CADAR PATCHWORK MURAH

DE FARHANA HOME FURNISHING [PG0318684-D] : MENJUAL RUNCIT & BORONG CADAR PATCHWORK 100% COTTON. DAPATKAN DENGAN KUALITI TERBAIK PADA HARGA MURAH!! PM PAGE FB KAMI : Quilt De'FarHana atau SMS/Whatsapp 017-7868751 / 019-4768414

Pegawai Tidur Duduk (PTD)

♠ Posted by kayrozz at 7:56 PM
Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD), fuhhh....jawatan ni memang antara menjadi idaman setiap graduan yang telah mendapat segulung ijazah atau pun yang masih belajar di institusi-institusi pengajian tinggi. Jawatan ekskulsif lagi hebat di dalam sektor awam di Malaysia. Jawatan Pegawai Tadbir Tanah sehingga ke Ketua Setiausaha Kerajaan memerlukan seseorang itu mempunyai pengalaman di bidang Tadbir & Diplomatik. Namun, apa yang perlu diingat, jangan bermimpi di siang hari kalau diri tak setanding dan berkaliber. Aku nak cerita sikit pengalaman aku sewaktu menjalani Pre-PAC di INTAN, Kluang..kih kih kih, sebab sampai tahap tu jer yang aku pernah test power dengan PTD ni.

Atas kertas bilangan kekosongan hanya 300 orang sahaja, tapi kalau nak dilihat daripada permohonan, memang beribu-ribu lemon di seluruh Malaysia. Mula-mula nak mohon untuk jawatan PTD ni, kenalah isi maklumat di SPA melalui e-permohonan, ye laa sekarang kan semuanya dah advance, so kurang laa sikit paper work. Lepas tu, SPA akan panggil sesiapa yang terpilih dalam 'draw lot' untuk menduduki peperiksaan khas Gred M41. Sekarang ni, dah banyak artikel dan website yang berikan panduan khusus untuk menjawab soalan M41 ni, cuma layari aje mana-mana web yang berkenaan. Aku cuma nak tambah sikit kat sini, jangan anggap peperiksaan ni macam kacang putih walaupun korang 'flying colours' masa di varsiti dulu. Rajinkan diri cari buku-buku yang berkenaan, dalam kes ni, Buku 'Malaysia Kita' antara sumber yang paling bertepatan. Apa cara korang nak study terpulang, sebab ketebalan buku ni pun boleh benjol kepala kalau kena baling...kih kih kih.

Apa yang paling utama, baca soalan dulu betul-betul di setiap seksyen sebabnya masa dah tentu mencemburui korang. Kalau datang dengan otak kusut masai dan tak prepare langsung, baik korang sambung tidur kat rumah dan jangan buang masa. Soalan yang mungkin mencabar adalah di seksyen B : Daya menyelesaikan Masalah, sebab banyak penggunaan matematik. Masalahnya, soalan banyak tapi masanya kurang, kat sini pembahagian masa memang penting, tapi last minit tembak tu memang dibenarkan sebab aku yakin korang tak punyai cukup masa...kih kih kih. (dah tentu aku pun tembak gak.....tanya lagii tu). Bahagian esei, seperti mana biasa, aku sarankan supaya korang banyak membaca akhbar untuk mengetahui isu-isu semasa. Apa yang paling utama ialah tahu isi-is penting, dan huraikan sebaik mungkin dalam esei korang. Jangan berbelit-belit huraian, biarlah fakta dan jangan auta.

Syukran, alhamdulillah...one shot exam aku lulus dan dipanggil untuk Pre-PAC Assessment dan waktu tu aku dipusatkan ke INTAN, Kluang, Johor. Ini adalah peringkat kedua sebelum diserapkan ke peringkat terakhir iaitu TEMUDUGA. Penilaian yang dimaksudkan adalah daripada aspek personaliti (pakaian, imej, tata hias diri, perlakuan dsb), pidato (hujah dan bangkang), gerak kerja berkumpulan (teamwork) dan ujian stamina (larian 10 km). Masa aku dulu, Pre-PAC cuma sehari aje, tapi sekarang ni dah dilanjutkan kepada 2 hari dan maknanya, lebih lagi laa masa yang diperuntukkan. Maka tak secara langsung, lebih banyak aktiviti-aktivinya...kih kih kih. Apapun yang pasti, skop penilaian tidak akan lari daripada yang sebelumnya, cuma lagi terperinci daripada segala sudut.

Aku nak kongsi sikit masa petang nak habis Pre-PAC dulu, lepas penat lelah berlari 10km dan aku pun antara grup pertama yang mencecah garisan penamat walaupun bukan champione...kih kih kih..ada laa mamat dok sembang, jadi aku pun layan laa ngan dua tiga orang lagi.."Bro, tadi aku terdengar, Abg Instructor tu ada bagitau kat sorang candidate ni...dia cakap, awak ni anak sedara Dato' Seri XXX kan?, awak tak payah lari depan-depan sangat, agak-agak aje kat tengah-tengah pun boleh, janji awak berlari sampai habis sebab nombor badan awak saya dah konfom kan"..kih kih kih...betul ke apa yang aku dengar ni? Propa atau gosip liar? Nak pecaya atau tidak, malas nak fikirkan sangat....sebab aku pun rasa dah buat yang paling terbaik dari ladang cik kiahh...

Akhir bicara, segulung terima kasih kepada YAB DS Najib kerana telah berjaya meningkatkan profession sektor awam ke satu tahap yang membanggakan dan dipercayai. Mungkin nasib aku tidak berada di dalam gomen, tapi aku tetap berjaya atas bantuan gomen juga (skim pinjaman buku teks sampai laa ke biasiswa MARA semasa varsiti). So, tak payah nak kecoh-kecoh pasal cable in the house sebabnya, kalau seseorang itu berkeupayaan dan kerkaliber, sudah pasti dia akan mendapat tempat yang sewajarnya. "Trust your own capability".

Wallahu 'alam.
DAPATKAN KOLEKSI CADAR BARU! SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT KOLEKSI TERKINI!!! photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png
STOKIS & PENGEDAR SAH : FARGHALY BEDSPREAD & CARPET
 photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png

1 comment: