MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Serikandi Bahlol!!

Ni ke contoh pelacur2 kelas pertama?

Aduhai!! Ini sebenarnya kenyataan yang berbaur publisiti murahan cuba ditampilkan oleh kononnya seorang serikandi wanita Malaysia, namun akhirnya bakal ditempelak sehingga ke tahap telapak kaki si empunya badan. Secara logiknya, bila hendak berkata2 tu biarlah orang kata bermadah berhelah. Bukannya hentam keromo macam tak ada kepala otak. Kalau sampai nak letak diri wanita sebagai pelacur kelas pertama semata2 nak melayan suami, aku rasa itu tak sepatutnya dikeluarkan daripada mulut seorang yang meletak dirinya sebagai konsultan.

Agak2 lah bila nak beri nasihat dan contoh. Kalau hendak dijadikan tauladan bukankah lebih baik diambil pegangan dan sunnah Rasulullah s.a.w tatkala baginda mendidik isteri2nya. Terlalu banyak contoh dan tauladan yang boleh diambil sebagai kayu pengukur untuk menjadi isteri yang sentiasa taat kepada suaminya. Kalau nak dijadikan contoh mereka yang berkelakuan sumbang dan negatif, ia adalah tidak wajar dan hanya akan menjatuhkan martabat wanita tersebut. Aku tak tahu pulak kalau konsultan ini melayan suaminya sehingga tahap pelacur kelas atasan....mesti terbaik dari ladang Cik Kiah.

KOTA BHARU: Layanan isteri yang baik terhadap suami tidak wajar disamakan sebagai layanan pelacur kelas pertama, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, perbuatan menyamakan tugas seorang isteri melayani suaminya sebagai pelacur juga tidak berpandukan kepada peranan dan tanggungjawab sebenar isteri terhadap suami di sisi Islam.

"Jadi, sesiapa yang menyamakan tugas isteri melayan suami sebagai pelacur kelas pertama tidak wajar dan berilmu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohamad Shukri mengulas kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed, baru-baru ini, yang menyarankan golongan isteri patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama".

Kenyataan itu dikecam banyak pihak termasuk Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang yang menyifatkannya sebagai kenyataan "biadap dan celupar".

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, layanan pelacur terhadap pelanggan adalah berdasarkan wang semata-mata, sedangkan tangungjawab isteri dari kaca mata Islam amat luas.

"Perkahwinan suami isteri memenuhi kehendak biologi dan yang paling besar bersandarkan rohani dan psikologi. Jadi, adalah tidak kena menyamakan seorang isteri sebagai pelacur kelas pertama.
"Ini juga boleh menghina golongan wanita dan lelaki yang menjadi pasangan suami isteri yang sah di sisi agama Islam dan ia dilihat tidak berakhlak," katanya.

Sebaiknya, kalau beliau, suami yang gagal mendapat kepuasan daripada layanan isterinya harus mendidik isteri mereka dengan cara baik mengikut Islam.

Ia kerana, kata beliau, pemimpin keluarga yang baik akan berupaya membentuk isteri yang taat kepadanya. - BERNAMA

Sumber [beritaharian]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: