MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Mandat Rakyat Dilacurkan : Perlu Apa Lagi Tambahan Masa??

Ulasan Naratif :

Tempoh 21 bulan sudah mencukupi untuk kita mengenali karakter pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Rakyat telah redho dan rasional bila kuasa dan mandat diserahkan kepada PH seusai PRU14 meski masih bersangsi. Tiada penyaksian gerombolan protes dan rusuhan terlihat bagi menyambut kemenangan PH. Malahan majoriti rakyat terus menyambut PH dengan penuh semangat dan jiwa membara bagi melihat Malaysia bakal keluar dari kepompong penjajahan 'kleptokrasi' oleh Barisan Nasional (BN) hasil dendangan pimpinan PH selama ini.

Mengenali PH, Manifesto bukan Kitab Suci yang dijanjikan oleh PH sering diputar-belitkan dengan pelbagai sogokan alasan. Hasilnya janji² telah dipalsu dan dicapatikan. Kalau pun ada yang tertunai umpama melepaskan batuk di tangga atau pemberian tanpa keikhlasan. ((Ada udang di sebalik batu)) dan di pengakhirannya rakyat juga yg mendapat bala bukannya laba.

Kita boleh lihat secara umum struktur Politik, Ekonomi dan Sosial telah merudum selepas pemerintahan 21 Bulan ini. Pembuat dasar dan keputusan pimpinan PH tidak mengotakan apa yang telah dijanjikan dan dikatakan sebelum menang PRU14. ((Walk The Talk)).

Rumusan yang boleh diberi kini adalah majoriti rakyat tidak berpuas hati, lebih² lagi suara rakyat dipinggirkan dan diketepikan. Malahan terlalu banyak isu sentimen dialunkan bagi menambah derita dan seksa rakyat. Hasilnya diterjemahkan ke dalam PRK dan keputusan 5 PRK yang lalu sememangnya tidak memihak kepada kerajaan PH. Secara konklusif rakyat sudah menolak PH di atas kerosakan yang dibuat sepanjang 21 Bulan memerintah.

Terkini, kemelut politik yang semakin meruncing telah mengheret lagi rakyat ke persada ancaman kemakmuran antara kaum dan keselamatan negara. Apa yang terkesan juga adalah Ekonomi yang tidak menampakkan sinar cahaya selama ini terus dihimpit sengsara apabila Bursa BSKL menjunam jatuh lebih 40 mata dalam masa sehari hingga akibatkan kerugian pasaran RM40 Bilion. ((BSKL Dark Day)).

PH wajib bertanggungjawab atas kerosakan yang telah dibuat. ((Damaged has been Done)). Usah menuding jari kepada sesiapa jika pakatan sudah roboh. Namun, jika mandat telah diberi tetapi dilacurkan atas keghairahan dan ketamakan kuasa hingga perbalahan sesama pimpinan PH, apa perlunya lagi tambahan masa diberi oleh rakyat kepada mereka?

Kembalikan kuasa kepada rakyat!!
Biar rakyat yang menentukan!!
Siapa yang akan memimpin untuk masa hadapan Tanah Tumpahnya Darah Ku!!

Cukup 21 Bulan PH Perintah!!
Jangan diberikan walau sesaat untuk tambahan masa..

"BUBAR PARLIMEN!!!"

kayrozz
27/2/20

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: