MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Showing posts with label Mahathir. Show all posts

Semoga Tun M Cepat Sembuh - kayrozz

♠ Posted by kayrozz in ,,
Semoga Tun M yang dikasihi akan lekas sembuh

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada pagi Rabu, setelah mengadu sakit dada.

Beliau dimasukkan ke wad biasa pada pukul 6 pagi tadi selepas mengalami demam dan batuk sejak dua hari lalu.

Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas pada ketika menjalani rawatan intravena antibiotik dan fisioterapi dada secara intensif.

Pembantu khas beliau, Sufi Yusof dalam satu kenyataan di sini berkata, Dr Mahathir dijangka berada di IJN selama seminggu.

Para doktor turut menasihatkan supaya beliau tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat.
- Bernama

kayrozz : Ya Allah! Engkau selamatkan Tun Mahathir daripada sebarang mala petaka dan bala bencana serta Engkau berikanlah kepadanya kesihatan yang baik serta hidup yang diberkati dan diredhai olehMU Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim! Amin Ya Rabbal A'lamin.

Selamat Ulangtahun Ke-65 UMNO - Tradisi Membela Rakyat

KUALA LUMPUR , 9 Mei – Rabu ini genap 65 tahun usia UMNO sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Bagi mengingati hari bersejarah itu, tunjang parti pemerintah itu akan mengadakan sambutan untuk meraikan Hari UMNO ke 65 tahun di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, seperti lazimnya, majlis itu akan bermula dengan solat maghrib berjemaah diikuti bacaan Yassin, tahlil serta doa kesyukuran sebelum solat isyak di Surau Al-Rahman, PWTC.

Ia akan disusuli dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden parti, dan majlis penyampaian Anugerah Tokoh Melayu Terbilang.

“Anugerah Tokoh Melayu Terbilang menampilkan satu kelainana apabila ia turut mengurniakan ‘Anugerah Tokoh Melayu Terbilang’ kepada wanita. Ia adalah sebagai penghargaan kepada wanita yang banyak menyumbang kepada negara memandangkan sebelum ini anugerah itu hanya dianugerahkan kepada golongan lelaki.

“Pada kali ini kita buat penambahbaikan untuk menghargai peranan wanita. Kita akan beri dua anugerah iaitu satu untuk Tokoh Lelaki Melayu Yang Terbilang dan Tokoh Wanita Melayu Yang Terbilang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata, orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO dijemput untuk bersama-sama meraikan majlis bersejarah itu. -MediaUMNO

TIDAK UMNO HILANG DI MALAYSIA!
UMNO TETAP DAN TERUS GAGAH DI PERSADA DUNIA!
HIDUP MELAYU!
HIDUP UMNO!

Sumber : [umno-online]

Amanat Berharga Tun M Untuk Melayu

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai satu keinginan tidak terkawal ingin menjadi Perdana Menteri sehingga menyebabkan ketua pembangkang itu sanggup menggadai bangsanya demi mendapat sokongan bukan Melayu, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perpecahan perpaduan orang Melayu adalah kejayaan jelas bekas timbalannya itu sehinggakan Melayu menjadi bangsa yang lemah, kata beliau.

Cita-cita orang yang tidak berpuas hati dengan UMNO dan mahu melihat orang Melayu berpecah mengambil peluang dari 'jaguh' yang mampu merealisasikan cita-cita mereka itu katanya lagi.

Itu antara apa yang diperkatakan di dalam ucaptama pada perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di Alor Setar hari ini.

Mantan Perdana Menteri itu terus menambah dengan mengatakan orang Melayu mudah lupa. Mereka sepatutnya belajar dari sejarah bagaimana British menguasai Raja-Raja Melayu yang memecah-belahkan perpaduan orang Melayu dan penubuhan Malayan Union.

UMNO ditubuhkan untuk menggabungkan bangsa Melayu tetapi masih ada orang yang sanggup merosakkan parti bangsanya sendiri kata Dr. Mahathir.

Sumber Utama : [housepk] : Malaysia Instinct

Bangkit Melayu, Mari Bersatu!

Anak2 Melayu sedar diri kita sebagai anak bangsa. Tinggikan martabat dan jatidiri serta iltizam untuk bangkit menghadapi masa depan supaya lebih bermaruah dan dihormati. Baca e-mail di bawah bagi mendapat manfaat bersama2, Insya Allah :

PERJALANAN sejarah riwayat bangsa Melayu bukan sekadar bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, bukan. Riwayat dan survival bangsa ini sebenarnya cukup lama, malah jauh lebih lama daripada sejarah bangsa Eropah, memakan masa ribuan tahun kegemilangannya, begitu gemilang bangsa kita suatu zaman dulu.

Gugusan tanah ini pernah menyaksikan Melayu pernah gemilang di bawah panji Sriwijaya, satu nama empayar Melayu yang tersohor ke seluruh benua Timur. Para pelayarnya suatu ketika dahulu diberi penghormatan oleh bangsa-bangsa dunia, bukan kerana Melayu itu bangsa pilihan Tuhan, tetapi kerana bangsa Melayu itu satu bangsa yang menjadi induk kepada bangsa-bangsa dan suku-suku di Nusantara.

British yang menduduki Betawi (Indonesia) sanggup melepaskan dan menawarkan Betawi yang sungguh luas kawasannya kepada Belanda hanya semata-mata mahu memiliki Semenanjung Tanah Melayu yang sekangkang kera cuma. Jepun juga pernah datang ke sini untuk memiliki Tanah Melayu. Tanah yang berada di hujung laluan paling sempit (Selat Melaka) ini, adalah tanah yang menjanjikan kenikmatan dunia.

Sayanglah jika tanah yang pernah menyaksikan pertumpahan darah nenek moyang Melayu untuk mempertahankannya suatu ketika dahulu akhirnya boleh sahaja bertukar tangan kepada puak lain yang sentiasa mahu merampas daripada para pewarisnya.

Manuskrip-manuskrip lama yang direkodkan pelayar-pelayar Eropah, China dan Asia Selatan banyak mengandungi baris-baris ayat yang memuji kekayaan Suvarnabhumi ini iaitu Tanah Melayu kita ini. Juga mengukir sebaik-baik prosa untuk memperjelaskan ketinggian bangsa Melayu kita ini.

Manuskrip sejarah berusia ribuan tahun sebelum kedatangan Islam banyak menceritakan kehebatan bangsa ini. Manakala teks-teks sejarah selepas kedatangan Islam seperti Sejarah Melayu sebagai salah satu contohnya juga menceritakan kehebatan bangsa. Melayu adalah bangsa induk di Nusantara, nenek moyangnya hebat-hebat belaka.

Bukan mudah untuk Portugis menakluk Melaka. Kekentalan orang Melayu mempertahankan tanah mereka menyebabkan Portugis biadap terpaksa berperang siang malam selama 10 hari 10 malam di Selat Melaka dalam percubaan pertama menakluk Melaka. Diego Lopez de Squiera akhirnya mati dibunuh oleh para pejuang Melayu Melaka. Alfonse de Alburqurque pula sempat lari ke Eropah. Selepas armada Portugis diranapkan, sebanyak 20 kapal perang Portugis juga semua habis dirampas laskar-laskar laut Melaka. Melayu itu hebat semangat juangnya.

Rakyat Wajib Bersatu Tanpa Mengira Kaum : Tun M

DR. MAHATHIR Mohamad melayan salah seorang peminatnya semasa sesi autograf buku A Doctor In the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

Pandangan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sewajarnya diambil secara positif dan menyeluruh untuk semua rakyat berbilang kaum di Malaysia ini. Rakyat perlu sedar bahawa impian untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 harus disokong oleh keseluruhan rakyat tanpa rasa prejudis dan bersikap kekitaan. Slogan 1Malaysia yang diketengahkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dijadikan pemangkin untuk menggerak ke arah keharmonian kaum. Rakyat mesti bersatu padu demi kesejahteraan bersama. Impian akan musnah jika setiap daripada rakyat alpa dan hanya berpasak kepada suatu agenda politik yang kabur dan bersifat kekitaan.

Tun M mengulas lanjut di portal yang merungkai permasalahan kini yang timbul :

KUALA LUMPUR 23 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu disatukan kerana beliau bimbang dengan trend sokongan masyarakat Cina yang kini dilihat lebih cenderung kepada pakatan pembangkang terutama DAP.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau juga bimbang dengan kebebasan yang dibenarkan untuk diamalkan di negara ini, akan memberi ruang kepada pergerakan ‘pengganas’ yang kehadiran mereka bukan untuk memberi kebaikan tetapi bertujuan demi kepentingan diri sendiri.

“Malaysia negara pelbagai kaum, tidak boleh ada pembahagian, selama 50 tahun, negara ini aman, sebab rakyat pelbagai kaum bekerja antara satu sama lain. Mereka bersetuju berkongsi negara ini secara adil antara satu sama lain.

“Tetapi sekarang kita lihat apa berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 lalu, kaum Cina hanya mahu bersama kaumnya dan tidak mahu bekerja dengan orang Melayu. Sekarang orang Melayu pula hendak tubuhkan gerakan 1Melayu, 1Bumi, saya rasa ini tidak baik untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani memoirnya bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dibeli pengunjung sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 di sini, hari ini.

Bekas perdana menteri itu diminta mengulas mengenai kenyataan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk menubuhkan gerakan 1Melayu, 1Bumi bagi menyatupadukan masyarakat Melayu.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, kerajaan perlu menimbang keperluan masyarakat Cina di negara ini termasuk menyediakan peluang perniagaan yang lebih banyak bagi meraih sokongan mereka.

Ini kerana, katanya, sebagai masyarakat yang berorientasikan perniagaan, kaum Cina memerlukan peluang yang banyak dan berterusan bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Beliau turut menolak dakwaan masyarakat Cina tidak pernah menyokong Barisan Nasional (BN) kerana kaum itu sebelum ini telah memberikan sokongan yang kuat kepada parti itu.

“Semasa saya menjadi Perdana Menteri, kita lihat pada Pilihan Raya Umum 1999, sokongan teguh masyarakat Cina telah membantu BN memperoleh majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Dr. Mahathir menyarankan supaya golongan berkemampuan di negara ini mewujudkan perpustakaan persendirian yang menempatkan pelbagai buku termasuk buku-buku lama yang mempunyai nilai yang amat tinggi.

Menurut beliau, amalan sedemikian telah pun diamalkan di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat (AS).

“Apabila golongan berkemampuan di Barat meninggal dunia, mereka akan menyumbang atau membuat tawaran buku-buku yang dimiliki menjadi harta milik awam dan perpustakaan.

“Budaya ini tidak diamalkan di Malaysia. Sepatutnya golongan berkemampuan di negara ini mewujudkan perpustakaan yang mengandungi pelbagai jenis buku dan apabila meninggal dunia, buku-buku itu didermakan kepada perpustakaan untuk kegunaan orang ramai,” katanya.

Dr. Mahathir turut gembira kerana ramai orang berminat membaca buku-buku yang ditulisnya dan mendapat manfaat daripadanya.

Sumber : [utusanonline]

Kaum Cina Semakin Racist Akibat Keterbukaan Kita Kepada Mereka

KUALA LUMPUR, 18 April – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti “virus rasisme Cina” yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin.

Bekas perdana menteri itu berkata pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak. Dalam nada sindir, Dr Mahathir (gambar) menulis, “saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak.”

“Sebelum ini kesemua kaum bekerjasama antara satu sama lain bagi kebaikan Sarawak. Sekarang, kita boleh lihat dengan jelas bahawa komuniti Cina telah menolak multirasialisme.

Nik Aziz vs Mahathir: Who’s the Real Traitor to Malays?

♠ Posted by kayrozz in ,

by Al-Jafree Md Yusop

A political statement made by PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat during the party’s recent by-election campaign had caused much controversy. Nik Aziz was said to have issued his own fatwa (edict) during the campaign for Tenang state by-election in Johor that Barisan Nasional's (BN) supporters were the people of Jahiliyyah (Ignorance) because they rejected PAS, the party he claimed to be upholding Islam.

Responding to the statement, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said Nik Aziz's struggle was only to win the election and not to uphold Islam.

Mahathir said that Nik Aziz’s wish was to win the general election and rule the country with DAP and Parti Keadilan Rakyat (PKR).

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI