MyKayrozz@Blog

@ blog bicara tanpa sempadan @ duniawi penuh kepalsuan @ kepada ALLAH swt daku berserah @kayrozz@

Showing posts with label Mati Lemas. Show all posts

Tragedi Runtuhan : Bingkisan Terakhir Sebelum Musibah Menimpa

Foto yang diambil beberapa hari sebelum kejadian tanah runtuh menimpa mereka

Memang sebak dan syahdu bila melihatkan kegembiraan yang terpancar di sekalian wajah penghuni Rumah Anak2 Yatim dan Madrasah AT-Taqwa, Hulu Lungat, Selangor ini. Namun, Allah teramat sayang kepada insan2 mulia yang dipanggil menyahut panggilanNYA setelah ditimpa dugaan dan musibah. Segala ketentuan qada' dan qadar sudah tertulis di Luh Mahfuz dan hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui setiap perjalanan kehidupan sekalian makhluk di muka bumi ini. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal selain selalu berdoa memohon petunjuk dariNYA.

Sumber [anakseberang]

SYAHDU...jenazah tujuh korban tanah runtuh disembahyangkan  di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Hulu Langat.

Tragedi Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Takwa

Terkini Jam 11.00 malam : Diberitakan jumlah sebenar mangsa runtuhan Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Takwa adalah berjumlah 25 orang kesemuanya. Setakat ini, anggota penyelamat telah berjaya mengeluarkan seramai 18 orang mangsa. 9 orang daripadanya telah diberitakan meninggal dunia manakala 9 yang lain sedang mendapatkan rawatan. Seramai 7 orang lagi mangsa sedang tertimbus dan para petugas sedang bertungkus-lumus cuba menyelamatkan mangsa2 tersebut. Ketika kejadian para pelajar malang tersebut sedang menjalani latihan nasyid di salah satu bangunan sebelum tiba2 musibah menimpa mereka. Al-Fatihah!.

Lagi Gambar Menyayat Hati Mangsa Runtuhan Rumah Anak2 Yatim Madrasah Al-Takwa,
Hulu Langat, Selangor

Baca lagi berita bergambar : [Tragedi Madrasah Al-Takwa]

Al-Fatihah : Tragedi Runtuhan Rumah Anak Yatim Al-Takwa

Tragedi Runtuhan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat, Selangor

Terkini! : Setakat jam 10.00 malam tadi 12 lagi mangsa runtuhan telah berjaya dibawa keluar dengan 7 daripadanya dalam keadaan kritikal manakal 5 mangsa telah pun meninggal dunia. Ketika ini masih ada 10 orang lagi masih tertimbus dan kerja menyelamat telah digerakkan oleh seluruh tenaga daripada Bomba, JPAM, PDRM dan pelbagai agensi berkaitan. Semoga kesemuanya dapat diselamatkan seberapa segera.

Gambar kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim hulu langat yang berlaku pada jam 2.30 petang tadi. Untuk membaca berita terkini mengenai kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim Al- Takwa, sila baca artikel tersebut di Berita Harian.

AL-FATIHAH

Tragedi Ulu Bendul Di TontonTV3

Keluarga masih terus mencari

Hanya tangisan yang dapat menggambarkan betapa pilunya hati seorang ibu setelah kematian 3 orang anak2 kesayangannya akibat mati lemas di Hutan Lipur Ulu Bendul pada 3 Mei yang lalu....

Operasi mencari Adik Nurshaza Sakinah, 2 yang telah ditamatkan hujung minggu lalu oleh pihak2 berkaitan, namun ia masih dan akan terus dilakukan oleh keluarga terdekat hingga jasadnya diketemui....

Untuk saksikan rakaman lanjut Tragedi Ulu Bendul bersama krew 999 di TONTONtv3.

Pastikan anda telah mendaftar sebelum ingin melayarinya.

Sila Klik : [tontontv3_episod20]

AL-FATIHAH :

Di Sebalik Pencarian Adik Nursyaza Sakinah : Bersama krew 999 di Ulu Bendul

Catatan & Ulasan Oleh : Mazidul Akmal Sidik - Penerbit TV3

Dia Pendek Mata Merah (Kejadian Lemas Di Ulu Bendul)

"Dia pendek, mata merah. Dua dia tak sempat, satu dia tarik ke bawah pokok besar, tertimbus empat kaki dalam"

Itu antara dakwaan dilontarkan lelaki berjanggut dan berseluar celoreng berdiri di sebelah saya sewaktu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, JPAM Negeri Sembilan giat mencari mayat Nur Syaza Sakinah Syed Ahmad, 2 tahun, jam 4.10 petang semalam.

Saya perhatikan kegigihan anggota JPAM berusia di antara 22 dan 31 tahun terbabit, memotong akar kayu dan cuba menggali pasir di bawah pohon besar di tebing sungai.

Hampir jam 5 petang, tiada mayat ditemui di kawasan sasaran.

"Bang, boleh ambil gambar?," pinta mereka.

Malangnya setiap kali gambar cuba dirakam menggunakan kamera telefon bimbit, saya mendengar keluhan sama.

"Alamak! Gambar tak clear, goyanglah"

Hakikatnya mereka semua kesejukan, setelah berada di dalam air dalam tempoh lama lalu tangan menggeletar ketika merakamkan gambar. Akhirnya gambar berikut diabadikan penerbit 999, Shahnun Hanif Suhaimi menggunakan kamera digital, Canon G12 saya.

Saya tidak mengenali mereka secara peribadi tetapi menyanjung semangat jitu tersemat di jiwa anggota JPAM terbabit. Tujuh hari mereka menjalankan usaha mencari dan menyelamat 3 kanak-kanak perempuan mati lemas akibat fenomena luar biasa.

Jam 5.05 petang, 3 Mei lalu sewaktu berkelah bersama ayah, Syed Ahmad Ibrahim, 28 tahun, 3 anaknya, Nur Syaza Alisa, 5, Nur Syaza Azira, 4 dan Nur Syaza Sakinah, 2 tahun dilapor dihanyutkan 'kepala air'.

( Nur Syaza Alisa (kanan), Nor Shaza Azira (kiri) dan Nur Syaza Sakinah (tengah) tidur bersama sebelum kejadian)

Saya berasal dari kampung dan tinggal berhampiran sungai sekian lama. Barangkali ramai pembaca keliru berhubung takrifan 'kepala air' biarpun berulang kali membaca phrasa itu di akhbar sejak awal bulan ini.

Sungai berair jernih dan cetek menjadi lokasi orang ramai berkelah dan bermandi-manda tanpa menyedari hujan lebat turun di bahagian hulu. Air hujan terkumpul kemudian menghakis tebing sungai sekaligus mengaut bersama antaranya kayu balak, batu, lumpur dan kelodak, mengalir deras ke hilir. Gabungan air hujan dan sungai dengan paras ketinggian berlipat ganda berbanding aras kedalaman air sungai sebelumnya kemudian menghayutkan mangsa. 'Kepala air', air deras terawal tiba di lokasi kejadian.

Analoginya, jika sebelum kejadian, ketinggian air sungai hanya di paras lutut, ketinggian kepala air terbabit naik mendadak, melepasi aras kepala manusia.

Lihat gambar Sungai Batang Terachi, Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, saya rakamkan semalam, kembali cetek dan mengalir tenang.

Difahamkan, sewaktu kejadian, ketinggian air sungai terbabit melebihi aras kepala pengacara 999, Hazlin Hussain berdiri di atas batu.

Tiga mangsa dilaporkan mandi di kawasan sama sewaktu tragedi melanda. Mereka anak kecil, mustahil mereka berupaya menyelamatkan diri daripada dirempuh kepala air mampu mengapungkan dan menghanyutkan kayu balak bersaiz lebih sebesar pemeluk manusia dewasa.

Saya melihat air mata berjujuran di pipi ibu mangsa, Wan Azleela Wan Abdullah, 33 tahun sewaktu majlis membaca doa selamat berlangsung pada jam 1.30 tengahari semalam.

Syed dilaporkan berpisah dengan ibu mangsa, kelihatan sugul di sepanjang majlis berlangsung.

Akbar sebelum ini melaporkan, Syed berkunjung ke kawasan perkelahan popular terbabit bersama anak dan teman wanitanya, Alwani Abu Hassan, 19 tahun. Mereka juga turut dihanyutkan air deras namun berjaya menyelamatkan diri sebelum dirawat di hospital.

Dalam majlis sama, bapa saudara mangsa, Wan Adnan Wan Abdullah, 38 tahun, kelihatan sebak, tidak berupaya mengawal emosinya.

Majlis sekaligus menemukan kedua belah keluarga mangsa, secara aman terbabit antaranya dihadiri Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba (gambar pertama di bawah, kanan sekali) dan pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Roslan Ariffin.

Mereka antara pegawai kerajaan banyak membantu mengkoordinasikan operasi mencari mayat mangsa.

Roslan Ariffin

"Lebih 150 orang terbabit mencari mangsa. Setakat ini tidak ada lagi perancangan untuk memberhentikan operasi," ujar Jaafar.

Tambah beliau, operasi mencari mangsa dibantu Pasukan Bomba dan Penyelamat, JPAM, RELA, SMART, polis, tentera, kakitangan Jabatan Perhutanan serta penduduk kampung.

Untuk rekod, mayat Nur Syaza Alisa ditemui pada jam 3.15 pagi manakala mayat adiknya, Nur Syaza Azira pula dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada 10.20 pagi pada jarak di antara 300 dan 500 meter dari lokasi kejadian.

Sewaktu ditemubual kru 999, ibu mangsa turut berkongsi cerita bersama Hazlin.

"Masa turun bersama mencari mangsa, emak dia terjumpa kain telekung di tepi sungai, dia angkat, kemudian letak di tebing. Seorang daripada anak dia, dijumpai di tempat sama. emak mangsa kemudian cakap, dia berasa pelik sangat apabila ada ahli keluarga terjumpa semula telekung sama di tempat asal," ujar Hazlin.

Saya dimaklumkan, usaha mencari mangsa turut dibantu ramai pengamal perubatan Islam namun sehingga jam 11 malam tadi, mangsa terakhir masih belum ditemui.

Pelbagai cerita saya dengar selama kira-kira 6 jam berada di sekitar lokasi kejadian. Barangkali penduduk Kuala Pilah lebih arif berhubung dakwaan kawasan terbabit 'keras'.

Saya doakan agar mayat mangsa ditemui dalam tempoh terdekat. Ya Allah, izinkanlah jenazah anak kecil bernama Sakinah dikebumikan secara sempurna, Al-Fatihah.

Sumber Informasi Sejagat : [mazidulakmalsidik]

Kayrozz : Semoga pencarian akan ditemui seberapa segera. Doa yang terbaik buat kesemua krew dan bantuan oleh orang2 awam. Amin ya rabbal a'lamin.

Tragedi Ulu Bendul : Ibu Masih Mengharap

TABAH...Wan Azleela menenangkan anak sulungnya Mohd Adib Norazman.
TABAH...Wan Azleela menenangkan anak sulungnya Mohd Adib Norazman

Ibu ‘keringkan hati’ cari jasad anak dalam sungai
Ketabahan hati seorang Ibu yang sedang bersedih, namun dikuatkan semangat mencari anak yang masih hilang

WAN AZLEELA  memeluk anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama.

Lagi berita mengenai pencarian Adik Nur Syaza Sakinah, 2 yang masih belum ditemui :
KUALA PILAH: Sambutan Hari Ibu tidak bermakna bagi seorang wanita apabila kehilangan tiga puterinya sekali gus dalam kejadian arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, di sini, Selasa lalu.

Lebih meruntun jiwa apabila jasad seorang anaknya belum ditemui sehingga kini.

Keadaan itu menyebabkan Wan Azleela Wan Abdullah, 33, masih tekad berusaha mencari jasad anak bongsunya, Nurshaza Shakinah Said, 2, walaupun kejadian masuk hari keenam, semalam.

Malah, ibu berjiwa kental itu mengetepikan kesedihan kehilangan tiga anak kesayangannya serentak dalam kejadian fenomena ‘kepala air’ itu untuk turut serta turun ke sungai bagi mencari anak bongsunya.

Menurut Wan Azleela, dia amat sedih kerana tidak berpeluang menyambut Hari Ibu bersama anak-anaknya.

“Tiada lagi kucupan dan rengekan manja mereka. Hanya Tuhan tahu perasaan ini dan saya nekad mahu memastikan anak bongsu saya itu mempunyai pusara.

“Saya amat berharap Shakinah ditemui kerana bila ada jasad bermakna akan ada kubur mereka. “Saya boleh melawat kubur untuk mengubat kerinduan terhadap mereka,” katanya.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek dan isterinya, Datin Norainee Mohd Yatib meluangkan masa menziarah keluarga mangsa di lokasi kejadian, semalam.

Mari kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa2 korban lemas di Hutan Lipur Ulu Bendul dan semoga Adik Nursyaza Sakinah,2 akan ditemui seberapa segera. Amin ya rabbal a'lamin.

Sumber : [mymetro]

Tragedi : Menuntut Kesabaran Yang Amat Tinggi

Rukun Iman yang keenam ialah percaya kepada qada’ dan qadar iaitu percaya dengan penuh yakin setiap sesuatu adalah ketetapan Allah. Penetapan Allah yang Maha bijaksana, Maha Mengetahui serta Maha Adil sudah tentu mempunyai hikmah terselindung untuk kebaikan insan.

Justeru, apabila berhadapan dengan ketetapan Allah, seorang hendaklah sama ada bersabar atau bersyukur atau kedua-duanya. Firman Allah yang bermaksud:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - (Surah al Baqarah, 216 )
Firman Allah lagi yang bermaksud:
"Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan sudah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita dengan apa yang luput daripada kamu dan jangan terlalu gembira dengan terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." - (Surah al Hadid, 22-23)
Firman Allah lagi yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar." - (Surah al-Baqarah, ayat 155)
Baginda SAW juga pernah bersabda yang bermaksud:
"Tidak ditimpa seorang Muslim keletihan, penyakit, kerisauan, kesedihan, kesakitan, kesedihan yang amat sangat sehingga walaupun duri yang menyucuknya melainkan Allah menghapuskan dengannya dosanya." - (Muttafaq ‘Alaih)
Sumber : [al-ehsaniah]

Tazkirah Juma'at : Semoga mendapat iktibar dan pengetahuan dalam meningkatkan lagi tahap keimanan diri saya dan sekalian pembaca budiman. Insya Allah.

RAJA SALBIAH (kanan)  meluangkan masa menziarah Wan Azleela di rumah kakaknya di Senawang, semalam.

Lihat Berita selanjutnya misi pencarian Nur Shaza Sakinah,2 yang masih hilang setelah dibawa hanyut deras air sungai ketika perkelahan keluarga mereka di Hutan Lipur Ulu Bendol.
SEREMBAN: “Saya harap sangat-sangat dapat melihat (Nurshaza) Sakinah buat kali terakhir,” kata Wan Azleela Wan Abdullah, 32, yang tutur katanya kurang jelas kerana teresak-esak.

Dia lebih banyak menangis sambil melahirkan hasrat hatinya untuk melihat seorang daripada tiga anaknya itu yang kini masih belum ditemui selepas dihanyutkan air deras akibat fenomena ‘kepala air’ ketika berkelah di Sungai Ulu Bendul di kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, petang Selasa lalu.
“Tolonglah...cari dia sampai jumpa,” katanya.

Dalam kejadian yang meragut nyawa tiga anaknya itu, Nurshaza Sakinah Said, 2, masih belum ditemui hingga jam 8 malam tadi, manakala mayat dua kakaknya, Nurshaza Alisa, 5, ditemui pada jam 3.15 pagi kelmarin, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, manakala Nurshaza Azira, 4, ditemui kira-kira 2.5 kilometer berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Bendul.

Tiga beradik berkenaan bersama ayah mereka, Said Ahman Ibrahim, 28, dan rakan wanitanya, Alwani Abu Hasan, 20-an, dihanyutkan arus deras kira-kira jam 5 petang, tetapi Said dan Alwani sempat diselamatkan orang ramai.

Tidak banyak yang dituturkan Wan Azleela yang masih dalam terkejut dan sedih dengan kehilangan sekali gus ketiga-tiga anaknya itu.

Bagaimanapun, dia yang bekerja di sebuah pasar raya di Senawang dekat sini, mengucapkan terima kasih dengan kunjungan dan simpati pelbagai pihak berikutan tragedi yang menimpa dirinya.

Antara yang turut mengunjunginya semalam ialah isteri Menteri Besar, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumuddin, bersama kira-kira 30 ahli Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI), Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Wanita dan Puteri UMNO Negeri Sembilan.

Ketika ditemui di rumah kakaknya di Taman Desa Ixora, Senawang, Wan Azleela terharu kerana kejadian itu mendapat perhatian pelbagai pihak yang datang dan menghubunginya serta menasihat supaya tabah menghadapi dugaan besar itu.

“Saya ucapkan terima kasih kerana ramai yang datang menghulurkan simpati. Insya-Allah saya akan jadikannya bekalan untuk menguatkan semangat diri ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba, kesal dengan pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup menghubungi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan memberikan maklumat palsu.

“Dua panggilan palsu diterima sejak hari pertama kejadian menyebabkan pasukan kita terpaksa membuang masa berkejar ke lokasi dimaklumkan itu, sekali gus menjejaskan kelicinan operasi SAR,” katanya.

Sumber : [beritaharian]
Dimohon perpanjatkan doa oleh sekalian kaum muslimin dan muslimat di Malaysia supaya Adik Nurshaza Sakinah akan ditemui seberapa yang segera. Amin, ya rabbal alamin.

Wallahu' alam.

Tragedi Menyayat Hati : 3 Anak Mati Lemas Di Ulu Bendul

Kuala Pilah: Mayat dua daripada tiga kanak-kanak yang lemas dibawa arus deras ketika mandi sungai bersama keluarga mereka di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang semalam ditemui pagi Rabu.

Gambar: WAN Azleela Wan Abdullah, 32, (ibu mangsa lemas), hampir pengsan tidak dapat menahan sedih ketika melihat jenazah dua anaknya dari tiga beradik yang mati lemas di Hutan Lipur Ulu Bendul, malam tadi. Abangnya, Wan Aziz Wan Abdullah, 38 (kanan) dan saudara menenangkan ahli keluarganya di rumah abang ipar beliau di Senawang, Seremban, hari ini. - Foto Owee Ah Chun

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Jaafar Baba berkata mayat Nursyaza Alisa Syed Ahmad, 5, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 3.15 pagi kira-kira 500 meter dari tempat kejadian manakala mayat adiknya, Nursyaza Azira, 4, pula ditemui oleh pasukan yang sama pada 10.20 pagi, 2.5 kilometer dari tempat kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul.

Katanya mayat kedua-dua kanak-kanak itu, yang dicam oleh ahli keluarga mereka, kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini.

Jaafar berkata usaha mencari adik kepada kedua-dua kanak-kanak itu, Nursyaza Sakina, 2, diperhebatkan membabitkan 100 anggota bomba, Jabatan Pertahanan Awam,Rela, polis, tentera, Jabatan Perhutanan dan penduduk kampung.

Dalam kejadian pada 5 petang semalam, tiga kanak-kanak itu hanyut dibawa arus deras ketika sedang mandi manda di kawasan perkelahan popular itu.

Bapa mereka, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 19, yang turut dihanyut arus deras, diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan melawat tempat kejadian hari ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga Syed Ahmad.

Katanya kerajaan negeri akan uruskan bantuan kepada keluarga terbabit.

Beliau berkata kejadian arus deras jarang berlaku di kawasan sungai Ulu Bendol tetapi akibat hujan lebat di hulu sungai, ia telah menyebabkan terjadi apa yang dipanggil "kepala air".

Pengarah Perhutanan Negeri Roslan Ariffin, yang turut hadir, berkata pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk memasang sistem amaran awal di sungai kawasan perkelahan di seluruh negeri.

Katanya sistem amaran ini akan berbunyi apabila paras air sungai naik mendadak untuk memberikan kesempatan kepada orang ramai untuk beredar dan menyelamatkan diri.

"Kita juga akan memasang papan tanda amaran agar tidak mandi di kawasan berkenaan terutama ketika musim hujan," katanya.-BERNAMA

Sumber : [kelabgreenboc]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]

[MENCARI RUMAH @ BILIK UNTUK DISEWA?]
AREA KULIM & SUNGAI PETANI