MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Muslihat Politik Anwar : Siapa Game Dulu?

♠ Posted by kayrozz in ,,,,, at 11:16 PM

Memang dah berbuih2 keluar belon mulut orang ramai dok kata yang Anwar kena buat kenyataan terbuka mengenai tohmahan atau fitnah berikutan tersebarnya klip video seks yang memaparkan si pelakon utama mirip dirinya. Malah sudah saban hari selepas terdedahnya klip video seks tersebut untuk tatapan umum, Anwar Al-Juburi masih lagi bersikap 'tunggu dan lihat' seperti tiada apa2 perkara besar yang sedang berlaku ke atas dirinya. Apakah muslihat Anwar sebenarnya? Apakah Anwar sedang memikirkan sesuatu di dalam benaknya yang sentiasa berputar ligat dan menanti masa untuk bertindak? Ataupun sebaliknya, Anwar Ibrahim sudah mati akal. Apa yang jelas, persepsi masyarakat sangat tertumpu kepada diri Anwar kerana alibi yang cuba dijelmakan olehnya telah lenyap satu persatu, ini termasuklah laman sosial twitternya, laman facebooknya dan juga seutas jam tangan berjenama Omega As-Saudi Arabia yang masih lagi menjadi misteri.

Adakah sikap Anwar berdiam diri bermaksud dia sudah bersalah ataupun sedang mencari ilham yang lebih konstruktif supaya lebih senang untuk melepaskan diri sewaktu prosiding kelak. Lebih2 lagi 16/5/2011 hanya lebih kurang seminggu sahaja dari sekarang, bagi menentukan kes Sodomy II perlu pembelaan Anwar atau kes dibuang. Sesetengah mungkin menimbulkan persepsi bahawa karier Anwar di dalam politik kini berada di noktah dan tidak perlu diselamatkan lagi. Oleh itu, apa yang berlaku kini hanya sebagai kesinambungan cerita seorang fuch-lawan yang gugur di medan perang dan seterusnya perlu dikebumikan. Beberapa insiden yang berlaku di dalam Fuc*atan Rakyat sendiri telah menimbulkan spekulasi hangat di antara pemimpin2 mereka. Satu persatu akan terus dibongkar, dilondeh dan dibogelkan atas nama keadilan yang sebenar2nya . Berani kerana benar, takut kerana salah.

Berikut, petikan akhbar yang menyatakan YDP Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah menggesa Anwar buat kenyataan terbuka :

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya tampil secara terbuka menyatakan bahawa Datuk Shazryl Eskay Abdullah, individu yang mendedahkan rakaman video seks dengan pelakunya mirip dirinya, adalah seorang pembohong dan penipu, gesa sebuah badan bukan kerajaan di sini hari ini.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berkata kenyataan terbuka dari ketua pembangkang itu penting untuk membolehkan rakyat menilai sejauh mana kebenaran disebalik apa yang didedahkan ahli perniagaan itu bersama dua lagi rakannya.

Azwanddin memberitahu Bernama, sejak Eskay dan dua rakannya, yang dikenali sebagai "Datuk T" mendedahkan rakaman video itu kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu, Anwar hanya membuat pelbagai penafian yang dirinya bukan pelaku di dalam video berkenaan. Malah sebaliknya Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah menyalahkan pihak polis, Umno dan kerajaan kononnya terlibat dan berkonspirasi menamatkan hayat politiknya.

"Tetapi yang paling aneh sekali Anwar tidak pernah membuat tuduhan mengatakan Eskay adalah seorang pembohong dan penipu," tegas Azwanddin. "Justeru itu, kami dari JMM meminta dan mendesak Anwar membuat kenyataan secara terbuka yang Eskay adalah seorang pembohong dan penipu dalam episod pendedahan aksi video seks Anwar dan seorang pelacur," katanya.

Azwanddin berkata, bagi membuktikan dirinya adalah mangsa konspirasi, Anwar seharusnya berani untuk tampil menyahut cabaran ini. Beliau berkata jika Anwar enggan berbuat demikian, JMM dan rakyat akan berpandangan Anwar cuba melindungi sesuatu yang diketahuinya dari diketahui umum.
Jumaat lalu, Eskay telah membuat sumpah laknat di sebuah masjid di sini untuk membuktikan Anwar adalah pelaku dalam video seks yang didedahkannya bulan lalu. - BERNAMA

Sumber : [beritaharian]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: