CADAR PATCHWORK MURAH

DE FARHANA HOME FURNISHING [PG0318684-D] : MENJUAL RUNCIT & BORONG CADAR PATCHWORK 100% COTTON. DAPATKAN DENGAN KUALITI TERBAIK PADA HARGA MURAH!! PM PAGE FB KAMI : Quilt De'FarHana atau SMS/Whatsapp 017-7868751 / 019-4768414

Jalur Gemilang Dibakar Dan Web Melayu Babi....Kurang Ajar atau Terlebih Ajar??

♠ Posted by kayrozz at 2:40 PM

Salam mubaraqah....

Sedih dan terkesima apabila mengenangkan telah wujud pakatan untuk menjatuhkan ummah..

Jangan ada benci...sebab bila tiada benci, nanti boleh bilang cinta...namun semangat kecintaan telah seperti pudar dalam budaya serumpun dan semangat setiakawan. Kewujudan semangat MALINDO seperti telah terkubur akibat penghinaan sebegitu rupa.

Jangan melatah duhai ummah, bahawa buat kesekian kalinya inilah merupakan dugaan akibat nafsu serakah segelintir manusia yang sanggup menggadai hati dan naluri masing-masing demi suatu kepentingan yang tidak abadi. Sabar itu separuh daripada keimanan..dan sayugia diingat bahawa IMAN tunjang kehidupan yang kekal abadi. Saya kagum dengan semangat 1Malaysia seperti yang ditonjolkan dlm perhimpunan serba sederhana baru-baru ini bagi menyambut kemerdekaan yang ke-53. Mereka yang berakal tentunya akan merasakan nikmat bahagia apabila melihat suatu perpaduan, namun ada segelintir yang cuba menanam rasa benci dan hina malah bernafsu untuk melihat kepincangan kepada perpaduan.

Apa kesudahan atau natijah kepada perpecahan? Secara logiknya akan tiada keamanan, berlaku perang antara saudara dan kaum, lalu yang menderita makanya generasi yang mendatang. Amat meyedihkan lagi memilukan jika terhina, namun ummah yang celik berakal perlu jadikan ia suatu iltizam dan cabaran untuk membuktikan bahawa kebangkitan pasti akan tiba jua. Perjuangan memang tidak akan selesai sampai bila2, ummah perlu buktikan bahawa keinginan untuk hidup di muka bumi tercinta ini memang memerlukan pengorbanan yang tidak terhingga..jika tercabut nyawa sekalipun bagi menegakkan agama, bangsa dan negara, ia perlu dikotakan. Namun, semangat berhemah dan berfikir dahulu sebelum bertindak mesti dijadikan amalan dalam kehidupan. Bukan tenaga yang menentukan kemenangan dalam perjuangan, hanya dengan akal yg waras serta minda yg tajam akan dijadikan sandaran penuh bagi kemasyhuran. Ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut akal pasti akan menjadi.

Pupuk jiwa dan semai kecintaan dari hati dan nurani yang ikhlas bahawa apa jua perjuangan di dunia yg fana ini hanya atas sebab kehidupan yang tiada kekal lama. Kelak mati tiada disisipkan sebungkal emas mahupun mahkota, atau sebaris gelaran mahupun harta sebelanga...apa yang tinggal hanyalah sekujur tubuh yg pasti akan membusuk sehingga tinggal rangka. Ketika itu sedarilah bahawa apa jua perjuangan di muka bumi ini hanya sia2 jika tidak disertakan keikhlasan bagi menjana kehidupan yang terbaik seperti diimpikan.

Bersatulah ummah...berganding bahu dan tenaga...elak bersengketa dan buruk sangka...terjemahkanlah perjuangan ke arah hidup yang kekal bahagia...bukan hanya di dunia malahan akhirat sekali perlu dikira...Hidup 1Malaysia...Tak kan Melayu hilang di dunia...terus gagah perkasa...

0 comments:

DAPATKAN KOLEKSI CADAR BARU! SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT KOLEKSI TERKINI!!! photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png
STOKIS & PENGEDAR SAH : FARGHALY BEDSPREAD & CARPET
 photo 35876933-1d1e-472e-9d9b-9a7962294c12_zps98232114.png

No comments: