MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Tragedi : PAS Baru Tersedar

♠ Posted by kayrozz in ,,, at 10:46 AM

Bidang perguruan tercemar seketika akibat kekalutan institusi kelolaan PAS di Perlis dalam mengenalpasti guru2 dipercayai dan bertanggungjawab khusus untuk menjaga anak2 murid di sekolah. Nyata di sini bahawa sikap PAS itu sendiri yang begitu riak dalam menuding jari ke atas kerajaan selama ini telah memakan diri mereka sendiri. Natijahnya, tiada suatu apa yang kita lakukan di muka bumi ini hanyalah sempurna semata2. PAS perlu akur dengan kejadian yang berlaku ke atas Allahyarham adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee adalah akibat daripada kelemahan sistem pentadbirannya selain daripada ketentuan Allah itu sendiri.

Sistem pentadbiran yang kucar-kacir dan bersikap 'tidak apa' telah menjadikan instusi kelolaan PAS ini tidak berwibawa di dalam menjalankan urusan penjagaan apatah lagi untuk mendidik. Rakyat perlu sedar bahawa setiap apa yang dibawa oleh para ilmuan di dalam PAS ini terkadang mempunyai sikap kesederhanaan yang melampau. Jelasnya, sehinggakan mendapatkan guru untuk menjaga anak2 muridnya juga perlu bersikap sederhana dan 'tidak apa'. Lalu, yang menjadi mangsa sudah pasti anak2 murid itu sendiri. Apakah dalam usia 25 tahun telah beroperasi, maka ia menjadikan alasan PAS untuk berkompromi dalam hal ehwal pentadbiran dan kelayakan guru2nya? Bukankah ia suatu usia yang mematangkan untuk satu2 organisasi?

Petikan maaf daripada pentadbiran PAS Perlis seperti di bawah :

KANGAR 5 April – Pas negeri hari ini memohon maaf berhubung kematian seorang murid sebuah sekolah agama kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini kelmarin yang dipercayai akibat dipukul gurunya, baru-baru ini.

Sambil merakamkan rasa dukacita di atas kejadian di salah sebuah institusi pendidikan di bawah kelolaan parti berkenaan, Pesuruhjaya Pas negeri, Hashim Jasin dalam satu kenyataan hari ini turut memohon maaf kepada seluruh warga pendidik.

Menurutnya, ini disebabkan peristiwa tersebut turut mencalarkan imej dan persepsi umum terhadap golongan itu.

Kata beliau, Pas negeri mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa serta pihak keluarga guru asrama yang terbabit dalam kejadian itu.

Kenyataan tersebut dibuat berikutan kematian seorang murid, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, kelmarin dipercayai akibat dipukul gurunya di asrama sekolah berkenaan.

Hashim berkata, kejadian berkenaan memeranjatkan pihaknya setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan parti itu.

Sehubungan itu, kata beliau, Pas negeri berharap supaya proses siasatan dan perbicaraan kes tersebut dijalankan secara rapi bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak.

Menurut beliau, Pas negeri telah menjalankan tanggungjawab dan memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak keluarga murid, keluarga tertuduh dan agensi keselamatan bagi menguruskan kes itu.

Di samping itu, kata beliau, Pas juga mengambil langkah-langkah wajar bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti berkenaan beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.

Pengakuan maaf sahaja tidak memadai untuk mengembalikan maruah institusi tersebut. Kerajaan perlu melakukan pemantauan yang lebih lanjut ke atas institusi2 yang melibatkan penjagaan dan pendidikan kelolaan awam mahupun swasta. Tindakan keras dan efektif perlu bagi memberikan kesan serius ke atas pentadbiran institusi tersebut. Sikap 'tidak apa' dan 'insaf hanya sekadar waktu' memungkinkan tragedi seumpama ini akan berlaku di kemudian hari. Perlu ada badan yang tertentu di pihak kerajaan negeri yang memantau pergerakan institusi ini. Pentadbiran mereka mestilah diaudit oleh pihak luar bagi menjamin ketelusan. Kenapa perlu gusar dan bimbang dengan kos, jika ia akan memberi manfaat yang baik untuk masa depan. PAS tentunya sinonim dengan kerja2 kebajikan masyarakat dan dakwah serta kurang berlandaskan organisasi bersifat keuntungan dan semata2 hanya ke jalan ALLAH. Maka, mereka sudah pasti lebih arif dalam aspek seumpama ini. Jangan mengejar hanya keuntungan dan menyisihkan kebajikan untuk anak2 murid tersebut.

Kes dan tragedi seumpama ini akan hanya meletup untuk beberapa ketika sahaja sebelum lenyap ditelan hari kelak. Justeru, rakyat perlu sedar bahawa sikap menuding jari dan berlagak efektif sepanjang masa akan hanya memudaratkan diri akhirnya. Bukan menidakkan ketentuan ALLAH, cuma sebagai manusia kita sewajibnya berusaha untuk kebaikan. Hari ini mangsanya orang yang mungkin jauh daripada kita, tapi apa perasaannya bila mangsa tersebut seseorang yang rapat dengan kita. Mampukah kita untuk menangis sehingga air mata darah? Nau'zubillahi min zalik.....sekadar renungan bersama.

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: