pertengahan tahun 90-an.

Pada waktu itu, sebelumnya dan sehingga bulan Jun 2011, moto dan hala tuju utama perjuangan Pas yang dicanangkan kepada ahli-ahlinya di seluruh negara adalah untuk menegakkan negara Islam dan undang-undang hudud.

Maka dengan alasan itu Pas sejak dahulu telah menghukum kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh UMNO adalah kafir dan kerajaan sekular kerana pemerintahan BN adalah bukan negara Islam.

Pada waktu itu juga ramai pemimpin Pas, termasuk Murshidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar UMNO. Cabaran mereka kalau UMNO mendirikan negara Islam, maka pada hari itu juga mereka akan masuk menyertai UMNO.

Amat besar kerosakan masyarakat yang berlaku akibat Pas menjadikan penubuhan negara Islam sebagai produk utama politiknya pada waktu itu. Berlaku kes sembahyang dua imam dalam masjid kerana berimamkan orang UMNO tak sah sembahyang.

Sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan. Yang lebih fanatik kubur orang Pas tidak boleh bercampur dengan orang UMNO dan banyak lagi kalau hendak ditulis.

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan kerajaan Perikatan dan selepas itu dipanggil BN telah menjalankan pemerintahan dengan matlamat untuk menjadikan negara aman, makmur dan sejahtera. Rakyat hidup dalam keadaan aman damai dan taraf kualiti kehidupan meningkat dari semasa ke semasa. Sehingga kini dalam sesetengah aspek setanding dengan negara-negara yang telah bertaraf negara maju.

Slogan pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ‘Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan’, program pengisiannya penuh dengan ciri-ciri kebajikan untuk rakyat. Tidak perlu disebutkan di sini satu persatu secara terperinci, sebaliknya silalah Presiden Pas membentangkan program negara berkebajikan yang hendak ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

Kita mahu lihat program tersebut mestilah realistik, lebih berkesan dalam mempertingkatkan mutu hidup rakyat dalam semua jurusan. Yang paling penting, logik ia boleh dicapai berdasarkan keupayaan pendapatan negara bagi jangka masa pendek dan dalam jangka panjang dan pasti tidak memudaratkan.

Jika Presiden Pas gagal membuat pembentangan model negara kebajikan Pas, maka logiknya seluruh ahli Pas seharusnya masuk UMNO. Ini kerana UMNO sejak dulu, kini dan selamanya telah mengamalkan pemerintahan berkebajikan untuk kesejahteraan seluruh rakyat, sehingga Malaysia menjadi contoh bagi negara-negara membangun di seluruh dunia dan mereka belajar bagaimana sistem pentadbirn kerajaan BN.

Teringat kisah tahun 80-an dahulu sememangnya saya geleng kepala. Ini kerana yang masih hidup apatah lagi yang telah meninggal dunia, telah menanggung kesan keruntuhan kehidupan bermasyarakat yang harmoni dari perjuangan lama Pas untuk menegakkan negara Islam, yang tidak sepatutnya diubah menjadi perjuangan nombor satu selagi tidak tercapai.

Maka telah terserlahlah antara kebenaran dan yang batil dan antara yang ikhlas dan sebaliknya.

ALI MEDANBARU

Petaling Jaya, Selangor

Sumber Inspirasi Sejagat [utusanonline-forum]

Erdogan PASca Baru : Ulama Bakal DiTerajang!!

Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

(KALAU DIKAJI ULAMA ORIGINAL PAS PUN PAYAH NAK IKUT PERLEMBAGAANNYA,
INIKAN PULA ERDOGAN PASCA BARU..MEMANG PAS SESAT)

Kalau aku kata PAS sesat mungkin kurang ajar bunyinya, tapi kalau dah hilang pedoman lagi buruk maknanya. Hari ini dan sebelumya telah membuktikan bahawa PAS memang sebuah parti yang tiada pedoman lebih2 lagi selepas memasuki alaf yang baru. Segala perjuangannya telah kembali tersempit lalu mengembang dek kerana terlalu liberal. Jika dilihat tujuan Perlembagaan PAS dibuat semenjak di awal penubuhannya itu, satu pun rasanya belum terlaksana sehingga kini. Rata2, semua boleh lihat akan peningkatan PAS adalah setelah mereka bergabung dengan Pakatan Haram iaitu Cina DAP dan Melayu PKR. Sebelumnya, PAS hanya boleh tunjuk belang mereka di Tanah Jajahan Kelantan. Itupun sebab, persepsi majoriti rakyat Kelantan sungguh berbeza dengan rakyat lain2 negeri. Jelas di sini, kebangkitan PAS adalah selepas mereka 'kow-tow' kepada golongan hipokrit dan opportunis seperti PKR dan DAPigs. Tidak hairan jika juak Erdogan PAS akan melahirkan rasa kesyukuran nikmat selepas berjaya menempatkan diri mereka di dalam Era PASca baru selepas menerajang Ulama PAS secara terang2an. Kalau setakat akidah perjuangan PAS boleh dilencongkan, inikan pula Lebai2 Malang yang dari dulu kini dan selamanya memang lemban dan bersikap tidak liberal. Inilah mahunya PASca baru, akidah perjuangan tak penting asalkan tekak kroni dan pemimpin mereka didahulukan. Hoooraaahh!!! Akhirnya termakbul kuda2 tunggangan PKR dan DAPigs dapat kuasa.

Jengah Lagi Bila Puak Erdogan PAS Mulai Menerajang Ulama PAS [Lebai Malang]

'AKU BUAT SURUHAN ALLAH S.W.T
TAPI AKU BUKAN AHLI PAS'

KESIMPULANNYA : AKU TIDAK SESAT

Petanda Awal PRU13 Akan Bergegar Tsunami Buruk!!

Ulama yang menjadi label di dalam PAS serta melambangkan ketokohan dan perjuangan Islam sebelum ini telah disingkirkan selepas semua tahu keputusan perwakilan di dalam Muktamar PAS ke-57. Alasan paling utama di kalangan para perwakilan adalah mesej terpampang yang dijelaskan oleh Presiden Hj Hadi iaitu untuk mempersiapkan diri menjelang PRU13. Di sebalik kemenangan Puak Erdogan yang mempunyai pertalian yang cukup rapat dengan AnuWAR PAndikutty, jelas di sini bahawa selama PAS diterajui oleh Pro-Ulama mereka dilihat tidak agresif dan lemban. Justeru, dengan percaturan politik wang dan juga menolak untuk mendaulatkan kerajaan Islam impian PAS maka mereka dilihat lebih relevan dengan PKR dan DAP. Mat Sabu yang memenangi kerusi Timbalan Presiden dilihat boleh membawa Hj Hadi ke hadapan melebihi kredibiliti AnuWAR. Namun, apakah DAP akan bersetuju untuk menempatkan slot Timbalan Perdana Menteri kepada PAS sekiranya Pakatan Haram menang di PRU13 kelak? Apa yang berlaku kini, slot tersebut telah ditempah awal oleh AnuWAR untuk diberikan kepada DAP sekiranya Pakatan Haram berjaya mendapat kelebihan 2/3 di kerusi Parlimen kelak.

Jengah lagi bila Mat Sabu menang [Timbalan Presiden]

UMNO sebagai parti memerintah sewajarnya melihat senario di dalam Muktamar PAS ke-57 ini dengan lebih serius dan peka. Jelas terpampang di sini bahawa, PAS sudah memulakan strategi peperangan di peringkat awal dengan mengetengahkan teraju yang lebih agresif dan ampuh. Tsunami yang melanda Muktamar PAS ke-57 bakal melanda di PRU13 jikalau UMNO tidak berhati2 membuat percaturan daripada sekarang. PRU13 pasti tidak akan melihat isu2 yang menyalahi dengan hukum hakam Islam kerana jelas PAS sudah mengetepikannya sama sekali apabila tetap bernaung di bawah payung Pakatan Haram bersama2 PKR dan DAP. Mereka lebih berhasrat untuk menjatuhkan kepimpinan UMNO daripada Malaysia walaupun tanpa diberikan sebarang imbuhan nyata kelak. Inilah ketrampilan 'Hati Kering' para perwakilan di sidang Muktamar ke-57 PAS yang berjaya menolak Ulama dan perpaduan dengan UMNO, tetapi menyokong kepada perpecahan Ummah dan bangsa.

Para pendokong warisan kepimpinan UMNO di Malaysia tidak boleh berdiam diri dan melihat senario yang melanda PAS sebagai suatu masalah kecil yang boleh ditangani. Ini adalah detik awalan kepada kehancuran jika kita masih bersilang panggung dan menutup sebelah mata akan strategi pembangkang. Jika mereka masih tidur berdodoikan kuasa dan kepentingan masing2, maka tidak hairan jika PRU13 merupakan detik tsunami paling buruk bagi kerajaan pimpinan UMNO dan BN. PKR, DAP dan PAS amat2 serius untuk menghalau UMNO-BN daripada Putrajaya, maka strategi kepimpinan UMNO-BN perlu bertindak segera sebelum terlewat. Jika ini kesudahan kepada Malaysia sebelum ditabalkan menjadi republik suatu hari nanti, maka percayalah masa tidak akan membawa kembali kepada Islam dan Melayu seperti sekarang. Melayu akan terus terpinggir manakala Islam akan terus dikudakan. Maka, bertempiklah sekalian Bukan Melayu yang berjaya akhirnya menduduki Malaysia atas kekhilafan dan kebodohan para pemimpin di tanah airnya sendiri.

Hadi Awang : REJECT UMNO!!!!

Khusus untuk UMNO, hentikan daripada sekarang mempelawa mana2 parti yang difikirkan perlu sebagai jaringan untuk masa depan. Nampaknya, PAS langsung tidak berminat untuk duduk bersama2 memperjuangkan perpaduan sedia ada demi masa depan Ummah dan bangsa Melayu. PAS pun telah memukul canang bahawa 'SAY NO TO UMNO' dan pada masa yang sama ingin berjuang habis2an dengan disertai Ketua Penipu Rakyat aka AnuWAR Pandikutty dan juga DAPigs aka Parti Anti-Islam. Justeru, buat apa lagi nak mengharap kepada PAS yang lebih redha menyokong Peliwat/Penzina serta Parti Berideologi Komunis tanpa segan silu, demi kepentingan status dan kekuasaan.

Sekarang, UMNO perlu teruskan perjuangan seperti mana yang mereka lakukan sejak sebelum kemerdekaan sehinggalah sekarang. Usaha perlu dilipatkgandakan dan tenaga harus ditingkatkan demi perjuangan yang belum selesai. Terlalu ramai di luar sana yang mencemburui kuasa yang diperoleh oleh UMNO. Lihat sahaja, tidak ada yang mustahil apabila serakah kuasa itu boleh mempengaruhi mereka yang berlindung di sebalik agama dan bangsa. Aku percaya, walau apapun parti yang memerintah kelak sudah semestinya ada cacat dan cela. Namun, di dalam senario politik Malaysia, sekiranya berlaku kejutan amat besar tatkala PRU13 kelak rakyat perlu bersedia dengan pelbagai ketentuan yang [lebih perit dan sengsara]. Adalah malang apabila kita mempunyai pemimpin yang begitu tamak dan haloba. Inilah jadi pengakhirnya apabila kesemua mereka sering berbalah dan menolak untuk bersatu. UMNO wajib muhasabah diri buat kesekian kalinya dengan penuh rasa insaf dan tawadduk jika inginkan rakyat terus menyokong mereka. Jikalau tidak, pemimpin inilah yang akan dipertanggungjawabkan di atas segala kesengsaraan yang akan ditempuh oleh seluruh anak cucu dan cicit kita sehingga ke hari kiamat.

Jengah apa kata Hj Hadi tentang [SAY NO TO UMNO]

Ulama PAS Perlu Terus DiMartabatkan!!

Jatuhkan juak Erdogan PAS dan kukuhkan pegangan Ulama di dalam PAS. Itulah matlamat yang harus dipegang oleh para perwakilan yang akan membuat pemilihan di dalam Muktamar PAS ke-57. Ini penting bagi menentukan hala tuju dan masa depan bukan sahaja kepada PAS itu sendiri tetapi kepada Ummah. Meskipun pelbagai isu yang diketengahkan oleh para Ulama PAS sering dibahaskan oleh UMNO-BN dan kadangkala dikritik secara sinikal namun golongan Pro-Ulama di dalam PAS masih dilihat amat perlu bagi menyeimbangi persekitaran politik di Malaysia.

Kedudukan juak Erdogan di dalam PAS di kala ini hanya sebagai batu loncatan kepada kemungkinan pengaruh PKR dan DAP semakin meluas. Namun, apa yang pasti sekiranya berlaku perubahan iklim politik di Malaysia, PAS dijangkakan masih tidak mempunyai kedudukan eksekutif tertinggi di dalam tampuk pemerintahan kelak. Para perwakilan perlu menentukan skop,hala tuju dan masa depan PAS yang begitu kritikal kerana Muktamar ke-57 ini akan menentukan ideologi dan cara berkempen tatkala PRU13 kelak. Apapun, ketika kerusi Timbalan Presiden dan Naib2 Presiden bakal menemukan pakatan di antara Pro-Ulama dan Pro-Erdogan, para perwakilan wajar memikirkan ruang lingkup yang lebih besar daripada PAS itu sendiri. Kemenangan Pro-Ulama memungkinkan perpaduan bersama2 UMNO atau jika Pro-Erdogan menguasai tempat di dalam PAS maka sudah pasti PAS tetap dipinggirkan selepas PRU13. Undilah demi masa depan Malaysia, 1 Bangsa dan 1 Ummah. Hidup Pro-Ulama!!!! Takbir..

Jengah lagi kalau nak tau ulasan lanjut [Kempen Pro-Ulama]

DramaKing Jr : Husam Musa Dah Berpeluh?

Baru kejap tadi aku layan Nightline TV3 (Media paling dibenci puak Pakatan Haram), tapi aku tonton dan dengar penjelasan Blogger Kickdefella sendiri dalam sidang media tersebut menyatakan bahawa pemberian RM350k adalah daripada Husam Musang secara tunai. Ia di antara lain kata kickdefella sebagai wang pampasan selama 3 tahun bertugas di PMBK sebelum perselisihan dengan CEOnya [sila baca]. Selain itu, ia sebagai wang persaraan kalau takut2 kickdefella terus tanam anggur sepanjang hayatnya akibat TPD (Terus Punah Darjat).

Namun, lain pulak yang ditimbulkan oleh Husam Musang yang menafikan pemberian wang tersebut. Alahai!!! Ibarat cerita dah nak terkantoi dah ni bung. Aku ingat tak sempat nak masuk dewan pemilihan untuk mengundi esok dah kena ludah dengan Nikcy Arjis. Dasar telur tembelang nak retak....dah bau tungkik dah ni. Pening kepala AnuWAR Pandikutty melihatkan kebongokan anak didiknya Husam Musang yang tak pandai 'cover-line' macam Pandikutty Mere Naam. Jahanam puak Erdogan PAS kali ni, memang dah gali kubur masing2, tinggal nak kena tanam hidup2 jer esok....kih kih kih. HIDUP PRO-ULAMA!!!!

Jengah untuk baca lagi apa kata [Ketua Erdogan PAS]

Isu Pornografi : Dewan Muslimat PAS Akan Bongkar!!!

Bila jantan PAS dah tak da teloq, maka aku tabik kaum yang lemah namun mempunyai iltizam yang kuat untuk menolak yang batil. Tabik kepada muslimat PAS yang berani untuk membawa usul pornografi ke dalam pembentangan. Isu ini bukan suatu yang menjijikkan sebenarnya. Namun, sesetengah pihak mungkin malu untuk mengetengahkannya atas dasar sifat semulajadi. Kalau kita bercakap mengenai unsur seksual di dalam masyarakat, ia umpama taboo dan bakal mengundang resah gelisah dan tidak keruan. Namun, sebenarnya ia penting untuk mengupas sejauhmana kepentingan isu ini dapat diperbetulkan bagi pengetahuan secara umum. Pornografi adalah isu global dan menular tidak kira di negara Islam mahupun bukan Islam. Justeru, kupasan ini seharusnya dikaitkan dengan keadaan yang sedang berlaku di dalam negara kita sekarang. Apa kata muslimat di dalam pembentangan aku rasa tidak menjurus kepada kes AnuWAR Pandikutty secara khusus, tapi sedikit sebanyak klip video seks chinadoll akan terkena tempiasnya jugak. Kalau dikaji, kes2 pornografi di bahagian tanah jajahan takluk kerajaan PAS pun tidak kurang banyaknya jugak. Bersepah2 pelakon porno kat laman sesawang hasil garapan anak2 muda tempatan. Memang dunia nak kiamat!!!!

KUALA LUMPUR 1 Jun - Isu pornografi dijangka menjadi antara usul yang akan dibangkitkan Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) pada muktamar ke-57 parti yang akan bermula esok.

Turut dilihat penting oleh sayap itu untuk dibincangkan ialah mengenai isu teknologi nuklear, mewajibkan penggunaan logo halal kepada semua peniaga dan pendidikan agama di peringkat sekolah.

Bagaimanapun Timbalan Ketuanya, Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, keputusan untuk membawa usul itu bergantung kepada tapisan Jawatankuasa Usul parti.

Mengenai tindakannya mencabar Nuridah Salleh bagi jawatan Ketua DMPP, jelasnya, beliau hanya memenuhi kehendak perwakilan yang mencalonkan namanya untuk bertanding jawatan itu.

"Saya menerimanya atas dasar untuk bersama-sama pemimpin Pas yang lain berkhidmat demi kecemerlangan jemaah. Menang atau kalah bukan isu, sebaliknya yang penting bagaimana untuk membawa muslimat ke arah yang lebih baik pada masa depan.

"Pas bersikap terbuka dan sentiasa mengamalkan demokrasi yang telus, lagipun memang setiap dua tahun parti adakan pemilihan. Setiap jawatan hanya untuk kita bergilir-gilir memangku tugas dan memikul amanah daripada Allah, bukan untuk direbut," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud yang pertama kali bertanding di peringkat Pusat bagi jawatan Timbalan Ketua sayap itu menentang Exco DMPP, Wan Hasrina Wan Hassan, menganggap pemilihan adalah perkara biasa dan ia merupakan permintaan perwakilan.

Muktamar PAS ke-57 : 7 Isu Besar Perlu DiRungkai PAS

Artikel ini diambil daripada slot Rencana Utusan Malaysia
Ditulis oleh Saudara Zulkifli Noordin

Tazkirah untuk muktamirin
SALAM semua.

Teman mengambil kesempatan mengucapkan selamat dan ahlan wasahlan kepada 1,150 para perwakilan ke Muktamar Agung Pas Ke-57.

Kebetulan muktamar bermula pada 1 Rejab, bulan yang penuh dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam, termasuk peristiwa Isro’ wal Mi‘raj yang berlaku pada 27 Rejab tahun ke-13 Kenabian. Satu peristiwa yang dirakam di dalam Surah Al-Isro’: 1. Begitu juga peristiwa pembukaan dan pembebasan semula Masjidil Aqsa oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi pada hari Jumaat 27 Rejab 583H.

Teman berdoa kepada Allah SWT moga Muktamar Rejab 1432 ini membawa peristiwa besar kepada Pas dalam mengorak langkah memartabatkan Islam dalam negara bertuah ini.

Pas kini berada di persimpangan jalan. Sama ada memilih untuk menjadi sebuah parti politik biasa sebagaimana parti politik yang bersepah di dunia ini, yang mempertuhankan demokrasi demi sedikit kuasa, yang punya akidah matlamat menghalalkan cara; atau Pas boleh terus memilih untuk menjadi sebuah hierarki Islamiyah, yang berpaksikan kepada al-Quran dan sunnah, yang bertunjang kepada usrah dan tarbiyah; yang politik menjadi alat, Islam sebagai matlamat; yang mempertuhankan Allah Yang Satu; yang yakin dan percaya segala ketentuan adalah daripada Allah; yang punya akidah bahawa tidak ada sebarang kekuatan dan daya melainkan dengan bantuan Allah; yang yakin Islam boleh berdiri sendiri tanpa perlu bersekongkolan apatah lagi dengan kafir harbi!

Sempena muktamar besar ini, teman mengajak para muktamirin merenung sejenak dan menjawab tujuh (7) isu besar yang teman perturunkan di sini. Teman percaya tujuh isu ini perlu didebat dan dibahaskan, supaya Pas tidak terus dikalkatukan oleh silauan Putrajaya yang diobori golongan Al Kazeeb yang paling buruk akhlaknya dalam sirah politik dunia, sebaliknya semoga Pas terus dibimbing dan dihidayahkan dengan hudallilmuttaqeen:

1. PERJANJIAN PERSEFAHAMAN YANG MEMBUNUH PERJUANGAN ISLAM

ADAKAH para muktamirin sedar bahawa Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang yang ditandatangani pada 18.12.2009 di Shah Alam telah dan akan membawa kesan dan implikasi serius kepada Pas, iaitu antara lain bahawa agenda penubuhan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar pakatan pembangkang jika memenangi pilihan raya dan memerintah.

Jangan termakan pembohongan yang menyatakan bahawa perjanjian itu hanya untuk merumus persetujuan bersama kesemua parti, tetapi masing-masing dibenarkan terus dengan agenda perjuangan masing-masing, DAP dengan Malaysian-Malaysianya, Pas dengan Negara Islamnya, dan PKR dengan cita-cita nak menabal pemimpin anugerah Tuhannya sebagai Perdana Menteri.

Itu semua putar belit sahaja untuk menutup isu. Yang jelas dan muktamadnya Anwar, Karpal Singh & Lim Kit Siang (dengan kerjasama segelintir pengkhianat didalam dan luar Pas) telah menyatakan bahawa agenda penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar pakatan pembangkang jika memerintah.

Persoalannya, adakah para muktamirin sedar perjanjian ini sebenarnya menjadikan dasar asas perjuangan Pas untuk mendirikan sebuah Negara Islam dan melaksanakan syariat dibakulsampahkan? Adakah para muktamirin bersedia melakukan pengkhianatan terhadap perjuangan tersebut?

Tidak ingatkah perjuangan dan pengorbanan pejuang seperti Ustaz Ibrahim Libya, Ustaz Zulkifli Mohamad dan ramai lagi yang membayar dengan nyawa semata-mata untuk berjuang menegakkan sebuah Daulah Islamiyah? Tidak sedarkah para muktamirin bahawa mereka sedang berdiri menikmati sedikit “kejayaan” di atas darah para pejuang dan syuhada ini!

Jawapannya mudah, jika Pas mahu kembali kepada perjuangan asal, para muktamirin harus bangkit dan menegaskan bahawa Pas perlu dan wajib mufaraqah daripada ‘Pakatan Syaitan’ ini, dan berjuang bersendirian di atas kalimah Laa ila haillallah. Itulah yang dibuat oleh Rasulullah, dan itulah resepi kejayaan Sultan Salahuddin.

2. HAK KERAJAAN PAS MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM AKAN DINAFIKAN

ADAKAH para muktamirin sedar bahawa jika pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri termasuk di bawah kepimpinan Pas tidak akan dibenarkan untuk melaksanakan undang-undang Islam, termasuk mengharamkan arak, judi dan lain-lain. Inilah kesan secara langsung perjanjian persefahaman pakatan pembangkang yang telah ditandatangani, yang sentiasa diungkit dan dijadikan senjata menentang Pas dalam apa juga isu yang melibatkan pelaksanaan dan penguatkuasaan syariat Islam.

Jangan lupa apa yang terjadi di Selangor, sehingga kepimpinan cauvinis, ekstremis dan rasis DAP dengan ‘biaDAP’ mendesak supaya Pesuruhjaya Pas Selangor dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang daripada jawatan Exco Hal Ehwal Islam semata-mata kerana beliau mahu melaksanakan apa yang beliau faham aspirasi perjuangan Pas yang asal.

Jangan lupa usaha Kerajaan Tok Guru hendak mengharamkan judi di Kelantan dikritik hebat oleh manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah Tuhan dan menerima kutukan daripada Karpal Singh dan kekawan DAPnya. Sehingga Anwar menegur Tok Guru supaya merujuk kepada kepimpinan PKR dan DAP dahulu sebelum buat sebarang keputusan mengenai perlaksanaan undang-undang mengharamkan judi tersebut.

Adakah para muktamirin sedar itu adalah petunjuk Allah akan jenis pemerintahan yang akan berlaku jika pakatan pembangkang menjadi Kerajaan Persekutuan.

3. PAS LANGSUNG TIDAK DIHORMATI

ADAKAH para muktamirin sedar Pas langsung tidak dihormati oleh Anwar dan kekawan DAPnya. Jangan lupa apa yang terjadi di Kedah, apabila seorang ADUN DAP di Kedah (walaupun hanya seorang) dengan begitu biadap mengugut kepimpinan Kerajaan Pas Kedah supaya membatalkan perobohan pusat penyembelihan babi dan akhirnya membawa DAP Negeri Kedah keluar pakatan pembangkang.

Jangan lupa apa yang berlaku di Pulau Pinang bila mana Kerajaan DAP langsung tidak menghormati satu-satunya ADUN Pas YB Ustaz Salleh Man (dahulu YB Almarhum Ustaz Hamdan) dengan tidak memberi sebarang kedudukan pun kepada Pas, termasuk portfolio Exco Hal Ehwal Islam, Pengerusi Majlis Agama pun tak diberi.

Jangan lupa penghinaan yang dibuat oleh Ketua Staf Lim Guan Eng yang melabel saudara Razali, seorang ahli Jemaah Islah Malaysia sebagai ekstremis dan teroris!

Jangan lupa pengumuman sembrono Anwar mahu melantik Baru Bian, seorang Kristian sebagai Ketua Menteri Sarawak tanpa langsung merujuk kepada Pas.

Lihat bagaimana DAP Sarawak langsung tidak memaklumkan, jangankan berbincang dan merujuk, kepada kepimpinan Pas apabila melantik Kabinet bayangan di Sarawak? Tidakkah ini menyedarkan para muktamirin bahawa pakatan pembangkang memang langsung tidak menghormati Pas!

4. ANWAR ‘PENGANUT’ FAHAMAN PLURALISME?

PARA muktamirin wajib mendapatkan pengesahan dan pengakuan terbuka daripada Anwar, manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah Tuhan bahawa dia menolak fahaman pluralisme. Buktinya, dalam ucapan di London School of Economics pada 18.03.2010 (sila rujuk http://anwaribrahimblog.com/2010/03/22/public-lecture-by-anwar-ibrahim-at-the-london-school-of-economics-march-18-2010/), Anwar berkata, “saya percaya bahawa saya bukan keseorangan dalam membuat kenyataan bahawa untuk pluralisme agama berkembang subur dalam dunia yang terbahagi-bahagi sifatnya ini, maka adalah perkara yang tidak boleh diterima dari segi moral untuk seseorang itu berkata kepada orang lain yang mempunyai kepercayaan lain daripadanya, “kami beriman dengan Tuhan kami dan kami percaya kami benar, kamu percaya kepada tuhan kamu, tetapi kepercayaan kamu tidak betul”.

“Kitab agama Sikh Guru Granth Sahab memberitahu bahawa orang yang mampu melihat semua jalan kerohanian membawa kepada Yang Satu akan menjadi bebas merdeka, tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan jatuh terbakar ke dalam api neraka. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dalam nikmat kebenaran”.

Kenyataan ini bercanggah sama sekali dengan Surah Al-Kaafirun, dan firman Allah bahawa “sesungguhnya Aku yang mengutus Muhammad dengan agama Islam yang benar dan haq, dimenangkan di atas agama lain, walaupun tidak disukai oleh musyrikin (dan kaafirun)".

Sebaliknya kenyataan Anwar di atas jelas membawa implikasi dan kesan bahawa akidah dan fahaman umat Islam yang menegaskan agama Islam itu benar, bahawa agama lain itu salah dan batil adalah salah dan tidak benar. Malah Anwar berkata orang berfahaman saperti itu akan dibakar oleh api neraka! Na‘uzubillah min zalik.

Persoalan besar yang perlu dibahas dan dikupas oleh para muktamirin, adakah Pas bersedia bersekongkol dan menjadikan penganut fahaman pluralisme seperti ini sebagai pemimpin dan Perdana Menteri? Oleh itu sangat penting, malahan menjadi sesuatu yang wajib bagi para muktamirin untuk mendapatkan pengesahan terbuka Anwar mengenai fahaman pluralisme yang dianutinya.

Jika ia benar, maka wajiblah para muktamirin mengusulkan supaya Pas bermufaraqah daripada pemimpin saperti ini; yang bukan sahaja bergelumang dengan permasalahan akhlak, malah akidahnya mungkin boleh dipersoalkan. Kerana kata para ulama, penganut fahaman pluralisme ini jika tidak bertaubat adalah sesat dan murtad!

5. KARPAL SINGH: LANGKAH MAYAT DULU

PARA muktamirin perlu mendapatkan pengesahan dan komitmen terbuka Karpal Singh bahawa dia sudah membuang prinsip “langkah mayat saya dulu” jika Pas mahu menubuhkan sebuah Negara Islam, bahawa beliau tidak menentang perjuangan Pas hendak mendirikan sebuah Negara Islam dan melaksanakan syariat Islam jika Pakatan pembangkang menjadi Kerajaan Persekutuan.

Janganlah para muktamirin lupa perisytiharan terbuka Karpal Singh bahawa “langkah mayat saya dulu” kalau Pas berangan-angan nak menubuhkan daulah Islamiyah dan melaksanakan hudud, qisas & takzir. Janganlah para muktamirin terpedaya dengan kelentong menyatakan itu bukan isu besar.

Teman cukup yakin akan ada nanti kenyataan yang menyatakan Pas perlu fokus kepada memenangi pilihan raya umum dahulu, baru kita bercakap tentang negara Islam dan pelaksanaan syariat. Prinsip menang dulu beralah kemudian wajib ditolak oleh para muktamirin.

Fakta-fakta yang teman sebut di atas jelas membuktikan bahawa selepas menang pilihan raya, suara dan pendirian Pas memang langsung tidak akan dihormati. Silap-silap berbincang dengan Pas pun tidak akan dilakukan!

6. KIT SIANG TIMBALAN PERDANA MENTERI

ADAKAH para muktamirin sedar bahawa jika pakatan pembangkang memerintah, cauvinis dan ekstremis bernama Lim Kit Siang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kalau tak percaya, cuba minta manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah Tuhan itu supaya menafikan secara terbuka Kit Siang tidak akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pastikan Anwar buat penafian terbuka, kalau tidak nanti dengan Pas dia temberang lain, dengan DAP dia kelentong lain! Jangan biarkan Anwar & Kit Siang berdolak-dalik dan memutar kata pelantikan itu bukan menjadi isu kerana yang penting menang dulu, fokus kepada pilihan raya dan lain-lain. Itu semua temberang dan kelentong sahaja.

Pastikan Anwar & Kit Siang secara terbuka dan di atas pentas memberi komitmen dan pengesahan itu. Biar satu dunia dengar, sebab memang trick Anwar dia akan bisik lain pada kita, dan cakap lain pada orang lain. Jangan nanti bila dah berlaku baru tersedar kita dah kena kencing dengan Anwar & Kit Siang!

7. KARPAL ‘LOYER’ ANWAR?

JUGA para muktamirin wajib mendapatkan pengesahan terbuka dan komitmen jelas daripada Pengerusi DAP, Karpal Singh, apa rancangan dan agenda dia dalam beriya-iya membela manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah Tuhan ini? Sebab dialah orangnya di dalam Parlimen empat belas tahun lepas pada 22.10.1997 mendedahkan punya bukti dokumen Anwar meliwat kakitangannya (Azizan) dan mendesak kerajaan supaya menyiasat Anwar segera.

Karpal juga orangnya yang mendedahkan dalam satu ucapan di Federal Hotel Kuala Lumpur bahawa dia punya bukti Anwar telah meliwat Azizan. Karpal jugalah orangnya yang bertemu dengan Umi Hafilda dan Azizan dan menjadi peguam menasihati mereka.

Karpal jugalah orang yang mendesak Anwar bertaubat dan meletak jawatan apabila pembohongan 16 September 2008 terbongkar. Jadi dapatkan penjelasan secara terbuka daripada Karpal apa agenda beliau sebenarnya?

Adakah ini taktik untuk meletakkan Anwar dalam genggaman DAP, sentiasa tunduk kepada kehendak DAP, kata orang Perak “selagi dapat picit ... Anwar, selagi itu dia akan ikut rentak DAP!" Kerana Pas sebagai parti berteraskan Islam sudah tentu tidak mahu ada di antara pemimpin sekongkolan mereka terpalit dengan pertuduhan jijik seperti itu.

Teman boleh bariskan banyak lagi perkara yang wajib dan perlu dibahas dan dikupas oleh para muktamirin bagi Muktamar Agung Ke-57 ini. Ini belum lagi kita membincangkan isu videoklip yang didedahkan oleh rakan baik Anwar sendiri Datuk Shazryl Eskay. Cuma teman berharap jangan ada para muktamirin yang terpedaya dengan kompangan ini adalah isu qazaf.

Sebenarnya ini langsung tidak ada kena mengena dengan isu qazaf, sebab tiada siapa pun yang menuduh Anwar berzina. Eskay cuma menyatakan bahawa beliau punya bukti berbentuk video klip yang rakan baiknya Anwar tidak layak menjadi pemimpin.

Takkan itu termasuk dalam qazaf yop? Isu video klip ini sengaja diputarbelitkan sebagai isu qazaf sebab hendak menutup kebenaran yang sudah begitu jelas!

Dan teman cukup yakin, jika sesiapa juga yang mempunyai sedikit keimanan dan ketakwaan, bila menjawab soalan-soalan di atas, pasti akan terbuka di hati dan jiwanya bahawa tiada sebarang rumusan lain selain daripada menegaskan bahawa Pas wajib mufaraqah daripada pakatan pembangkang, dan berjuang sendiri di atas platform Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Sesiapa juga para muktamirin yang melihat dengan mata keimanan akan dapat melihat dengan jelas bahawa pakatan pembangkang yang ada ini adalah satu pakatan songsang. Dalam erti kata lain, ia satu PALUT: Pakatan Luar Tabie yang akan memusnahkan dan merosakkan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.

Ingatlah pesan seorang ulama besar bahawa Islam huwal Islam, Islam itu Islam, ia berdiri sendiri, tidak bergantung dengan sesiapa kecuali Allah ‘azzawajal.

Semoga Muktamar Agung Ke-57 ini memberi kekuatan dan keberanian untuk para muktamirin dan ahli akar umbi Pas melakukan perubahan besar, untuk melakukan hijrah akidah, untuk kembali kepada perjuangan Islam yang berteraskan al- Quran dan Sunnah.

Kalau pejuang dahulu boleh berjuang selama 50 tahun bersendirian, mengapa pula para pejuang hari ini berasa ragu dan was-was. Semoga semangat bulan Rejab memberi nafas baru kepada para muktamirin sekelian.

SOKONGLAH KEPIMPINAN ULAMA

SAY NO TO ANWARINAS

TOLAK PAKATAN LUAR TABIE

Selamat bermuktamar dan salam.

Sumber [utusanonline]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI