MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Rapatkan Saf : Pemimpin Wajib Perjuangkan Rakyat!!

Allahyarham Dato’ Haji Ahmad Boestamam, sasterawan dan pejuang kemerdekaan tanah air yang banyak menghabiskan hidupnya untuk bidang-bidang tersebut hingga meninggalkan nama yang harum di kalangan di kalangan rakyat negara ini.

Pada tahun 1946, seorang pemuda Melayu telah mengarang sebuah buku kecil yang mendidihkan darah penjajah. Antara seruan buku itu ialah untuk "menyatukan pemuda (Melayu) yang insaf dalam satu barisan", "memperkukuh perpaduan pemuda-pemuda Melayu seluruhnya", dan mengajak "perpaduan bangsa Melayu". Begitu mengugat sekali buku yang tidak sampai 30 muka surat itu sehinggalah kerajaan penjajah bukan sahaja mengharamkannya malah pemuda Melayu tersebut turut ditangkap dan dipenjarakan.

Klik Sumber Bacaan : [Baca Lagi..]

Satu lagi detik penting terlakar dalam arena politik negara. Dua parti yang mendakwa menjuarai ‘label’ masing-masing iaitu Melayu dan Islam akan memeterai ikatan kerjasama, kali ini atas nama ‘Penyatuan Ummah’.

Klik Sumber Bacaan : [Baca Lagi..]

Harapan kembali menggunung untuk melihat sejauh mana perkembangan selanjutnya selepas PM-8 dijangkat menjadi pemimpin bagi ummah Malaysia. Tarikh keramat 1/3/2020 pasti membuat seluruh rakyat ternanti-nanti langkah positif bakal diterajui oleh YAB  Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY).

Meski kemelut belum reda apabila Tun M & DSAI pasti juga mengorak langkah untuk menjatuhkan teraju baru oleh TSMY (demi suaka politik terakhir). Ia berikutan desakan untuk mempercepatkan panggilan bagi sidang Dewan Rakyat bagi mengusulkan UNDI TIDAK PERCAYA yang dijangka mungkin boleh berlaku pada 9/3/2020 (Ikut Tarikh Kalendar) atau pun TSMY bijak membeli sedikit masa lagi bagi membolehkan beliau menganalisa strategi terbaik sebelum memukul gendang seterusnya.

YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHAMAD YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8

Kita sewajarnya memberikan TSMY ruang untuk menjalankan tanggungjawab dan perancangannya demi memberikan yang terbaik buat rakyat secara umumnya. Segala kepentingan politik perlu dihentikan serta merta dan mendahului rakyat bagi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan. Secara amnya, rakyat telah memberikan ruang cukup banyak bagi sekalian poltikus sejak 22/2/2020 akibat daripada perpecahan dan kemelut.

Di atas kebijaksanaan SPB YDPA Al-Sultan Abdullah, pelantikan TSMY merupakan wadah terkini sebagai pucuk pimpinan yang mungkin boleh membawa seluruh rakyat Malaysia keluar dari kepompong kemelut politik ((Malaysia Political Turmoil -2020)). Rakyat telah menunjukkan betapa mereka telah matang dan bersikap toleransi sesama kita demi melihat Tanah Tumpah Darah ku terus dilimpahi perpaduan dan kemakmuran. Usah dibiarkan kita terjerat dengan tipu muslihat sekelumit penentang yang cuba memporak perandakan sesama kita.

Berfikirlah secara positif dan berlapang dada serta terus istiqamah untuk seluruh pemimpin tidak kira haluan kanan atau kiri. Tetapkan keimanan dan kuatkan iltizam dalam diri masing-masing bagi terus memberikan yang terbaik buat rakyat. Jangan sesekali diulangi segala kesilapan lampau yang telah membawa perpecahan mudarat sekaligus mengancam perpaduan yang telah dikecapi selama ini.

Rapatkan saf, kukuhkan perpaduan, muhasabah diri dan istiqamah...

Semoga ada sinar terus menunggu di penghujungnya.. 

TAKBIRR!!!!
ALLAHU AKBAR!!!

kayrozz
2/3/2020

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: