CADAR PATCHWORK MURAH

DE FARHANA HOME FURNISHING [PG0318684-D] : MENJUAL RUNCIT & BORONG CADAR PATCHWORK 100% COTTON. DAPATKAN DENGAN KUALITI TERBAIK PADA HARGA MURAH!! PM PAGE FB KAMI : Quilt De'FarHana atau SMS/Whatsapp 017-7868751 / 019-4768414

Di Manakah Kewajaran Seorang Pemimpin Sebagai Khalifah?

♠ Posted by kayrozz at 10:12 AM
Jangan Salahkan Lantai Yang Beralun Jika Tidak Pandai Menari;
Kalau Takut Dipukul Ombak Jangan Berumah Di Tepi Pantai;
Kera Di Hutan Disusui, Anak Di Rumah Mati Kelaparan;
Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi....

Perumpamaan di atas sungguh indah tutur bicaranya, namun mengandungi maksud yang terlalu dalam dan seharusnya seorang Pemimpin yang layak disanjung harus menghormati dasar dan pandangan rakyat. Seorang Khalifah di negara sendiri seharusnya tidak perlu tunduk pada sebarang anasir propaganda dan serangan dari pihak luar. Pemimpin mesti cekap dan akur dalam setiap tindakan, pantas dalam membuat sebarang keputusan bagi memakmurkan rakyat. Jangan bagai "Indah Khabar Dari Rupa", "Cakap Tak Serupa Bikin". Bangun dari "Lena Yang Terlalu Panjang","Jangan Terlampau Diulit Mimpi", kelak rosak binasa malah punah harapan menggunung para pejuang bangsa dan tanah air yang telah banyak mengalirkan air mata malahan percikan darah yang tidak ternilai harganya. Apa yang sebenarnya berlaku pada masa ini amat mengecewakan. Faktor ekonomi yang tidak terlalu gah....Faktor sosial yang terlalu goyah....Faktor Budaya yang sekarang bercanggah....Faktor Bangsa yang semakin berpecah-belah...Di manakah pemimpin sejati yang diperlukan sekarang ini? Apakah manifesto lampau sudah sepatutnya diperbaharui supaya tidak hilang ditelan masa? Bangkitlah wahai pemimpin.... Jangan hanya berbicara, tapi tunjukkan bakat sebenar dalam tindakan yang paling efisien dan penuh keberkatan. Jangan diibaratkan sebagai "Ketam Mengajar Anak Berjalan Tegak". Sudah terlampau banyak insiden yang berlaku di kala ini amat menyiksakan dan sedikit demi sedikit merobek dan menghancurkan harapan bangsa yang menuntut kemakmuran ini patut dikembalikan seberapa segera... Jangan terlampau asyik memancing di tasik yang banyak ikan kerana "Airnya Yang Tenang Jangan Disangka Tidak Berbuaya".

Ingatlah, bahawa pemimpin yang baik akan dapat menghasilkan rakyat yang berwawasan dan akan pandai mengenal budi.

0 comments:

DAPATKAN KOLEKSI CADAR BARU! SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT KOLEKSI TERKINI!!! photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png
STOKIS & PENGEDAR SAH : FARGHALY BEDSPREAD & CARPET
 photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png

No comments: