MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Showing posts with label RON95 naik. Show all posts

Terima Kasih Kerajaan : Rakyat Harus Berjimat!

Terima Kasih kerajaan kerana prihatin dengan kehendak dan kemahuan rakyat bahawa harga RON95, Gas memasak LPG dan diesel perlu dikekalkan. Keputusan kabinet telah memberikan nafas lega kepada rakyat. Maknanya, rakyat patut sedar meskipun harga pasaran minyak global kian meningkat, kerajaan masih lagi tidak mengurangkan subsidinya. Ini semua dibuat untuk kepentingan rakyat secara umum. Namun, ini tidak bermakna kerajaan akan terus2an memberikan subsidinya meskipun kelak tahap harga pasaran minyak meningkat terlalu tinggi. Kelak, subsidi akan perlu dikurangkan demi unjuran perbelanjaan kerajaan.

Natijahnya, di dalam kesempatan yang ada rakyat perlu sedar untuk memulakan langkah penjimatan dari segi kos terutama yang melibatkan penggunaan tenaga. Kita perlu sedar bahawa kalau kita bersikap "semua kerajaan tanggung", kelak negara akan mengalami defisit ketara di dalam belanjawan. Kita tidak perlu mendabik dada mengenai terma cukai yang dibayar kepada kerajaan. Itu hanya sekelumit tanggungjawab kita sebagai rakyat kerana negara2 maju sekalipun masih mengamalkan sistem cukai ke atas rakyatnya. Sikap tunggu dan lihat dan suka menuding jari kepada kerajaan adalah amalan yang tidak mulia. Pembangkang melihat isu kenaikan harga bahan mentah sebagai isu untuk menghentam kerajaan. Sebaliknya, apabila kerajaan mendahulukan kepentingan rakyat perkara ini akan dipandang sepi. Pembangkang seumpama ini tidak menjalankan fungsi yang baik untuk sesebuah negara membangun seperti Malaysia. Jelas di sini bahawa, pembangkang pun bersikap tuding jari dan bukannya membantu untuk pembangunan negara. Sekali, lagi terima kasih kerajaan.

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG buat masa ini selepas mengambil kira pandangan semua pihak dan kepentingan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam, membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat.

Keputusan itu juga menolak spekulasi sebelum ini bahawa kerajaan akan menaikkan harga produk petroleum sehingga 30 sen seperti tersebar dalam laman blog dan Facebook.

Ismail berkata, Kabinet tidak membincangkan tempoh masa pengekalan harga produk petroleum berkenaan dan kerajaan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.

"Selepas mendengar pandangan semua pihak, kita kekalkan harga kerana bagi kita ini adalah permohonan dan pandangan rakyat. Saya tidak boleh beri kepastian sampai bila harga ini akan dikekalkan, kalau harga minyak dunia terus meningkat, kita akan lihat bagaimana (keadaannya)," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Harga RON95 kini RM1.90 seliter manakala RON97 adalah RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa.

Baru-baru ini ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah subsidi ditanggung kerajaan tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia.
Ismail Sabri juga meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya kerajaan akan menaikkan harga produk petroleum.

"Percayalah kepada kerajaan hari ini yang mendengar pandangan rakyat. Sebelum sesuatu keputusan diambil, kerajaan mengambil kira pandangan semua sudut, jadi apa yang kita buat jelas menggambarkan kerajaan sentiasa prihatin kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata, keputusan mengekalkan harga produk petroleum itu juga tidak menggambarkan bahawa pilihan raya semakin hampir.

"Terlalu banyak spekulasi tersebar.. tapi keputusan ini tiada kaitan dengan pilihan raya," katanya.

Sumber [beritaharian]

Isu Kenaikan RON95 Di Kaca Mata Pemuda - KJ

Macam mana bro, Pemuda boleh tolong jangan kasi naik itu RON95?

Isu Kenaikan RON95 Mengikut Ulasan Ketua Pemuda UMNO - KJ

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) gusar dengan kenyataan YB Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa rakyat untuk bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON 95.

Ini kerana usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan Kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak.

Sebagai contoh, menurut Perbadanan Produktiviti Negara, kos tanggungan bagi memenuhi pelbagai peraturan Kerajaan dalam memulakan sebarang aktiviti ekonomi adalah sebanyak RM17.0 bilion atau 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. Jumlah kos peraturan dan pematuhan ini adalah 21 kali ganda lebih banyak daripada hasil penjimatan daripada pengurangan subsidi ke atas komoditi gula dan barangan berasaskan minyak pada Julai 2010 dan 14.4 kali ganda bagi tindakan yang sama pada Disember tahun lalu.

Oleh itu, Pemuda UMNO menyarankan agar usaha-usaha ke arah penjimatan bestari melalui kecekapan operasi seperti di atas disamping tindakan bagi meningkatkan nilai (unlock the value) aset dan sumber pendapatan negara di terokai dengan serius dan dilaksanakan terlebih dahulu, sesuai dengan cogan kata 1Malaysia yang sentiasa mendahulukan rakyat dari segi kepentingan, kebajikan dan hal ehwal mereka.

Pada masa yang sama, Pemuda UMNO ingin menegaskan bahawa sungguhpun statistik terkini bagi harga barangan pengguna menunjukkan kadar inflasi 3.0 peratus pada Mac 2011 berbanding bulan yang sama tahun lalu, namun perinciannya menunjukkan bahawa barangan makanan bukan alkohol mencatat kenaikan yang lebih tinggi iaitu 4.7 peratus. Selanjutnya, jika diteliti kepada pecahan kecil bagi barangan makanan bukan alkohol ini, daging mencatat kenaikan 7.6 peratus, susu dan telur 7.9 peratus, sayur-sayuran 11.4 peratus, gula, jem dan barangan manisan 10.9 peratus, buah-buahan 6.8 peratus dan ikan serta hasil laut 3.8 peratus - yang mana kesemuanya melampaui kadar purata inflasi 3.0 peratus yang dicatatkan.

Malahan dalam isu ini, Asian Development Bank juga telah membuat kenyataan pada akhir bulan lalu bahawa sepanjang dua bulan pertama tahun ini sahaja, harga bagi barangan makanan dunia telah meningkat sebanyak 30 peratus dan dijangka akan berterusan.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO dengan ini mendesak agar Kerajaan tidak menaikkan harga minyak RON 95 dan menyeru agar tindakan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat semua.
kayrozz : Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Berhati2 dengan isu kenaikan minyak kerana ia boleh melibatkan ketidaktentuan di dalam harga barangan keperluan yang lain yang sudah pasti akan meningkat dan seterusnya membebani rakyat. Apa yang pasti bila harga petrol naik, tekanan darah pun mungkin boleh naik juga!

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI