MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Showing posts with label #politik. Show all posts

#MyMenteriAgama : Kabinet2020

Aku mendoakan semoga Menteri Hal Ehwal Agama yang baru dilantik (SS Senator Datuk Seri Dr Zulkifli) dalam Kabinet Malaysia 2020 terus istiqomah dan berpegang pada prinsip non-partisan. Terus juga berjaya menggerakkan ukhwah Muslim dan Muslimah serta tidak dilupakan juga rakyat Malaysia secara umumnya demi perpaduan dan kemakmuran negara Tanah Airku beroleh keberkatan dunia dan akhirat.

Image result for profil datuk seri dr zulkifli 

Zulkifli Mohamad Al-Bakri is a Malaysian senator as well as the Minister in the Prime Minister's Department (Religious affairs) and was the Mufti of the Federal Territories (Malaysia) from 23 June 2014 to 9 March 2020.[1] He is also the founder of Federal Territories (Malaysia) Islamic Religious Council’s Pondok Moden Al-'Abaqirah, a religious educational institute.[2]

Ketahui Lebih Lanjut Profil : [mymenteriagama]

kayrozz
12/3/2020

Ucapan TSMY : Aspirasi Untuk Rakyat!!

Image result for ucapan tsmy kabinet

<<<<KLIK SINI UNTUK IKUTI UCAPAN TSMY>>>>

Sementara itu, Tabung CORVID19 telah dilancarkan seusai tamat sesi sidang akhbar oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin. Tabung ini dibuat bagi mengurangkan beban golongan yang bakal terjejas akibat penularan wabak CORVID19 yang kini telah dikategorikan sebagai pandemik oleh WHO (World Health Organisation) @ Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Image result for UCAPAN TAN SRI MUHYIDDIN TERKINI

kayrozz
12/3/2020

Senarai Menteri Kabinet 2020 : Wawasan TSMY!!!

SENARAI MENTERI KABINET 2020
KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL
9HB MAC 2020

Setelah tumbangnya Pakatan Harapan dan muncul dalam senyap Perikatan Nasional, maka terbentuklah kabinet menteri yg baru diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Hj Mohamad Yassin pd tarikh 9 Mac 2020.

Secara konklusifnya, kewujudan Perikatan Nasional sememangnya dinantikan dengan penuh debaran oleh sekalian rakyat jelata. Tumbangnya Pakatan Harapan memang tepat pada masa dan ketika ketidak tentuan hala tuju polemik politik yg dicetus oleh Atok95. Cebisan blog aku sebelum ini ada merungkai sedikit mengenai polemik politik caca marba oleh Pakatan Harapan. Pada awalnya seperti dilihat pembubaran parlimen adalah jalan penyelesaian yg paling efektif. Namun atas kebijaksanaan dan keprihatinan SPB YDP Al-Sultan Abdullah, baginda telah berjaya mengatasi kemelut politik tersebut dengan begitu berhemah dan menggunakan kuasa mengikut segala peruntukan perlembagaan sedia ada yg telah ditetapkan.

Image result for al sultan abdullah

Tiada kuasa luar selain Kuasa ALLAH swt yg telah mendorong baginda memberikan jalan penyelesaian tersebut demi melihat sekalian rakyat terus mendapat perhatian sewajarnya. Sekaligus, ia telah berjaya menghentikan polemik kuasa politik yang tertunda hampir 7 hari selain keberantakan tingkat sosio-ekonomi dan perpaduan rakyat yg turut terjejas di sepanjang detik hitam tersebut.

Meski wujud anasir luar negara yg telah cuba mengambil peluang untuk memercikkan api permusuhan dan seteru supaya terus berpanjangan seperti dipetik THE GUARDIAN  yg telah melabel "Royal Coup" semasa peralihan kuasa politik tersebut, namun pihak Istana telah sekali lagi memainkan peranan yg penting bagi mematahkan segala serangan psikologi dan anasir jahat tersebut.

Rakyat wajib hadam dan tahu bahawa keamanan dan kemakmuran bukan hanya diperlukan sewaktu negara dilimpahi kemewahan dan kesenangan (wang berbilion & rezeki melimpah ruah), namun di saat negara di ambang kejatuhan akibat nafsu serakah kuasa serta polemik dan juga masalah corvid-19 yg kini telah memasuki gelombang Ke-2, semua rakyat sepatutnya bersatu tidak kira apa jua fahaman politik demi membina semula negara. Apa jua perpecahan di saat dan waktu ini akan membawa kepada kemudaratan yg lebih teruk dan boleh membawa ketidak stabilan untuk jangka waktu yg lebih lama.

Berpandulah kepada antara asas-asas Prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja & Negara dan bersikap toleransi serta berlapang dada dalam apa jua tindakan dan kata-kata. Negara boleh hilang sekelip mata saja jika kita terus berbalah, dan tiada jalan kesepakatan dicari bagi terus merai dan membina semula negara untuk generasi masa hadapan.

Image result for rukun negara in english

kayrozz
10/3/20

Melayu Tertipu Lagi? : Ulasan Tun!

YBHG TUN ABDUL HAMID MOHAMAD

PADA 28 Februari 2020, lebih kurang jam 11 pagi, saya menyiapkan rencana saya bertajuk “Melayu Tertipu Lagi” dengan membuat beberapa kesimpulan, antaranya:
Orang yang menggagalkan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad.
KLIK SUMBER : [Baca Lagi..]
Tun Abdul Hamid Mohamad adalah bekas Ketua Hakim Negara dan pemerhati politik.
kayrozz
2/3/2020

Rapatkan Saf : Pemimpin Wajib Perjuangkan Rakyat!!

Allahyarham Dato’ Haji Ahmad Boestamam, sasterawan dan pejuang kemerdekaan tanah air yang banyak menghabiskan hidupnya untuk bidang-bidang tersebut hingga meninggalkan nama yang harum di kalangan di kalangan rakyat negara ini.

Pada tahun 1946, seorang pemuda Melayu telah mengarang sebuah buku kecil yang mendidihkan darah penjajah. Antara seruan buku itu ialah untuk "menyatukan pemuda (Melayu) yang insaf dalam satu barisan", "memperkukuh perpaduan pemuda-pemuda Melayu seluruhnya", dan mengajak "perpaduan bangsa Melayu". Begitu mengugat sekali buku yang tidak sampai 30 muka surat itu sehinggalah kerajaan penjajah bukan sahaja mengharamkannya malah pemuda Melayu tersebut turut ditangkap dan dipenjarakan.

Klik Sumber Bacaan : [Baca Lagi..]

Satu lagi detik penting terlakar dalam arena politik negara. Dua parti yang mendakwa menjuarai ‘label’ masing-masing iaitu Melayu dan Islam akan memeterai ikatan kerjasama, kali ini atas nama ‘Penyatuan Ummah’.

Klik Sumber Bacaan : [Baca Lagi..]

Harapan kembali menggunung untuk melihat sejauh mana perkembangan selanjutnya selepas PM-8 dijangkat menjadi pemimpin bagi ummah Malaysia. Tarikh keramat 1/3/2020 pasti membuat seluruh rakyat ternanti-nanti langkah positif bakal diterajui oleh YAB  Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY).

Meski kemelut belum reda apabila Tun M & DSAI pasti juga mengorak langkah untuk menjatuhkan teraju baru oleh TSMY (demi suaka politik terakhir). Ia berikutan desakan untuk mempercepatkan panggilan bagi sidang Dewan Rakyat bagi mengusulkan UNDI TIDAK PERCAYA yang dijangka mungkin boleh berlaku pada 9/3/2020 (Ikut Tarikh Kalendar) atau pun TSMY bijak membeli sedikit masa lagi bagi membolehkan beliau menganalisa strategi terbaik sebelum memukul gendang seterusnya.

YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHAMAD YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8

Kita sewajarnya memberikan TSMY ruang untuk menjalankan tanggungjawab dan perancangannya demi memberikan yang terbaik buat rakyat secara umumnya. Segala kepentingan politik perlu dihentikan serta merta dan mendahului rakyat bagi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan. Secara amnya, rakyat telah memberikan ruang cukup banyak bagi sekalian poltikus sejak 22/2/2020 akibat daripada perpecahan dan kemelut.

Di atas kebijaksanaan SPB YDPA Al-Sultan Abdullah, pelantikan TSMY merupakan wadah terkini sebagai pucuk pimpinan yang mungkin boleh membawa seluruh rakyat Malaysia keluar dari kepompong kemelut politik ((Malaysia Political Turmoil -2020)). Rakyat telah menunjukkan betapa mereka telah matang dan bersikap toleransi sesama kita demi melihat Tanah Tumpah Darah ku terus dilimpahi perpaduan dan kemakmuran. Usah dibiarkan kita terjerat dengan tipu muslihat sekelumit penentang yang cuba memporak perandakan sesama kita.

Berfikirlah secara positif dan berlapang dada serta terus istiqamah untuk seluruh pemimpin tidak kira haluan kanan atau kiri. Tetapkan keimanan dan kuatkan iltizam dalam diri masing-masing bagi terus memberikan yang terbaik buat rakyat. Jangan sesekali diulangi segala kesilapan lampau yang telah membawa perpecahan mudarat sekaligus mengancam perpaduan yang telah dikecapi selama ini.

Rapatkan saf, kukuhkan perpaduan, muhasabah diri dan istiqamah...

Semoga ada sinar terus menunggu di penghujungnya.. 

TAKBIRR!!!!
ALLAHU AKBAR!!!

kayrozz
2/3/2020

ATOK95 : Final Chapter

YAB TUN MAHATHIR MOHAMAD
(PM ke-4 & ke-7)

Siapa kita Rakyat untuk tolak Tun M sampai ke dinding? Begitu banyak jasanya pada Malaysia dan begitu besar pengorbanannya buat seluruh rakyat sepanjang pimpinannya sebagai Perdana Menteri. Lebih 22 Tahun bersama BN dan 21 Bulan bersama² PH. Kalau nak hitung pencapaian yg beliau dah buat, sungguh tak terhitung dan jauh melangkaui pemimpin sedia ada dan terdahulu. Tak kira lah yg +ve dan -ve.

Aku just nak kata lah..ATOK tetap ATOK95.
Dia memang terakui amat bijak dalam manipulasi dan lebih² lagi bab² dan hal² politik dalam dan luar negara. ATOK95 sememangnya tak perlu dipandang rendah dengan kebijaksanaannya.

Namun kita sedang hadapi kemelut politik yang pastinya masih belum reda meskipun PM ke-8 telah diperkenankan oleh SPB YDPA. Dalam waktu yg sama, aku memang 'angin' juga dengan statement² Tun M yg terkini berkenaan SD 114 dan juga ibarat tidak endahkan titah DULI TUANKU AGONG.

Aku cuma nak cuba buat andaian sendiri yg kemelut politik mutakhir ini adalah 'GAME PLAN' ATOK95 sendiri sejak dari penubuhan PPBM. Tujuan utama memang nak sontotkan Nuar Berahim (Bakal PM-9) dan yg paling amazing utk melihat Melayu & Bumiputera bersatu sebelum ATOK95 tutup buku. Tapi yg paling luar jangkauan aku adalah bila mana ATOK95 bijak mengajak seluruh RAKYAT mengenal dan belajar apa itu SISTEM RAJA BERPELEMBAGAAN dan betapa efisyen dan mutlaknya KUASA AGONG dengan izin Allah SWT. Hebat² ATOK95..

TAHNIAH!!
YAB TAN SRI MAHAYUDDIN BIN HAJI MOHAMAD YASSIN (MUHYIDDIN)
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8
1HB MAC 2020

TERIMA SURAT PERLANTIKAN & ANGKAT SUMPAH

Nanti sambung subjek UNDI PERCAYA di Dewan Rakyat. Target : 9/3/20 (Jika tiada penangguhan oleh PM-8)

kayrozz
1/3/20

Mandat Rakyat Dilacurkan : Perlu Apa Lagi Tambahan Masa??

Ulasan Naratif :

Tempoh 21 bulan sudah mencukupi untuk kita mengenali karakter pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Rakyat telah redho dan rasional bila kuasa dan mandat diserahkan kepada PH seusai PRU14 meski masih bersangsi. Tiada penyaksian gerombolan protes dan rusuhan terlihat bagi menyambut kemenangan PH. Malahan majoriti rakyat terus menyambut PH dengan penuh semangat dan jiwa membara bagi melihat Malaysia bakal keluar dari kepompong penjajahan 'kleptokrasi' oleh Barisan Nasional (BN) hasil dendangan pimpinan PH selama ini.

Mengenali PH, Manifesto bukan Kitab Suci yang dijanjikan oleh PH sering diputar-belitkan dengan pelbagai sogokan alasan. Hasilnya janji² telah dipalsu dan dicapatikan. Kalau pun ada yang tertunai umpama melepaskan batuk di tangga atau pemberian tanpa keikhlasan. ((Ada udang di sebalik batu)) dan di pengakhirannya rakyat juga yg mendapat bala bukannya laba.

Kita boleh lihat secara umum struktur Politik, Ekonomi dan Sosial telah merudum selepas pemerintahan 21 Bulan ini. Pembuat dasar dan keputusan pimpinan PH tidak mengotakan apa yang telah dijanjikan dan dikatakan sebelum menang PRU14. ((Walk The Talk)).

Rumusan yang boleh diberi kini adalah majoriti rakyat tidak berpuas hati, lebih² lagi suara rakyat dipinggirkan dan diketepikan. Malahan terlalu banyak isu sentimen dialunkan bagi menambah derita dan seksa rakyat. Hasilnya diterjemahkan ke dalam PRK dan keputusan 5 PRK yang lalu sememangnya tidak memihak kepada kerajaan PH. Secara konklusif rakyat sudah menolak PH di atas kerosakan yang dibuat sepanjang 21 Bulan memerintah.

Terkini, kemelut politik yang semakin meruncing telah mengheret lagi rakyat ke persada ancaman kemakmuran antara kaum dan keselamatan negara. Apa yang terkesan juga adalah Ekonomi yang tidak menampakkan sinar cahaya selama ini terus dihimpit sengsara apabila Bursa BSKL menjunam jatuh lebih 40 mata dalam masa sehari hingga akibatkan kerugian pasaran RM40 Bilion. ((BSKL Dark Day)).

PH wajib bertanggungjawab atas kerosakan yang telah dibuat. ((Damaged has been Done)). Usah menuding jari kepada sesiapa jika pakatan sudah roboh. Namun, jika mandat telah diberi tetapi dilacurkan atas keghairahan dan ketamakan kuasa hingga perbalahan sesama pimpinan PH, apa perlunya lagi tambahan masa diberi oleh rakyat kepada mereka?

Kembalikan kuasa kepada rakyat!!
Biar rakyat yang menentukan!!
Siapa yang akan memimpin untuk masa hadapan Tanah Tumpahnya Darah Ku!!

Cukup 21 Bulan PH Perintah!!
Jangan diberikan walau sesaat untuk tambahan masa..

"BUBAR PARLIMEN!!!"

kayrozz
27/2/20

Janji ATOK95 : Telah DiCapati!!

MAHATHIR AKHIRNYA SAHKAN BELIAU MEMANG ADA HASRAT MUNGKIRI JANJI PERALIHAN KUASA

Dalam perutusan yang disampaikan Tun Mahathir Mohamad petang tadi, selain menunjukkan beliau mahu kembali semula menjadi Perdana Menteri, terdapat juga intipati yang membuktikan dirinya memang ingin memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Dalam perenggan 8 dan 9 ucapan perutusannya sebagaimana disertakan dibawah, jika diteliti, jelas membuktikan hakikat tersebut.

8. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.

9. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.

Perenggan 8 dengan nyata mengesahkan Tun Mahathir mahu meletakkan jawatan dan kemudian menyerahkan kepada Parlimen menentukan siapa yang akan menggantikannya.

Seterusnya, beliau menyebut, jika dirinya masih disokong, dia akan kembali menjadi Perdana Menteri semula.

Wahai Tun Mahathir yang sudah menuju usia 95 tahun, begitukah sepatutnya perjanjian peralihan kuasa yang dipersetujuinya bersama PH?

Mengapa selepas meletakkan jawatan, jika masih disokong oleh Parlimen, masih mahu kembali lagi sebagai Perdana Menteri?
Tidakkah, apabila sudah meletakkan jawatan, ia bermakna beliau harus meletakkan jawatan secara muktamad dan tiada perlu untuk kembali lagi?

Apakah Tun Mahathir sudah lupa konsensus yang ditandatanganinya dan berulangkalinya beliau menyebut akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh dua tahun selepas memegangnya?

Jika sudah ada perjanjian dan diri sendirinya berjanji yang sama, untuk apa lagi diserahkan oleh Parlimen untuk membuat penentuan bakal penggantinya, sambil sedia pula untuk dipilih semula?
Tidakkah PH sebagai sebuah kerajaan sudah memiliki majoriti sejak Mei 2018 lagi?

Perutusan Tun Mahathir petang tadi dengan sendirinya mengesahkan tembelangnya untuk terus berkuasa melalui kuasa Parlimen dan melalui sokongan UMNO dan Pas yang memang beliau mempunyai hubungan lain di belakang tabir dengan kedua-dua parti itu.
Selain itu, Tun Mahathir juga memecah-belahkan PKR dengan menjadikan mereka yang pro Azmin Ali sentiasa memihak kepadanya dan menolak Anwar.

Maka, jika setelah Tun Mahathir meletakkan jawatan dan menawarkan untuk dipilih semula, sudah tentulah beliau dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sedia ada, dengan mudah memperolehi sokongan majoriti berbanding Anwar.

Perenggan 9 pula mengesahkan sokongan kedua-dua pihak – kerajaan dan pembangkang – yang dimilikinya menyebabkan beliau belum sedia meletakkan jawatan, mampu memungkiri janji peralihan kuasa dan seterusnya dapat memegang jawatan Perdana Menteri sehingga mati.

Dengan kata lain, ayat dalam perenggan 5 perutusan beliau yang berbunyi – Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa – adalah benar belaka.

Tun Mahathir memang merancang untuk meletakkan jawatan, tetapi juga merancang untuk kembali dan dipilih semula melalui suara Ahli-Ahli Parlimen kedua-dua belah pihak – kerajaan dan pembangkang – walhal perlantikannya sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei 2018 adalah atas mandat PH saja.

Bukan gila kuasa ke tu?

Begitu pun, Tun Mahathir mengakui beliau meletakkan jawatan akhirnya pada Isnin lalu kerana banyak sebab, antaranya kerana tidak sedia bekerjasama dengan UMNO dalam sebuah kerajaan campuran parti-parti pembangkang yang gagal dijadikan kenyataan melalui gerakan Langkah Sheraton yang diusahakan oleh Azmin serta di saat-saat akhir disokong kuat oleh Muhyiddin Yassin.

Tetapi, dalam hal ini, Tun Mahathir hanya enggan bekerjasama dengan UMNO dalam kerajaan campuran saja, namun tidak pula menolak sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang mahu mengekalkannya lagi sebagai Perdana Menteri jika berlaku pengundian antaranya dengan Anwar.
Kenapa tidak mahu bekerjasama dengan UMNO, tetapi mahu pula menerima sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen UMNO?

Siapa yang kaki rasuah yang konon sangat dibencinya itu – UMNO atau Ahli Parlimen UMNO?

Setelah meletakkan jawatan secara mengejut dan kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri interim, Tun Mahathir bagaimanapun sebenarnya terus merancang untuk kembali lagi sebagai Perdana Menteri.

Perenggan 16 perutusannya – Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan dan perenggan 17 – Jika diizin inilah yang akan saya cuba – adalah bukti tanpa hijab tentang gila kuasa dan ingin terusnya beliau berkuasa di negara ini.
Setelah bukan lagi menjadi Pengerusi Bersatu, ideanya mahu melakukan pemerintahan tanpa parti pula?

Kalau tanpa parti, bukankah dirinya nanti akan menjadi paling berkuasa sekali selama mana yang dikehendakinya?
Cukup-cukuplah tu Tun….

Kredit Sumber : ShahbudinHusin 26/02/2020)

Akhir Kalam :
Bila Politikus berjanji Manifesto pun akhirnya boleh jadi BUKAN KITAB SUCI. Bila-bila boleh U-Turn bhaii..

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI
Showing posts with label #politik. Show all posts
Showing posts with label #politik. Show all posts

PANAS!!!! : Wawancara Eksklusif Bersama Tun M (LIVE!!!)

Image result for tun mahathir

Saksikan wawancara eksklusif SINAR LIVE bersama Mantan Perdana Menteri ke-4 & ke-7 Malaysia, YAB Tun Mahathir Bin Mohamad. 

Kredit : [SINAR LIVE]

kayrozz
13/2/2020