MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

PRU ke-14 : Sejarah Tercipta Di Singapura?

♠ Posted by kayrozz in ,, at 1:53 PM

Singapura, 7 Mei - Rakyat Singapura hari ini keluar mengundi di 782 pusat pengundian yang bermula seawal jam 8 pagi. PRU Singapura yang ke-14 ini telah mendapat perhatian di seluruh dunia termasuk negara jiran Malaysia apabila Parti Bertindak Rakyat (PAP) telah mendapat tentangan hebat daripada pembangkang selain mencatat sejarah tersendiri di arena politik Singapura.

Belia di Singapura yang seramai 2.35 juta orang telah menjadi penggerak utama di dalam pilihanraya kali ini sehingga memaksa parti yang memerintah PAP menerima cabaran yang paling hebat dan sengit sejak Singapura mencapai kemerdekaan, sehingga memperlihatkan kerusi2 yang di pertandingkan pada kali ini adalah sebanyak 82 kerusi daripada 87 jumlah kerusi keseluruhan.

Selain PAP, yang diterajui Perdana Menteri Lee Hsien Loong, parti2 politik lain yang bertanding adalah termasuk Parti Buruh (WP) diketuai Low Thia Khiang, Parti Reform (RP) diketuai Kenneth Jeyaretnam dan Parti Bersekutu Singapura (SDA) diketuai Chiam See Tong, yang juga dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) dan Parti Rakyat Singapura (SPP).

Lain2 parti yang bertanding adalah Parti Solidariti Kebangsaan (NSP) dan Parti Demokratik Singapura (SDP).

Di dalam salah satu kenyataan yang jarang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Mr Lee memohon maaf bagi pihak kerajaan di atas kerumitan yang terpaksa dilalui oleh rakyat Singapura kerana pilihanraya tersebut serta segala salah laku tindakan kerajaannya selama ini jika ada.

Menteri Mentor, Lee Kuan Yew yang merupakan ayahanda kepada Lee Hsien Loong telah menang tanpa bertanding.

Keputusan Pilihanraya Umum Singapura yang ke-14 ini akan diketahui selewat2nya jam 8 malam ini.

Sumber : [bernama]

0 comments:

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI

No comments: