♠ Posted by kayrozz at 11:56 AM
Salam Muhibbah dan Salam 1Malaysia...
"Pusara Di Lebuhraya"...bagi mereka yg kaki rock kapak era 90an memang cukup mangli dgn lagu dendangan Ekamatra. Cukup bermakna dan penuh dgn puitis meskipun bukan sbg dendangan suka2 cuma tajuk lagu tu mcm aku rasa sinonim bila tiba masa nak beraya. Tak kiralah apa jenis perayaan pun Melayu raya, Cina raya, India raya ataupun lelain bangsa sambut raya. Bila tiba musim perayaan, yang paling sibuk tentunya org2 kuat KDN spt PDRM, RELAWAN, JPA dan termasuklah juga anggota2 keselamatan yang lain spt JPJ, PBSM, ST JOHN, BOMBA dsb. dalam ertikata yg lain bila tiba Hari Raya, OPS SIKAP akan bermula. Rasanya ini dah tahun yang kesekian kalinya kerajaan bertungkus-lumus nak memastikan keselamatan perjalanan masing2 yang tentunya bersemangat dah berkobar2 nak sambut Hari Raya di kampung halaman.
Rayuan oleh YAB PM, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak juga kita sayugia maklum, tentang keperihatinan beliau bagi memastikan tiada lagi penyusutan angka kerakyatan negara ini akibat kematian di atas jalan raya dan yg lebih penting jangan jadikan laluan jalanraya dan lebuhraya sbg "SUNGAI MAUT". Cita2 beliau sememangnya nak melihatkan angka penurunan kematian bagi tahun ini. Oleh sebab itu, bagi mengelakkan kematian kenalah pastikan dulu penurunan dalam kes kecelakaan di jalan raya. Namun begitu, apa yg aku rasai sekarang kes kecelakaan jalan raya di Msia ni sudah diibaratkan seperti kes rasuah jadinya. Matlamat kerajaan untuk mengurangkan kes rasuah sama seperti untuk mengurangkan kes kecelakaan, sebabnya rasuah dan kecelakaan jalan raya memang akan tetap berlaku di Msia. Jadi, kita sepatutnya maklum bahawa kerajaan cuba melakukan yang sewajarnya untuk menyedarkan rakyat supaya lebih berwaspada dan berhemah sewaktu berada di atas jalan raya.
Aku terpanggil untuk memberikan beberapa tips pemanduan bagi mengelakkan berlakunya musibah tatkala berada di atas jalan raya kelak. Antara senarai paling popular yang aku rasa rakyat Msia patut tahu dan ambil tahu adalah seperti berikut :
- DAH PERIKSA KENDERAAN KE BELUM?
Jangan berlengah lagi kalau belum buat apa2 pemeriksaan ke atas kenderaan masing2. Ingat untuk sentiasa periksa keadaan minyak enjin, air, minyak brek, air bateri, lampu dsb sebelum perjalanan. Jangan ambil mudah walaupun perjalanan anda cuma setakat 5km nak balik kampung, sebabnya kalau kereta rosak nanti itu yang akan jadi punca kelam kabut dan boleh berlaku kecelakaan.
- DESTINASI PERJALANAN.
Anda sepatutnya tahu destinasi perjalanan paling lewat sehari sebelum bertolak. Maknanya, jika ada perubahan pada saat2 akhir anda masih boleh mengubah sebarang jadual perjalanan dan juga penggunaan jalan yang sebetulnya dalam masa 24 jam iaitu sama ada jalan biasa atau lebuh raya. Jangan sesekali mengubah destinasi perjalanan pada masa yang terlalu singkat kerana ia akan mengakibatkan keadaan kelam kabut. Setiap destinasi perjalanan mesti diatur di kawasan kediaman dan bukan di dalam kenderaan.
- PEMANDU MESTI MEMPUNYAI KETENANGAN MINDA DAN HATI
Tidak kira apa jua kedudukan anda di atas muka bumi ini, sebaik sahaja anda memegang stereng kenderaan untuk memandu, anda mestilah secara otomatik berada dalam keadaan tenang di minda dan juga di hati. Fikiran dan hati yang tidak tenang akan membuatkan anda kurang tumpuan dan fokus di atas jalan raya kelak. Nasihat yg sebaiknya adalah dapatkan pemakanan dan tidur yang cukup sebelum memegang stereng kenderaan.
- TUKAR GAYA PEMANDUAN
Ketika musim perayaan, kes2 kecelakaan selalunya bergantung kpd corak atau gaya pemanduan di atas jalan raya. Jika anda seorang pemandu yang agresif dan bermatlamat tinggi (cepat sampai), ubahlah pendekatan anda kepada lebih pasif dan bermatlamat sederhana (biar lambat asal sampai).
- KURANGKAN KOMUNIKASI DALAM KENDERAAN
Pemandu yg efisien tidak boleh melakukan 2 kerja dalam satu masa, iaitu memandu sambil berkomunikasi apatah lagi melakukan kerja2 lain sewaktu memandu. Justeru, di saat pemandu sdg memegang stereng, elakkan daripada berkomunikasi dengan org lain kerana ia akan menjejaskan fokus anda di jalan raya.
- PEMANDU KEDUA ATAU KETIGA
Jika destinasi anda melibatkan perjalanan yang jauh, anda mestilah mempunyai sekurang2nya seorang pemandu gantian bagi mengurangkan tekanan sewaktu memandu. Memandu di lebuh raya memberikan tekanan yg lebih lagi sewaktu musim perayaan, apatah lagi jika anda memandu di jalan2 persekutuan kerana jumlah trafiknya yg tinggi.
- JANGAN PAKSA DIRI KERANA ORANG LAIN MUNGKIN MATI
Buang segala sikap ego dan bangga diri dalam diri masing2 sewaktu memandu. Jika pada saat anda sudah tidak boleh lagi memandu kerana kepenatan atau sakit, anda mestilah berhenti untuk mendapatkan rehat secukupnya di kawasan2 yg telah digazetkan. Biar berehat sementara, untuk mengelak daripada direhatkan untuk selamanya.
- LAYARI WEBSITE YG PAPARKAN GAMBAR KEMALANGAN NGERI
Sehari sebelum anda bertolak, pastikan anda meluangkan sedikit masa melayari website2 yg memaparkan insiden kecelakaan di Msia yg membabitkan kematian ngeri dan menyayat hati. Ini tidak secara langsung akan menyebabkan anda insaf dan lebih menghargai kehidupan masing2.
- PATUHI SEMUA ISYARAT DAN TANDA2 JALANRAYA DI MSIA
Anda mestilah merujuk semula kpd makna tanda dan isyarat jalanraya di Msia. Pastikan anda mempunyai maklumat yg cukup dan terperinci sebelum memulakan perjalanan. Isyarat asas seperti lampu trafik di persimpangan jalanraya mestilah diikuti sepenuhnya tanpa prejudis.
- HARGAI NYAWA ANDA DAN KEHIDUPAN
Kasihi dan sayangi nyawa yg telah diberikan untuk anda terus hidup. Justeru hargailah nyawa anda terlebih dahulu semasa memandu kerana pastinya nyawa orang lain di sekitar anda akan selamat. Jika anda berhasrat untuk membunuh diri sendiri, elakkan daripada memandu kerana ia pasti akan melibatkan nyawa org2 lain di sekitar anda.
- MULA DAN AKHIRI DGN DOA
Tidak kira apajua anutan agama anda, mulakan segala perjalanan dgn doa dan begitu juga apabila telah sampai ke destinasi, akhiri dgn doa selamat. Tuhan tidak akan sekali2 membebankan segala hambanya, kerana hanya DIA yang maha mengetahui lagi maha mengasihi.
- PERCAYA DGN QADA' DAN QADAR
Setiap yg bernyawa di muka bumi ini pastinya akan menghadap saat kematian, dan apajua kaedah kematian yg akan ditempuhi adalah berdasarkan ketetapan DIA yang maha mengetahui. Jika segala persiapan dan perancangan serba teratur dan sempurna, tapi tetap juga disahut olehNYA di PUSARA LEBUH RAYA, apakan daya kita sbg manusia hanya merancang, DIA yang menentukan segalanya.
Apa yg pasti, genapkan segala usaha dan tenaga bagi melancarkan sistem perjalanan yg lebih teratur untuk menyambut perayaan bagi kali ini. Diharapkan kadar atau kes kecelakaan jalan raya di Msia untuk tahun 1431H akan memperlihatkan penurunan dari segi statistiknya berbanding tahun2 sebelum. Kasihanilah segala penjawat awam atau sukarelawan di mana jua mereka berada, kerana jauh di lubuk hati mereka hanya mengimpikan suasana ceria sepanjang masa tanpa bergelumang dgn darah dan mayat manusia yg bergelimpangan di jalan raya. Mereka pun insan jua, yang ingin pulang berhari raya, namun atas dasar tugas dan tanggungjawab mereka tetap dan siap siaga bagi memastikan keselamatan kita semua. Justeru, serlahkan jua tanggungjawab kita untuk menjadi pemandu yang berhemah mulia dan terhindar daripada kecelakaan jalanraya.
"BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, AMALAN HIDUP YG MULIA"
0 comments:
Post a Comment