MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Showing posts with label PRU Singapura ke-14. Show all posts

Edisi Cover-Line : Bersara Lepas Kalah Teruk!

Lee Kuan Yew duduk dalam kabinet Singapura sejak 1965-2011

Goh Chok Tong menjadi Ahli Parlimen Singapura sejak 1976-2011

Artikel mengenai Kuan Yew dan Chok Tong letak jawatan berkuatkuasa 14/5/2011 :

SINGAPURA: Dua bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong mengumumkan peletakan jawatan dari Kabinet semalam, menyusuli keputusan pilihan raya terburuk Parti Tindakan Rakyat (PAP) sejak kemerdekaan republik itu pada 1965.

Kuan Yew, 87, yang juga Menteri Mentor dan Chok Tong, 69, Menteri Kanan, membuat pengumuman bersama mengenai persaraan itu dengan menambah bahawa generasi muda semakin mendesak untuk turut memberi pandangan mengenai keputusan masa depan mereka.

"Kami sudah mengkaji suasana politik baru dan bagaimana ia mempengaruhi masa depan.

Kami sudah memberi sumbangan kepada pembangunan Singapura.

“Masanya sudah tiba bagi generasi baru untuk membawa Singapura ke depan dalam keadaan lebih rumit dan kompleks. Perdana Menteri dan pemimpin muda dalam pasukannya perlukan permulaan baru,” kata Kuan Yew dan Chok Tong.

Kuan Yew adalah Perdana Menteri mulai 1959 hingga 1990 dan Chok Tong mengambil alih selepas 2004. Dua pemimpin itu menang kerusi Parlimen dalam pengundian terbaru, 7 Mei lalu.

PAP meraih 60 peratus undi, menurun daripada 67 peratus berbanding pengundian 2006 dan 75 peratus pada 2001.
Parti Pekerja (WP) menang enam kerusi dalam pilihan raya terbaru, bilangan terbanyak sejak kemerdekaan negara itu.

Mengambil kira perkhidmatan mereka, Kuan Yew dan Chok Tong mempunyai 91 tahun pengalaman dalam politik.

Kuan Yew adalah Perdana Menteri paling lama di kalangan anggota Komanwel dan di rantau Asia.

Chok Tong pula menyertai kerajaan pada 1977 selepas menamatkan perkhidmatan dengan firma perkapalan Neptune Orient Lines.

Beliau pantas mendaki tangga kuasa apabila menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1985 dan Perdana Menteri pada 1990 sebelum menyerah kuasa kepada Lee Hsien Loong pada 2004.

Kuan Yew dan Chok Tong, bagaimanapun, terus menjadi Ahli Parlimen, mewakili Tanjong Pagar dan Marine Parade. – Agensi

Sumber Informasi Sejagat [beritaharian]

Tiga pemimpin terkini di Malaysia yang patut ikut jejak langkah Kuan Yew & Chok Tong :

Kit Siang, bila pulak nak bersara daripada politik?

Mahaguru Fatwa pun lama lagi ke nak bersara?

Ohh...Esok, Anwar Al-Pandikutty Sivaji nak bersara?
Tungguuu 16/5/2011!

PRU ke-14 : Sejarah Tercipta Di Singapura?

Singapura, 7 Mei - Rakyat Singapura hari ini keluar mengundi di 782 pusat pengundian yang bermula seawal jam 8 pagi. PRU Singapura yang ke-14 ini telah mendapat perhatian di seluruh dunia termasuk negara jiran Malaysia apabila Parti Bertindak Rakyat (PAP) telah mendapat tentangan hebat daripada pembangkang selain mencatat sejarah tersendiri di arena politik Singapura.

Belia di Singapura yang seramai 2.35 juta orang telah menjadi penggerak utama di dalam pilihanraya kali ini sehingga memaksa parti yang memerintah PAP menerima cabaran yang paling hebat dan sengit sejak Singapura mencapai kemerdekaan, sehingga memperlihatkan kerusi2 yang di pertandingkan pada kali ini adalah sebanyak 82 kerusi daripada 87 jumlah kerusi keseluruhan.

Selain PAP, yang diterajui Perdana Menteri Lee Hsien Loong, parti2 politik lain yang bertanding adalah termasuk Parti Buruh (WP) diketuai Low Thia Khiang, Parti Reform (RP) diketuai Kenneth Jeyaretnam dan Parti Bersekutu Singapura (SDA) diketuai Chiam See Tong, yang juga dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) dan Parti Rakyat Singapura (SPP).

Lain2 parti yang bertanding adalah Parti Solidariti Kebangsaan (NSP) dan Parti Demokratik Singapura (SDP).

Di dalam salah satu kenyataan yang jarang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Mr Lee memohon maaf bagi pihak kerajaan di atas kerumitan yang terpaksa dilalui oleh rakyat Singapura kerana pilihanraya tersebut serta segala salah laku tindakan kerajaannya selama ini jika ada.

Menteri Mentor, Lee Kuan Yew yang merupakan ayahanda kepada Lee Hsien Loong telah menang tanpa bertanding.

Keputusan Pilihanraya Umum Singapura yang ke-14 ini akan diketahui selewat2nya jam 8 malam ini.

Sumber : [bernama]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI