MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Iblis Pun Nyanyi Lagu Headwind "Kita Serupa"

♠ Posted by kayrozz at 9:58 PM

Sudah penulis jangka dalam posting yang lepas, pihak pendakwa akan memohon kepada mahkamah supaya Anwar memberikan sampel DNA.

Apa yang tidak dijangka langsung ialah terbitnya memoir Tun Mahathir yang turut mengisahkan perihal Anwar dengan empat orang wanita ajnabi.

Mungkin Datuk Nalla boleh membantu memperjelaskan lagi apa yang ditulis oleh Tun Mahathir dalam memorinya.

Wan Azizah sebenarnya boleh meleraikan segala polemik dan kekeliruan yang wujud dalam pemikiran rakyat dalam sekelip mata, jika dia benar-benar tawakal kepada Allah tentang nasib masa depannya, suami dan keluarganya.

Jika Wan Azizah berpaksi semata-mata di atas kebenaran dan keadilan, insya-Allah, Allah akan memberi dia kekuatan untuk berkata benar dan seterusnya menyelamatkan seluruh rakyat keluar dari situasi fitnah yang tak berkesudahan.

Wan Azizah tidak boleh meletakkan dirinya semata-mata untuk suami dan anak-anaknya kerana masalah yang melingkungi keluarganya sudah menjadi masalah seluruh rakyat dan negara. Sudah tentu dari segi agamanya, penyelesaian masalah rakyat dan negara melebihi dari masalah peribadi dan keluarga.

Yang membawa masalah yang sepatutnya diselesaikan di mahkamah ini kepada penghakiman rakyat adalah Anwar, suaminya.

Jadi masalah peribadi atau hubungan peribadi tidak mengikat lagi kerana keutamaan sebenar sudah beralih kepada penyelesaian masalah dan dilema yang membawa kepada perbalahan antara rakyat di negara ini gara-gara dari masalah peribadi yang Anwar sendiri sensasikan untuk tatapan dan penilaian umum.

Tujuannya ialah agar ‘doubts’ (ragu) terus wujud dalam pemikiran rakyat. Tiada siapa yang akan mampu mempertahankan Anwar jika semata-mata bergantung pada hujah di mahkamah. Bukan kerana mahkamah berada di bawah telunjuk pemerintah.

Jika Anwar tidak melakukannya, walau bagaimana ditunjuk oleh pemerintah sekali pun, Anwar pasti akan menang dan boleh ditunjukkan segala bukti, segala saksi atau alibi yang akan membuktikan dia tidak bersalah.

Bagaimana hebat sekali pun fabrikasi yang dibuat oleh polis, pasti akan mampu dijerat oleh peguam-peguam tersohor yang mewakili Anwar. Di kala itu Anwar pasti akan disokong oleh seluruh rakyat dan rakyat akan mengesahkan segala yang diperkatakan oleh Anwar sebagai konspirasi pihak tertinggi itu adalah benar.

Tidak payah disuruh-suruh, rakyat pasti akan bertindak menjatuhkan kerajaan yang ada. Penulis juga akan turut terlibat sama apabila kebenaran telah melampau batas keraguan.

Dari tingkah laku Anwar dan segala pergerakan yang dilakukannya dalam menghadapi isu liwat ini, bukanlah kebenaran yang cuba dicarinya. Dia Cuma mahukan rakyat terus menerima bulat-bulat apa yang diperkatakannya.

Peringkat pertama yang akan dilakukan oleh iblis untuk menyesatkan manusia ialah dengan cara menimbulkan ‘keraguan’ atau ‘doubts’ dalam hati anak Adam. Apabila kita sudah ragu dengan apa yang kita buat seperti ragu dalam mengangkat takbir ketika sembahyang, maka sembahyang kita akan dikira batal.

Kalau kita makan, apabila timbul dalam hati kita persoalan mengenai halal atau tidak makanan yang ingin dimakan, maka ketika itu haramlah makanan yang kita makan. Inilah kerja iblis laknatullah iaitu cuba menyesatkan manusia dengan sentiasa meletakkan rasa ragu atau was-was di dalam hati kita.

Inilah pendekatan yang dilakukan oleh Anwar dalam usaha menyelamatkan dirinya dari terbelit dengan kehinaan dan kesalahan.

Fakta baginya tidak penting. Apa yang penting baginya ialah lemparkan sebanyak mungkin isu dan pelbagai tuduhan kepada masyarakat umum asalkan timbul ‘keraguan’ dalam pemikiran rakyat terhadap segala apa yang sedang diadili di mahkamah hari ini.

Apabila rasa ragu dapat diwujudkan, maka berjayalah iblis merosakkan seluruh pemikiran masyarakat dengan debat, persoalan dan kemusykilan yang berpanjangan.

Bagaimana bijaknya iblis menimbulkan keraguan dan merosakkan pemikiran anak Adam, begitulah hebatnya Anwar menimbulkan keraguan dan merosakkan pemikiran rakyat Malaysia.

Iblis pun menyanyikan lagu ‘headwind’ untuk Anwar: ‘Kita serupa”.

Sumber : [Umno On-Line]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: