MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Piala Liga EPL & Piala Eropah : MU Di Landasan Terbaik

♠ Posted by kayrozz in ,,,,, at 9:56 AM

Penyokong Real Madrid masih lagi menyambung perbahasan mengenai pemain mana yang lebih hebat sama ada Cristiano Ronaldo ataupun Leo Messi (melihatkan magis yang dipersembahkan oleh Leo Messi baru2 ini sudah mencukupi untuk menutup mulut penyokong2 tegar tersebut). Penyokong2 Real madrid juga turut dihantui dengan kekalahan di tangan Barcelona melalui aggregat 4-1 di peringkat separuh akhir, dan seterusnya membawa Pasukan Barca ke Stadium Wembley bertemu MU pada 28 Mei ini untuk perlawanan akhir Champions League.

Kini, arena bolasepak antarabangsa sekali lagi tertumpu kepada pertembungan emosi dan fizikal (dan berkemungkinan kontroversi) di antara seteru2 utama bola sepak Inggeris. Dua gergasi Liga Premier Manchester United dan Chelsea akan bertemu untuk perlawanan hari ini di Old Trafford, seterusnya penentuan Piala Liga menjadi semakin menarik dan dramatik lebih2 lagi apabila Chelsea mengekori di belakang MU dengan begitu rapat.

Jika Chelsea menang pada malam ini, The Blues akan merampas takhta liga EPL dengan kelebihan 2 perlawanan, seterusnya menyebabkan penyokong2 Red Devils di seluruh dunia akan lebih tertekan. Lebih2 lagi kalau diambil kira kedudukan liga pada 8 minggu lalu di mana The Blues ketinggalan 15 mata di belakang Red Devils. Jika The Blues berjaya memenangi Piala Liga untuk musim 2010/11 ini, ia merupakan pencapaian terhebat Chelsea di dalam sejarah Liga EPL.

The Blues yang kalah kepada Man U di peringkat suku akhir Champions League bulan lalu dilihat akan berusaha untuk membalas dendam dan menang untuk perlawanan hari ini.

Jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti berkata, "Bagi kami, ia ibarat perlawanan akhir. Kami berharap untuk bermain di perlawanan akhir Champions League, namun kini gembira untuk bertemu United dalam situasi yang berbeza. Kami boleh bandingkan ia sebagai perlawanan akhir. Kami akan besedia hari ini untuk pertemuan juga seperti peringkat akhir."

"Terlalu banyak tekanan di sekeliling untuk kami bersedia bagi perlawanan ini, tetapi kami mempunyai cara sendiri untuk bertenang, mengawal emosi dengan lebih baik, tidak terlalu gusar kerana ia memerlukan tenaga, yang sepatutnya diperlukan di dalam perlawanan nanti."

Jurulatih yang berasal dari Itali ini pernah diramal akan dipecat akibat kekalahan sewaktu Champions League. Namun, kini khabar angin tersebut terus tenggelam.

"Anda merasakan musim ini tidak begitu baik namun kini anda diberi peluang. Musim yang tidak baik itu hanyalah pada pandangan orang lain. Pasukan ini masih terus bangkit. Maksudnya para pemain mempunyai karakter yang baik, personaliti, dan begitu profesional. Selepas kekalahan di tangan MU, bukan mudah untuk pasukan meneruskan perjuangan. Namun, segala tindakbalas yang diperolehi selepas itu sangat menakjubkan."

United masih tetap menjadi pilihan. Anak didik Sir Alex Ferguson telah meratah Schalke 04 6-1 di peringkat separuh akhir Champions League, dengan menggunakan tenaga pemain2 simpanan apabila menewaskan mereka 4-1 ketika di Old Traffod demi merehatkan pemain2 berstatus bintang bagi menghadapi Chelsea hari ini.

Wayne Rooney dan Rio Ferdinand hanya duduk di bangku penonton, dan 6 pemain utama yang lain hanya sebagai pemain simpanan sehingga wisel penamat.

"Sejujurnya, mereka membuat saya berasa sangat bangga," kata Ferguson yang merujuk kepada pasukan keduanya. "Ia merupakan perlawanan separuh akhir dan juga sangat penting sehingga saya sendiri terpaksa bertanya diri sendiri banyak kali samada betul atau tidak tindakan saya ini? Namun, saya sangat gembira kerana kami bukan sahaja menang tetapi menang dengan cukup bergaya. Ia amat menakjubkan untuk kelab. Kami berada di tempat yang sepatutnya kami berada."

Manchester United telah berada di tiga daripada empat perlawanan akhir Champions League yang lalu, dan pernah bertemu Barcelona pada tahun 2009. Barca menang 2-0. Ferguson merasakan yang kelabnya akan mempunyai peluang yang lebih baik kali ini.

"Pasukan kami merupakan pilihan untuk perlawanan yang lalu namun kami dibatasi dengan pengalaman," katanya Ferguson. "Tetapi bagi musim ini dan yang lalu Barca telah menonjolkan kemajuan yang cukup baik. Ia akan menjadi salah satu final yang terbaik dan klasik. Ia seharusnya melambangkan sejarah dan tradisi untuk kedua2 kelab tersohor ini. Kami tidak berfikir bahawa pasukan akan kurang berkeyakinan kali ini. Prestasi pemain adalah lebih baik musim ini dan kami akan menjadi sebuah pasukan yang cukup cemerlang nanti."

Ferguson dikatakan akan bertemu dengan rakan sejawatnya, jurulatih pasukan Real Madrid untuk mendapatkan sedikit tips.

FOREVER MANCHESTER UNITED!
GLORY! GLORY! GLORY! MANCHESTER UNITED

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: