MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Showing posts with label jenayah di malaysia. Show all posts

TERKINI!! : Suspek Kelar Dan Bunuh Siswi UITM DiReman

Al- Fatihah buat Allahyarhamah Nur Syuhada Johari yang meninggal dunia secara tragis kelmarin akibat dibunuh secara kejam oleh pasangan mangsa. Diberitakan hari ini suspek telah pun ditahan reman bagi siasatan lanjut.

Laporan lanjut, sila klik sini :
[HARIAN METRO TERKINI]

Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal solehah. Jangan dipertikaikan apakah asbab atas sesuatu kejadian. Sudah pasti ketentuan Illahi yang memberikan suatu kehidupan dan kematian atas ketentuan qada' dan qadarnya. Siapakah kita untuk mempertikaikan 'qun fayakun' dari Sang Penciptanya??

Mamat Ex-Exist Kantoi Lagi Dowh!!

Tiub Dadah Masuk Jalan SODOMY!!

Mamat Ex-EXIST Past DEAD!!

Terbaik dari ladang kau MAMAT. Kontroversi demi kontroversi yang melanda diri bekas penyanyi kumpulan budak2 kecik Ex-EXIST kelahiran Johor Bahru ini telah sekali lagi menggemparkan Malaysia. Walaupun namanya dah lama jugak di BLACKLIST dalam industri muzik tanah air, namun kini Mamat cuba mencari populariti dengan kaedah yang lain. Mungkin publisiti yang kau dapat meluas macam masa popular dedulu, tapi ganjaran yang bakal diperolehi hanyalah limpahan ludah dan caci maki jer beb. Tak ada maknanya orang nak lambung duit menimbun kat lu. Kali ni Mamat sekali lagi tersangkut dengan kes dadah. Beli sudah, Pakai sudah, Jual Sudah dan yang terkantoi pulak ni bila Mamat nak cuba seludup dadah lalu badannya sendiri. Hebat lu geng!! Nak test badan kau yang tak berapa nak ada ke tu?

Apapun, Mamat telah disabitkan atas kesalahan cuba menyeludup dadah jenis 'methampethamine' selepas ditangkap pada 9 Julai yang lalu. Selepas dibicarakan di Mahkamah Seksyen Johor Bahru pagi tadi, Mamat mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM1,000 atau dipenjara. Selain itu, Mamat dikehendaki melapor dirinya di Balai Polis Tampoi, Johor setiap 2 bulan untuk 'check it out'. Aduhai!! Dadah ni memang najis sangat. Bawak tobat bro!!! Salam.

Lalu Pintu Belakang kot Mamat punya stail!! Adusshhh!!

Mayat Kerat 15 : Kanibalisme Merebak Di Malaysia?

♠ Posted by kayrozz in ,,
Gaya Kanibalisme

Ini versi kerat 18....SADIS!!
Tanda tanya bau busuk yang dihidu penduduk Blok Charyssa, Pangsapuri Astaria di Taman Kosas, di sini, sejak Sabtu lalu terjawab selepas penemuan beberapa anggota badan manusia yang dikerat lebih 15 bahagian, petang semalam.

Penemuan mayat seorang lelaki oleh penduduk yang memeriksa sebuah kediaman di blok berkenaan yang tidak berpenghuni sejak 10 tahun lalu itu selepas tidak tahan dengan bau busuk.

Seorang penduduk Shahril Abdul Rahman, 30, yang tinggal selang satu rumah dari kediaman itu mendakwa kira-kira jam 2 petang semalam mereka menemui sebelah kaki kiri yang disangkakan kaki patung.

Bagaimanapun, katanya selepas berulang kali diamati kaki berkenaan, mereka dapati kaki terbabit ialah kaki kiri manusia dan penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis.

“Pada jam 5.45 petang sepasukan polis dengan dibantu Unit Patalogis Hospital Ampang menemui lagi organ manusia seperti usus dan perut dalam mangkuk tandas di tempat sama kaki ditemui,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata hasil pemeriksaan lanjut pihak polis menemui bahagian lain tubuh manusia yang sudah dipotong di atas siling bilik air sama.

“Bahagian lain tubuh mangsa itu dipercayai dipotong dengan objek tajam sebelum dibungkus dengan plastik,” katanya di tempat kejadian, malam tadi.
Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti identiti mangsa yang dipercayai dibunuh kurang dari seminggu.

“Polis percaya suspek tinggal di sekitar pangsapuri berkenaan dengan menjadikan unit kediaman itu sebagai tempat melepaskan ketagihan minuman keras.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Rakan Cop Polis Selangor di talian 03-20529999 bagi membantu siasatan.
Polis masih lagi menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan jantina mangsa kerat 15 tersebut. Selain itu, terdapat seorang mayat kanak2 ditemui di sekitar kawasan premis tersebut di dalam lingkungan umur 5 hingga 6 tahun. Namun, mayat kanak2 tersebut lengkap jasadnya apabila ditemui.

Kerat guna senjata apa?

Dr Hannibal Lecter The Cannibal. Mona Fandey turun ilmu kat saper?

CSI Kayrozz : Kes ni memang menggemparkan sekalian masyarkat setempat khususnya dan di Malaysia amnya. Keadaan mayat dikerat 18 pernah dilakukan oleh Bomoh Mona Fandey berdekad yang lalu, namun ia bukanlah suatu jenyah kejam yang mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja yang bernama manusia kecuali mereka yang sudah hilang akal dan fikiran serta berimejkan syaitan dan iblis. Kes bunuh sudah menjadi suatu kekejaman yang serius, apatah lagi bila mayat tersebut dikerat2 bagi menghilangkan identitinya. Huh!! Inilah kezaliman buatan manusia, bukan HANTU atau JEMBALANG.

[Video Penuh!!] : Drama Tebusan Murid2 Tadika Di Muar, Johor

Hasil kecekapan anggota UTK (Unit Tindakan Khas-PDRM) mematahkan serangan seorang penagih dadah di sebuah tadika di Muar pagi tadi menamatkan DRAMA TEBUSAN ke atas 30 orang murid dan 4 orang guru. Diberitakan suspek telah ditembak di kepala, dan kini sedang dirawat di salah sebuah hospital di daerah Muar. Suspek dilaporkan masih koma dan di dalam keadaan kritikal.

Apapun, SYABAS!! buat PDRM yang berjaya membuktikan ketangkasan mereka di dalam senario yang amat meruncing dan melibatkan ramai nyawa orang awam, lebih2 lagi kanak2 yang terlibat. Suspek bukan sahaja seorang psycho tapi tersangatlah GILA BABInya....kahakk ptuihhh!!! Mampos pun tak per....lagi baikkk!!!
Video : Sekitar Drama Tebusan Yang Berjaya Dirakamkan Pagi Tadi

MUAR 7 Julai - “Cikgu bunuh saya, sebelum saya bunuh cikgu dan kesemua kanak-kanak ini.”

Itu antara ugutan lelaki, berusia 30 tahun yang menahan 30 orang kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun dan empat orang guru wanita dalam satu drama tebusan selama lima jam di Taman Asuhan Kanak-kanak Serikids, Taman Cemerlang, Sungai Abong di sini hari ini.

Lelaki yang dipercayai seorang penagih dadah itu membuat ugutan tersebut ketika pengetua taman asuhan itu, Tee Sew Tuan cuba memujuknya menyerah diri kepada polis.

"Dia meminta pengetua membunuhnya, kalau tidak dia akan membunuh kami semua,” cerita Norazah Mohd. Shah, 23, salah seorang daripada empat orang guru wanita yang turut dijadikan tebusan lelaki tersebut. - Bernama

Sumber Informasi Sejagat [blogMiM]

WAJIB Dibunuh Sahaja Pembunuh Bayi!!!

Apalah sangat kalau korang tengok orang buat salah kena tembak, pancung, kerusi elektrik, sula, direjam batu dan sebat jika nak dibandingkan dengan kesalahan yang manusia Iblis ni buat seperti mencampakkan bayi yang tidak berdosa seperti gambar di bawah dan juga membunuh seperti ini

[BH] KUALA LUMPUR: Apalah dosa seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan hingga ada manusia tergamak mencampaknya dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Sentul di sini, ke atas permukaan jalan, hingga bayi malang itu ditemui mati dengan kepalanya pecah, malam kelmarin.

Bayi masih bertali pusat yang dibungkus dalam plastik itu ditemui tertiarap dalam keadaan menyayat hati oleh penduduk Pangsapuri Sentul Utara pada jam 11.45 malam, di tempat letak kereta, kurang dua meter dari tong sampah.

Polis percaya bayi itu dicampak dari balkoni laluan tangga pangsapuri berkenaan dengan pelakunya dipercayai cuba membuang bayi terbabit ke dalam tong sampah, namun tersasar ke permukaan jalan.
Pemeriksaan polis turut menemui titisan air dipercayai air ketuban di tangga tingkat empat pangsapuri 15 tingkat itu.

Mayat bayi itu ditemui hanya 16 jam selepas penemuan mayat seorang bayi perempuan yang tersangkut di celah batu di sungai berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi kelmarin.

Sambil menyifatkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu sebagai amat hina dan keji, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bayi itu milik penduduk pangsapuri berkenaan.

"Selain itu, kita juga menyiasat kemungkinan bayi malang ini dibawa oleh orang luar sebelum dibuang di kawasan ini. Berdasarkan kesan kecederaannya, kita percaya bayi ini jatuh dari tempat tinggi iaitu dicampak ke bawah dari pangsapuri ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai khususnya penduduk pangsapuri itu yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Saksi kejadian, Ahmad Azhari, 34, berkata beliau baru pulang dari pejabat dan terkejut apabila melihat bungkusan berisi seperti anak patung berhampiran tong sampah, ketika melalui kawasan itu.

“Hancur hati saya melihat rupa-rupanya bungkusan itu berisi bayi baru dilahirkan dengan kepalanya pecah,” katanya.

Sumber Informasi Sejagat [duniacacamarba]

kayrozz : dunia sudah jadi lebih gila bila Iblis dan Syaitan mula merasuki manusia!!!!

Edisi Potong! : ANU Yang Bernama

Kepada perogol bersiri, berita tergempar ini mungkin akan menjadikan mimpi paling ngeri seumur hidup anda. Siapa kata ANU tidak bernama. Sah Ada Nama!!! Bila ia boleh dijadikan bahan bukti, sudah tentu boleh dibawa ke balai polis kerana ia mempunyai tanda nama (name tag)..kih kih kih. Aku tak tahu berapa tahun nak meraung kalau dah hilang ANU. Menangis air mata asid pun belum tentu kalau disambung masih berfungsi lagi. Anu...Anu...kau ada nama rupanya. Itulah pasalnya, kalau dah dijadikan bahan bukti boleh tahu siapa nama si ANU. Atoyaiii!!!!

Wanita bawa kemaluan lelaki yang menyerangnya ke balai polis

DHAKA: Seorang wanita berusia 40 tahun memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogol dan membawanya ke balai polis sebagai bukti, kata polis di sini, hari ini.

Ketua Polis daerah itu, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin, diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka malam Sabtu lalu.

"Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya.

Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek sedang menjalani rawatan di hospital. - AFP

Sumber [beritaharian]

Edisi Y Not! : Pakai Helmet Dalam Kereta

.

Memandangkan musibat yang sakit mental belum lagi tertangkap, menyebabkan rata2 bakal mangsa semakin trauma dan takut apabila berada di luar. Memang si musibat penyimbah asid seorang yang psycho dan boleh dikategorikan sebagai 'serial acid sprinkler'. Dia dah tahu seluruh Malaysia tengah dok hangat dan perati kat dia, jadi musibat ni pun mendiamkan diri untuk sementara waktu. Aku rasa bila tempoh bertenang musibat ni dah tamat, pasti dia akan keluar mencari mangsa terbarunya. Biarpun, masih trauma aku harap kesemua bakal sasaran utamanya perlu sentiasa berwaspada dan mengambil langkah2 keselamatan tertentu sekiranya terserempak dengan musibat maniac ni. Ada cadangan untuk pakai helmet pulak dalam kereta, tapi kenapa pula tidak sekiranya ia boleh membantu. Tak payah nak rasa malu dan segan walaupun agak 'weirdo', tapi apa yang paling penting adalah keselamatan lebih terjamin. Kalau dapat yang full-face lagi terbaikkk!!!

Klik sini untuk jengah apa lagi yang Kak Pornah kata [Pakai Helmet Dalam Kereta]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

Musibat Penyimbah Asid : Sebarkan!!

Sila sebarkan untuk sekalian rakyat. Musibat Penyimbah asid.
Tangkap dan Humban ke Penjara!!
Lu Langsi...Lu mati!!!

Sumber Informasi Sejagat [panglimaperangcyber]