MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Showing posts with label MU News. Show all posts

Manchester United : Glory 2011/12

MU TOUR DI UNITED STATES

Tahun ni, Manchester United akan buat road tour ke US bagi perlawanan persahabatan dan pemanas badan menjelang tibanya EPL Musim baru 2011/12 yang dijadualkan bermula di pertengahan Ogos 2011. Sementara itu, 3 muka baru di EPL nanti ialah pasukan WBA, Wigan Athletic dan Wolves. Saingan akan pasti sengit di antara beberapa pasukan handalan seperti Chelsea, Aresenal dan Liverpool. Pasukan tetangga Man City juga bakal menyerlah selepas memenangi Piala FA bagi saingan 2010/11 yang lalu. Apapun, MU bakal mengejar kejuaraan Liga EPL buat kali ke-20 dan seterusnya mengekalkan prestasi baik untuk Champions League dan lain2 Piala yang dipertandingkan.

Sekilas Pandang bagi Juara-Juara Musim 2010/11 :

FA Cup winners - Manchester City [Final - Manchester City 1-0 Stoke City]
League Cup winners - Birmingham City [Final - Birmingham City 2-1 Arsenal]
Champions League winners - Barcelona [Final - Barcelona 3 - 1 Manchester United]
Europa League winners - Porto [Final - Porto 1-0 Braga]

MANAGERIAL CHANGES

Aston Villa - Martin O'Neill out, Gerard Houllier in
Blackburn Rovers - Sam Allardyce out, Steve Kean in
Chelsea - Carlo Ancelotti out,
Liverpool - Roy Hodgson out, Kenny Dalglish In
Newcastle United - Chris Hughton out, Alan Pardew in
West Bromwich Albion - Roberto Di Matteo out, Roy Hodgson in
West Ham United - Avram Grant in, Avram Grant out

MANCHESTER UNITED FIXTURES MUSIM 2011/12

GLORY GLORY MANCHESTER UNITED!!!!!

2nd Half : Barcelona 3 -1 Manchester United

Final Result : Barca 3 - 1 MU

Kasta permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Barcelona memang cukup tinggi dan meyakinkan di separuh masa kedua. Lionel 'Wonder Boy' Messi sekali lagi menjadi pemusnah apabila menggunakan magisnya dengan rembatan mengelirukan pertahanan MU dan Van Der Sar di minit ke-54 ke penjuru kiri gol MU. Selepas itu, keadaan masih tidak berubah dengan permainan dikuasai oleh Barca. Chicharito langsung gagal berfungsi hari ini, begitu juga dengan barisan midfield MU yang diketuai Michael Carrick. Kemasukan Nani juga gagal untuk memberikan impak kepada barisan pertahanan Barca dengan Valdes langsung tidak diuji di separuh masa kedua.

Barca menamatkan terus misi MU untuk memburu kejuaraan Champions League buat kali ke-3 apabila David Villa menyumbat gol yang cukup cantik di minit ke-69 hasil lorongan Messi. Barisan Barca kali ini cukup sempurna dengan susunan dan gaya permainan 'short-pass' yang menghiburkan. Itulah corak permainan pasukan Barca yang belum ada tandingan sehingga kini. Namun begitu, MU patut menyalahkan diri sendiri yang gagal berfungsi di separuh masa kedua dan melakukan banyak kesilapan serta gagal mengawal bola dengan baik.

Photo: Miguel Ruiz-FCB

Syabas Barcelona!!!!!! Manchester United boleh cuba lagi di tahun hadapan.

Manchester United's manager Alex Ferguson reacts on the pictch during their Champions League final soccer match against Barcelona at Wembley Stadium i
Hard Luck Bossss!!!!

Manchester United's Rooney leaves the pitch as Barcelona's players celebrating after their Champions League final soccer match in London
Glory! Glory! Glory! Manchester United!!!!!!

Sang Pemusnah Yang Cukup Kebal!!!!! Lionel Messi

Barcelona's Messi celebrates a second goal against Manchester United during their Champions League final soccer match in London
Man Of The Match
Finale Champions League 2011

Photo 1 - Barcelona's Argentinian Forward Lionel Messi Celebrates AFP/Getty Images
Harga Messi terus melambung tinggi di pasaran bola sepak dunia!!!!
Berapa nilai agaknya kalau Barca ingin melepaskannya?

Barcelona's Daniel Alves holds the trophy on his head after their Champions League final soccer match victory against Manchester United in London

Barcelona's players and officials celebrate after their Champions League final soccer match against Manchester United at Wembley Stadium in London
Sah Milik FC Barcelona!!! - Juara 2011 Champions League Kali Ke-4

Barcelona's Lionel Messi kisses the trophy after their Champions League final soccer match against Manchester United at Wembley Stadium in London

Barcelona's manager Guardiola and Manchester United's manager Ferguson embrace before their Champions League final match in London
The Great Tacticians!!!!!

1st Half : Barcelona 1 - 1 Manchester United

Separuh masa pertama baru aje tamat tadi, dengan kedudukan perlawanan di antara Barcelona dan Manchester United berkeputusan seri 1-1 untuk 45 minit permainan. Barcelona yang mengasak kubu MU dari awal babak permainan berjaya membolosi gawang MU hasil lorongan cantik Xavi Hernandez kepada Pedro Rodriguez yang berjaya menolak masuk menewaskan Van Der Sar. Gol pada minit ke-27 itu menggamatkan Wembley yang penuh dengan kebanjiran penyokong Red Devils.

Namun, MU tetap tidak mengalah dengan satu gerakan cukup menarik bermula dari sebelah kanan di minit ke-33. Rooney yang melorongkan bola ke kaki Ryan Giggs berjaya dikembalikan semula menerusi 'one-two set piece' dan seterusnya dirembat kencang oleh Rooney ke sebelah kanan gawang Barcelona melepasi jangkauan Valdes.

Match ni memang semak nak tengok dari kepala sampai ke kaki sebab terlalu menyesakkan dada. Apapun, permainan yang cukup menarik di antara kedua2 pasukan hebat ini. Teruskan untuk permainan di separuh masa kedua sebentar lagi.......terbaikkkkkk MU!!!! Kelepet kaki si Messi tu aje sudaaaaa....

Selepas separuh masa pertama (Rehat) Barca 1 - 1 MU
(Lintas Langsung daripada Stadium KorokMu.com)

Forever United : Red Devils Rules!!

Check this out 0200 am ESPN (812) Astro (LIVE!!!!)

Barcelona vs Manchester United
Champions League Final 2011
Wembley Stadium, England

Aku salah seorang daripada ratusan juta penyokong Manchester United seluruh dunia mengharapkan pasukan Red Devils akan berjaya menebus kekecewaan di Rome 2009 sekaligus menghampakan hasrat Barcelona di pertembungan Akhir Piala Liga Juara2 2011 pada awal pagi ini.

FOR MANCHESTER UNITED TOGETHER WE STAND!!

GLORY GLORY GLORY MANCHESTER UNITED!!!!

Sumber : [gomo]

Champions League : Statistik Menarik Untuk Dibaca

Sekilas pandang sebelum bermulanya pertembungan epik dua pasukan kelab gergasi dunia iaitu Manchester United bertemu Barcelona bagi menentukan Juara Champions League 2011 di Stadium Wembley awal pagi ini. Berikut adalah statisik grafik yang cukup menarik mengenai pertembungan Final di antara pasukan daripada Sepanyol dan England di Champions League.

Sila klik [hyperakt] untuk mendapatkan imej lebih besar :

Hail Manchester United!!!!! You Can Do It For The 4th Championship!!!!

Sumber : [goal.blog]

Awas Barca! : Sah Rooney Akan Mengamuk Di Wembley

Rooney mengamuk lepas sesi latihan pagi tadi setelah paparazi Seman Pak Tongkol telah mengedarkan gambar2 porno Rooney yang kini sedang berlambakan di pasaran terang gelap. Akibatnya, Rooney memberi amaran bahawa tahap metabolisme dan adrenalinnya kini kian bertambah dan puak BarbianLona perlu berwaspada kerana dia pasti mengamuk di atas padang untuk pertemuan akhir Piala Juara Liga awal pagi ni. Dengan nada penuh emosi dan amarah Wayne Rooney menjerit ke arah wartawan La Liga de Sepangsiol, "Lu Langsi...Lu Mati". Jadi aku harap samukan Wayne Rooney akan terus ke tengah padang nanti dan menyebabkan Pasukan BarbianLona terus terkebil2 macam kena sampuk setan.

Hail!!!! Manchester United!!!!!Glory! Glory! Glory! United!!

Berikut antara gambar2 yang menambah gerun Rooney
di mata Lionel de Merciful

#Alahai : Tersesat pulak gambar si Lionel Merciful ni...

Manchester United To The Glory : The Champs 19

Manchester United Juara Liga EPL Kali-19

Kejaguhan Manchester United terus terserlah dengan membenam Blackpool di Old Trafford 4-2 di perlawanan terakhir Liga EPL semalam. Jaringan MU dihasilkan oleh JS Park('20), Anderson('62), Owen('80) manakala Evatt telah menjaringkan gol sendiri pada minit ke-73. Kejuaraan Liga EPL kali ke-19 telah menempa sejarah di England khusus buat pasukan MU aka Red Devils. Sir Alex Ferguson sudah pasti antara Pengurus yang paling berjaya setakat ini di dunia yang telah membimbing MU melakar sejarah tersendiri. Syabas MU! Glory! Glory! Glory! Manchester United.

Gambar menarik daripada pasukan kesayanganku!!!!! Come to Papa!!!!

Image of the Day

MUFC v Blackpool 22 May 2011

Buy Now Manchester United v Blackpool - Premier LeagueBuy Now Manchester United v Blackpool - Premier LeagueBuy Now Manchester United v Blackpool - Premier LeagueBuy Now Manchester United v Blackpool - Premier LeagueBuy Now Manchester United v Blackpool - Premier LeagueBuy Now Manchester United v Blackpool - Premier League

Kedudukan Liga EPL selepas tamat Musim 2010/11 :

Selepas ini dua pasukan kelab gergasi dunia akan bertembung untuk satu lagi Piala berprestij dunia iaitu Champions League di Stadium Wembley, London pada 28/5/2011. Manchester United akan bertemu Barcelona pada Final Ulangan 2009 dan seterusnya menebus kekalahan mereka yang lalu. Namun, Barcelona juga yang telah menjadi Juara La Liga musim 2010/11 sudah pasti akan memberikan tentangan sengit bagi mereka mencapai kejuaraan berganda musim ini. Pastinya, perlawanan klasik di antara kedua2 pasukan terkenal dunia ini akan memberikan suatu detik penentuan yang ditunggu2 oleh peminat sukan bola sepak seluruh dunia.

Manchester United Sah Juara Liga EPL 2010/11

Kejuaraan Liga EPL musim 2010/11 sah milik mutlak pasukan Manchester United apabila 1 mata yang dicari terlaksana sudah setelah berjaya mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park awal petang tadi. Meskipun, permainan Manchester United agak kucar-kacir di pertemuan tersebut, namun MU berjaya mengekang asakan bertali arus pasukan Blackburn. Wayne Rooney menjadi wira MU apabila menyempurnkan sepakan penalti di minit ke-72 separuh masa kedua setelah ketinggalan 1-0 jaringan Emerton pada minit ke-19 babak pertama. MU seterusnya mencatatkan sejarah tersendiri Liga EPL di England apabila berjaya memecahkan rekod Liverpool dengan kejayaan 19 kali Juara Liga EPL. Syabas MU!! You are the champion.

Pada 28/5/2011 ini juga akan menentukan kejuaraan kedua sama ada kepada MU atau Barcelona (Juara La Liga 2011) yang akan bertemu di Finale Champions League 2011. Perlawanan akan diadakan di Stadium Wembley. Peminat bolasepak seluruh dunia pasti tertunggu2 untuk menyaksikan perlawanan ulangan Final 2009 yang tentunya klasik dan menarik. Apapun, Glory! Glory! Glory! Manchester United.

Tonite The Red Devils Rockin' The 2011 EPL Title!

Hail Manchester United!

2 matches left before MU wrap up the Barclay's League & 1 Finale Champions League 2011

Blackburn v United

The Reds need only a point at Blackburn to clinch the Barclays Premier League title..

Form guide
While United have been incredible at Old Trafford and peerless away from home in the Champions League, the domestic record on our travels is not as impressive. Since the turn of February, the Reds have lost four times in the seven away Premier League fixtures and have gone three domestic games away from the Theatre of Dreams without a goal. Rovers have won only once in their last 13 outings and scored only three times in their previous six matches.

Ins and outs
Sir Alex Ferguson is mulling over his team selection with Barcelona looming large on the horizon. But with the title needing to be secured, it's likely he'll field a strong side. Darren Fletcher is coming into contention after his recovery from a virus while Edwin van der Sar may be rested. Mame Biram Diouf is ineligible for Rovers due to his loan from United but Michel Salgado, David Dunn and Phil Jones are all expected to return from injury. Ruben Rochina, who scored twice for the reserves against Warren Joyce's Reds at Old Trafford on Thursday, dislocated his shoulder in the match.

Last meeting
The Reds ran riot to inflict a 7-1 thrashing at Old Trafford on November 27 with Dimitar Berbatov helping himself to five of the goals. Nani and Ji-sung Park were also on the scoresheet with Chris Samba pulling back the scantest of consolations late on.

Top man
Chris Samba has simply been immense for Steve Kean's side with his courageous performance at West Ham last weekend one of the outstanding defensive displays of the season. "He's like a magnet to the ball when it bounces to the opposition,"

GLORY! GLORY! GLORY! MANCHESTER UNITED
The Barclays EPL League 2010/11 Title Goes To.....MU!MU!MU!MU!MU!

Impian Man United Juara ke-19 Cerah : Chelsea Tersembam! Arsenal Tersungkur!

Rio Ferdy mengucap tahniah kepada Nemanja Vidic yang menyumbat gol kedua MU pada minit ke-23

Perlawanan petang Ahad yang menyaksikan Stadium Old Trafford dibanjiri penyokong2 setia Red Devils untuk pertembungan menarik dengan pasukan Chelsea. Ia merupakan perlawanan penting bagi kedua2 pasukan di dalam mengejar kejuaraan Piala Liga EPL bagi musim 2010/11.

Kurang seminit perlawanan, Chicharito telah menggamatkan stadium dengan jaringan sepantas kilat (dalam masa 36 saat permainan) hasil lorongan cantik JS Park. J Hernandez menghukum kealpaan benteng Chelsea dan terus merembat ke penjuru kanan gawang gol untuk menewaskan Petr Cech. Selepas itu MU terus mengasak ke kubu lawan dengan beberapa lagi peluang yang terhidang untuk menambah jaringan, namun cubaan Wayne Rooney dan Valencia tersasar keluar. Hanya di minit ke-23, hasil umpanan menarik dan tepat oleh Ryan Giggs di sebelah kanan pintu gol terus ditanduk kemas oleh Nemanja Vidic untuk gol kedua MU.

Selepas waktu rehat, Chelsea lebih banyak mengawal permainan sambil MU sekali sekala merobek barisan pertahanan Chelsea yang diketuai John Terry. Pada minit ke-63 hasil daripada kekalutan di hadapan pintu gol MU, tandukan lambung oleh Essien telah dapat disambut oleh Frank Lampard untuk gol pertama Chelsea. MU terus menggandakan serangan ke atas kubu Chelsea dan terlalu banyak peluang dihasilkan daripada pemain sayap MU, David Valencia namun, Chicharito dan Rooney tidak bernasib baik dan gagal untuk membolosi jaring Chelsea. Kedudukan sehingga ke wisel penamat, MU 2 - 1 Chelsea. MU hanya memerlukan 1 mata sahaja lagi untuk menggenggam Piala Liga EPL 2011 dan seterusnya mencipta sejarah tersendiri dengan 19 kali juara. MU akan bertemu Blackburn Rovers untuk perlawanan terakhir liga mereka.

GLORY! GLORY! MANCHESTER UNITED!!!!!

Piala Liga EPL & Piala Eropah : MU Di Landasan Terbaik

Penyokong Real Madrid masih lagi menyambung perbahasan mengenai pemain mana yang lebih hebat sama ada Cristiano Ronaldo ataupun Leo Messi (melihatkan magis yang dipersembahkan oleh Leo Messi baru2 ini sudah mencukupi untuk menutup mulut penyokong2 tegar tersebut). Penyokong2 Real madrid juga turut dihantui dengan kekalahan di tangan Barcelona melalui aggregat 4-1 di peringkat separuh akhir, dan seterusnya membawa Pasukan Barca ke Stadium Wembley bertemu MU pada 28 Mei ini untuk perlawanan akhir Champions League.

Kini, arena bolasepak antarabangsa sekali lagi tertumpu kepada pertembungan emosi dan fizikal (dan berkemungkinan kontroversi) di antara seteru2 utama bola sepak Inggeris. Dua gergasi Liga Premier Manchester United dan Chelsea akan bertemu untuk perlawanan hari ini di Old Trafford, seterusnya penentuan Piala Liga menjadi semakin menarik dan dramatik lebih2 lagi apabila Chelsea mengekori di belakang MU dengan begitu rapat.

Jika Chelsea menang pada malam ini, The Blues akan merampas takhta liga EPL dengan kelebihan 2 perlawanan, seterusnya menyebabkan penyokong2 Red Devils di seluruh dunia akan lebih tertekan. Lebih2 lagi kalau diambil kira kedudukan liga pada 8 minggu lalu di mana The Blues ketinggalan 15 mata di belakang Red Devils. Jika The Blues berjaya memenangi Piala Liga untuk musim 2010/11 ini, ia merupakan pencapaian terhebat Chelsea di dalam sejarah Liga EPL.

The Blues yang kalah kepada Man U di peringkat suku akhir Champions League bulan lalu dilihat akan berusaha untuk membalas dendam dan menang untuk perlawanan hari ini.

Jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti berkata, "Bagi kami, ia ibarat perlawanan akhir. Kami berharap untuk bermain di perlawanan akhir Champions League, namun kini gembira untuk bertemu United dalam situasi yang berbeza. Kami boleh bandingkan ia sebagai perlawanan akhir. Kami akan besedia hari ini untuk pertemuan juga seperti peringkat akhir."

"Terlalu banyak tekanan di sekeliling untuk kami bersedia bagi perlawanan ini, tetapi kami mempunyai cara sendiri untuk bertenang, mengawal emosi dengan lebih baik, tidak terlalu gusar kerana ia memerlukan tenaga, yang sepatutnya diperlukan di dalam perlawanan nanti."

Jurulatih yang berasal dari Itali ini pernah diramal akan dipecat akibat kekalahan sewaktu Champions League. Namun, kini khabar angin tersebut terus tenggelam.

"Anda merasakan musim ini tidak begitu baik namun kini anda diberi peluang. Musim yang tidak baik itu hanyalah pada pandangan orang lain. Pasukan ini masih terus bangkit. Maksudnya para pemain mempunyai karakter yang baik, personaliti, dan begitu profesional. Selepas kekalahan di tangan MU, bukan mudah untuk pasukan meneruskan perjuangan. Namun, segala tindakbalas yang diperolehi selepas itu sangat menakjubkan."

United masih tetap menjadi pilihan. Anak didik Sir Alex Ferguson telah meratah Schalke 04 6-1 di peringkat separuh akhir Champions League, dengan menggunakan tenaga pemain2 simpanan apabila menewaskan mereka 4-1 ketika di Old Traffod demi merehatkan pemain2 berstatus bintang bagi menghadapi Chelsea hari ini.

Wayne Rooney dan Rio Ferdinand hanya duduk di bangku penonton, dan 6 pemain utama yang lain hanya sebagai pemain simpanan sehingga wisel penamat.

"Sejujurnya, mereka membuat saya berasa sangat bangga," kata Ferguson yang merujuk kepada pasukan keduanya. "Ia merupakan perlawanan separuh akhir dan juga sangat penting sehingga saya sendiri terpaksa bertanya diri sendiri banyak kali samada betul atau tidak tindakan saya ini? Namun, saya sangat gembira kerana kami bukan sahaja menang tetapi menang dengan cukup bergaya. Ia amat menakjubkan untuk kelab. Kami berada di tempat yang sepatutnya kami berada."

Manchester United telah berada di tiga daripada empat perlawanan akhir Champions League yang lalu, dan pernah bertemu Barcelona pada tahun 2009. Barca menang 2-0. Ferguson merasakan yang kelabnya akan mempunyai peluang yang lebih baik kali ini.

"Pasukan kami merupakan pilihan untuk perlawanan yang lalu namun kami dibatasi dengan pengalaman," katanya Ferguson. "Tetapi bagi musim ini dan yang lalu Barca telah menonjolkan kemajuan yang cukup baik. Ia akan menjadi salah satu final yang terbaik dan klasik. Ia seharusnya melambangkan sejarah dan tradisi untuk kedua2 kelab tersohor ini. Kami tidak berfikir bahawa pasukan akan kurang berkeyakinan kali ini. Prestasi pemain adalah lebih baik musim ini dan kami akan menjadi sebuah pasukan yang cukup cemerlang nanti."

Ferguson dikatakan akan bertemu dengan rakan sejawatnya, jurulatih pasukan Real Madrid untuk mendapatkan sedikit tips.

FOREVER MANCHESTER UNITED!
GLORY! GLORY! GLORY! MANCHESTER UNITED

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI